promosi percuma di fb

Buat Duit Di iLancee.com

32 Komen
Buat duit di iLancee.com adalah salah satu cara untuk buat duit online. Anda boleh menjana duit dengan hanya duduk dirumah, dan tawarkan kemahiran anda untuk dilanggan.

Buat Duit Di iLancee.com

Konsep iLancee ini bukanlah sesuatu yang baru. Diluar negara sudah lama ada laman sesawang yang menggunakan konsep yang sama iaitu Fiverr. Kini konsep ini dibawa masuk ke Malaysia untuk anda.

Di laman ini, ia bertindak 2 dalam 1. Dimana anda boleh membeli sesuatu servis dan anda boleh juga menjual servis. Orang yang menjual servis ini selalunya dikenali sebagai freelancer.

Untuk buat duit jadi anda perlu menjual servis atau produk.

Anda boleh menawarkan servis atau produk mengikut kemahiran anda. Antara kategori servis yang ada di iLancee adalah dalam bentuk pengiklanan, bisnes, reka grafik, jual ebook, penulisan dan ada banyak lagi.

Lebih menarik kerana anda boleh buat duit di iLancee.com tanpa memerlukan modal, ya tanpa modal.

Cuma dengan sedikit kemahiran yang ada, anda tawarkan servis terbaik anda untuk bakal pelanggan anda.

Anda boleh menjual bermula dari harga RM 5 sehingga RM350. Harga servis anda biarlah padan dengan kualitinya.

Jadi tunggu apa lagi. Buat gig anda yang pertama dan jana duit di iLancee.com. Daftar sekarang! Klik Disini.

Jangan risau ada saya ada beberapa tips yang boleh anda praktikkan nanti. Sila baca dibawah.

Baca Juga :

Tips Buat Duit Di iLancee.com


Sebelum baca tips ini, adakah anda sudah daftar, jika belum boleh klik link diatas. Sebab tak guna baca tips jikalau tak buat. Baca dan buat sekarang.

Baiklah ini serba sedikit tips daripada aku.

1. Tawarkan servis lain dari yang lain - jika semua orang bertumpu pada servis yang sama, ia akan menjadi tepu.

Jika hendak juga buat servis yang sudah ada orang buat, pastikan anda tawarkan servis yang lebih berkualiti dan lebih kreatif berbanding persaing.

Nak main harga pun boleh serta anda boleh tawar untuk siapkan servis dalam jangka masa yang lebih pantas.

2. Tarik trafik/pengunjung ke Gig anda - disamping gig anda sudah diiklankan di laman iLancee.

Anda juga boleh sebarkan gig anda di laman sosial seperti facebook, twitter, G+ dan seumpamanya. Ini akan memluaskan lagi peluang anda untuk menjual servis anda.

3. Pastikan ayat penerangan jualan anda lengkap dan menarik - Buat ayat yang boleh buatkan bakal pelanggan anda tertarik.

Disamping itu unutk menguatkan lagi promosi anda, pastikan letak gambar yang terbaik untuk menjadi rujukan pelanggan. Jika ada video lebih baik untuk lebih menyakinkan pelanggan.

4. Buat tambahan untuk gig anda - sebagai contoh anda tawarkan servis reka grafik untuk facebook cover. Jadi anda boleh buat tambahan gig dengan berikan profile picture dengan tambahan Rm 5.

Ataupun,

Saya akan siapkan servis dalam masa satu hari dengan tambahan rm 20.

Cara Mudah Buat Duit Di iLancee.com

Ini salah satu cara yang mudah bagi aku untuk menjana duit melalui iLancee.com. Caranya ialah kita jual ebook atau apa sahaja produk fizikal.

Dengan kaedah ini, kita hanya perlu buka gig. Promosikan gig kita untuk beri pendedahan kepada orang ramai.

Kenapa aku cakap mudah, sebab jika kita jual ebook, kita tak perlu bersusah payah nak siapkan tempahan pelanggan seperti servis reka grafik banner atau cover facebook. 

Sebab ebook itu nanti kita hantar kepada pembeli dan mereka hanya tunggu untuk download sahaja.


Baiklah itu sahaja dahulu tips daripada saya, jika ada penambahan saya akan kemaskini tips itu di artikel ini.


Jom buat duit online bersama iLancee.com.


Contest ini telah dianjurkan oleh iLancee.com, ditaja oleh Buatduitblog.com, SeriusMedia.com, Sensasi2020.com, FaizAlias.com
promosi percuma di fb

32 Komen untuk "Buat Duit Di iLancee.com"

avatar

sekarang hendak cari duit secara online ini sudah mudah. Cukup ilmu dan kemahiran sahaja

avatar

Thanks BL...banyak cara nak buat duitkan..janji rajin dengan malas aje...

avatar

Pasal gig tu mungkin kena ubah perkataan lebih baik kot .. Gig macam tak best lak, susah orang nak faham .. nak klik Gig pun cam takut takut je .. hehhe... tapi memang boleh buat duit di ilancee.com ni jika ada kemahiran. Jual kemahiran je ... ramai lagi yang tak mahir2 lagi tu walaupun benda simple...

avatar

Peluang buat duit online di ilancee.com .. tertanya gak .. kenapa nama ilancee.com ehh?

avatar

ooo ilancee.com ni lebih kurang freelancer.com la.

avatar

Untuk Advertiser yang yang ada bakat serta kemahiran boleh la ni..

avatar

Yalah ramai yg tanya apa itu ilancee, ingat ke air lychee. Spspun buat duit di ilancee. com cukup menarik dan bagus.

avatar

Ya nama gig tak sesuai, boleh letak nama lsin yg lebih seduai. Bit ke...

avatar

masih lagi mencari bakat dan kemahiran yang boleh dikomersial

avatar

ada masa dan tenaga, boleh le cuba buat duit kat iLancee ni memang boleh punya..:D

avatar

Kena study ni..baru blh berjaya ni..

avatar

memang kena ada kemahiran yang menarik la ni
teringin juga nak cuba

avatar

bagus ada byk options skang utk cari keje smpingan dari rumah...

avatar

nama yang senang nak sebut..dan merujuk pula i freelance

avatar

Best buat kerja dr rumah tak terikat dengan masa sangat :D


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

avatar

harap2 servis dan platform macam ni boleh bertahan lama... bukan suam-suam je

avatar

Nak juga lah ambil salah satu service ilancee untuk buat ujian

avatar

ilancee.com ni memang satu peluang buat duit yang tak boleh di lepaskan.

avatar

Terima kasih kongsikan..sekarang ni kalau rajin,macam-macam leh buat ni..hehe..terima kasih kongsikan..

avatar

aku dah lama daftar ilancee... kejadah aku cuma daftar je.. tak promosi pun... kah kah kah..

avatar

lagi patut letak bom.. haha..

avatar

Buat Duit Di iLancee.com kena ada banyak masa juga sebenarnya..kalau takde masa, baik jangan..:D

avatar

aku pun harap servis di iLancee.com ni pun dapat tahan lama juga..mana tau ada web besar yang nak beli nanti..:D

avatar

dari indonesia boleh gak mas, mempromosikan jasa di situs ini ?

avatar

Betul tu, lagi kalau dapat banyak tempahan kena buat, pastu ada dateline .. memang masak la .. hoho.

avatar

Oh, begini rupanya buat duit kat ilancee.. thanks tips tu super power tu..

avatar

ada banyak cara tinggal lagi mahu atau tak sahajakan asla jangan say no heee

avatar

semoga berjaya bro dalam kontest ini..

avatar

Peluang bagaimana cara buat duit di iLancee.com ada di sediakan untuk pasaran tempatan. Mana-mana blogger ingin jana duit secara sambilan bolehlah gigkan di blog iLancee.com. Peluang begini jangan dilepaskan.

avatar

menarik ni, membuatkan mak jemah teringin nak jual ebook:)

avatar

nampak macam dah kurang dah kt sinie

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.