blogger lelaki logo

Erti Kasih Sayang

10 Komen
Apa erti kasih sayang? Ramai manusia yang mendambakannya. Ramai yang mengharapnya.

Ia seperti sebutir mutiara yang sangat bernilai buat manusia yang mengejar kasih sayang.

Kasih dan sayang digambarkan seperti sehelai sutera halus, penuh lemah lembut nan membelai jiwa. Yang bisa membuatkan jiwa kita merasa bahagia.

Tapi emak aku berpesan, kasih sayang umpama gula. ia manis dan menyedapkan. Akan tetapi jika ia berlebihan bisa mengundang penyakit.

Tawar kita rasa hambar, tak sedap pula bila terlebih manis.

Jadi di dalam segelas cinta, curahkan cuma kasih sayang secukupnya, tidak lebih, tidak kurang.

Biar rasanya sesedap rasa. Mengikut citarasa tekak masing-masing.

Erti Kasih Sayang

Apa Erti Kasih Sayang?


Di rotan oleh ayah sebab ponteng sekolah. Tapi setiap pagi sebelum pergi sekolah ada duit kocek 2 ringgit untuk kita bawa pergi ke sekolah.

Ibu selalu berleter kepada kita kerana malas bangun pagi, keluar malam balik lambat. Tapi ibu selalu memasak untuk kita makan setiap hari.

Ungkapan kasih sayang itu sungguh subjektif yang kadang kala membuat kita tidak faham. Sifatnya terbalik, oleh kerana kita sayang, kita terpaksa marah.

Marah kita kerana kita sayang.

10 Komen untuk "Erti Kasih Sayang"

avatar

erti kasih sayang memang subjektif unutk setiap orang... ;)

avatar

kasih da sayang
biarlah berkekalan

walau pun berlainan pandangan

avatar

Selalu cakap dengan anak, ibu marah sebab sayang tau.. Harap bila dia dah besar dia faham..

avatar

kalau mak ayah marah kita adalah untuk kebaikan kita sendiri kan.

avatar

kasih dan sayang kalau dipisahkan akan jadi tak best...ada kasih tanpa sayang...dgn ada sayang tanpa kasih...huhu..betul ke ni ayat aku..

avatar

Kasih sayang - antara perkara yang paling penting tu dalam kehidupan berbanding harta. Marah emak ayah sebab sayang walaupun kadang-kadang tak betul caranya. Dah besar baru boleh faham.
Kita selalu perasan bila orang dah tak sayang kita. Kasih sayang Allah yang tak pernah putus, jarang pula nak perasan dan bersyukur. (^_^)

avatar

Bercelaru jadinya bila tak rasa kasih sayang sorang isteri...peritttt..jadi, hargailah kasih sayang itu seadanya...

avatar

satu nasihat yang bagus!

avatar

Memang itu la tandanya kasih sayang ibubapa pada kita

avatar

kasih syg ibu dan ayah tiada tolok bandingnya.,bila dah besar ada anak sendiri baru tau apa makna sayang...sayang dengarlah permintaan ku jgn ragukan cinta ku. ~~~

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.