Blogger Buat Duit Online

Blogger Buat Duit Online

Sudah ramai blogger yang terbukti telah berhasil buat duit secara online. Ia bukan rahsia lagi, ada beratus blogger yang menjana pendapatan secara online, mungkin ada yang sudah menjana ratusan ringgit atau ribuan ringgit juga.

Blogger Buat Duit Online

Cara Blogger Buat Duit Online

Ada banyak cara sebenarnya untuk blogger buat duit secara online. Dan aku akan tunjukkan beberapa cara yang boleh seorang blogger lakukan untuk menjana pendapatan secara online.

Buat Duit Melalui Google Adsense.


Pada pendapat aku, buat duit melalui Google Adsense antara cara yang paling legend dan sudah ramai tahu.

Ini adalah salah satu cara yang termasuk dalam kategori menjana duit dengan membuat pengiklanan diblog.

Caranya mudah sahaja, kita cuma perlu ada blog dan kita perlu pasang iklan Adsense di blog kita. Nampak senang kan?

Tetapi, untuk betul-betul menjana duit melalui adsense, blog kita perlu ada banyak trafik. Dari trafik yang tinggi, akan ditukarkan kepada duit. Tak ada trafik, tak ada duit.

Kita perlu buat blog yang betul-betul mantap untuk menghasilkan duit.

Nak tarik trafik pula kita perlukan teknik yang betul.

Selain Adsense, anda juga boleh mencuba Nuffnang, Komli, Innity dan banyak lagi, yang juga menggunakan konsep yang sama.

Buat Duit Melalui Affiliate.


Ada juga blogger yang suka menjana duit melalui Program Affiliate. Ya, ia antara cara buat duit yang popular juga dikalangan blogger.

Selalunya produk Affiliate ini berasaskan produk digital seperti eBook. Dan ada juga peniaga online yang gunakan sistem affiliate ini, untuk menpromosikan produk mereka.

Contohnya Lazada yang ada menyediakan program affiliate sendiri, ia memberikan peluang untuk blogger promosikan kempen jualan yang berlangsung di laman Lazada.

Dan aku juga bukanlah orang yang ada kompeten untuk berikan tips dan panduan membuat duit melalui affiliate.

Salah satu contoh blogger yang aku boleh berikan ialah AhmadFaizal.com.

Cadangan aku ialah anda kena belajar daripada yang pakar. Apa kata cuba baca ebook ini >>>Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Buat Duit Melalui Advertorial


Advertorial adalah salah satu cabang pengiklanan. Caranya ialah, kita mendapat bayaran untuk menulis satu artikel di blog kita, membuat ulasan tentang sesuatu produk untuk tujuan iklan dan promosi.

Namum, untuk mencapai ke tahap ini, kita perlu jadi blogger yang ada authority. Kita perlu jadi blogger yang dapat yakinkan orang dengan blog dan penulisan kita untuk promosikan produk mereka.

Blogger Buat Duit Online

Cara BloggerLelaki.com Buat Duit Online

Ke semua cara yang aku sebutkan diatas, masih belum aku dapat merasa lagi hasil duitnya. Kenapa?

1. Adsense -  aku baru sahaja berjaya daftar dan letak iklan adsense diblog aku dua minggu yang lepas.

2. Affiliate - Aku masih lagi belajar teknik untuk promosikan affiliate, dan aku baru bermula bulan Oktober ini.

3. Advertorial -  Aku rasa aku masih belum yakin untuk buat advertorial. Walaupun aku pernah mendapat tawaran untuk berikan ulasan tentang sebuah buku. Mungkin mereka mencari blog aku sebab keyword "Buku Cerita Ahmad Ammar". Tetapi aku telah menolak tawaran itu.

Habis tu macam mana aku buat duit melalui online?

Berniaga, ya aku berniaga secara online. Sebenarnya ada dua bisnes yang aku buat, tetapi biarlah aku dedahkan cuma satu sahaja cara aku buat duit secara online.

Bisnes aku ini adalah dalam bentuk perkhidmatan iaitu grafik design. Ada dua cara yang selalu aku buat, iaitu menerima untuk costum design dan satu lagi adalah menjual artwork.

Bidang grafik design sebenarnya begitu luas. Untuk aku seorang yang hanya buat secara separuh masa, jadi aku hanya tumpukan hanya untuk buat design untuk T- Shirt, Banner/Bunting dan Facebook Cover.

Sebenarnya bisnes ini memang masyuk, sebab harga sebuah idea itu cukup mahal. Bagi mereka yang tak faham, mungkin akan pertikaikan kenapa harga sebuah artwork itu mahal. 

Harga untuk sebuah design itu adalah untuk sekeping idea, sebungkus waktu dan secawan kemahiran.

Dalam perniagaan, kita mesti selalu memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan kita. Itu prinsip utama dalam berniaga. Tak ada kualiti, pelanggan lari.

Sebab itulah, buat masa ini aku ada 5 pelanggan tetap, yang setiap bulan sudah pasti ada sahaja tempahan dari mereka. Apa bila kita pandai menjaga dan berikan yang terbaik, sudah pasti akan ada yang setia melanggan produk kita.

Nampak sikit kan, 5 pelanggan tetap sahaja.

Sebenarnya itu sudah cukup untuk buatkan aku pening kepala nak cari idea dan setiap malam sentiasa sibuk. Dan rezeki yang aku dapat sudah cukup untuk menyara keluarga aku. 

Tak perlu banyak, kerana kalau nak banyak duit, beban kerja juga akan jadi banyak. Masa kita sehari cuma ada 24 jam sahaja kan.

Itu belum kira jika ada pelanggan baru yang buat tempahan grafik. Makin haru biru hidup aku, tidur jam 3 pagi, dan bangun jam 6 pagi nak pergi buat kerja hakiki pula. 

Aku lebih banyak gunakan Facebook sebagai platform aku untuk menjual perkhidmatan aku. Kerana Facebook kini adalah medium yang paling ramai manusia berkumpul.

Facebook itu blog ke bro? Jangan salah faham, Facebook itu sebenarnya adalah Microblog.

Cabang untuk buat duit online, amat luas. Jadi kita kena rajin terokai jalannya. Dan cari formula untuk memacunya maju kehadapan. 

Jadi aku sebagai blogger buat duit online melalui menjual perkhidmatan grafik designer secara online guna platfrom Facebook. Dan kini aku perlahan-lahan cuba belajar dan hadam teknik-teknik buat duit melalui blog utama aku pula.

Bisnes online aku yang satu lagi? Lain kalilah aku cerita..hehehe..sebab sebenar aku ada design nak disiapkan sekarang nie.

Dan sekarang aku boleh juga mencuba buat duit di iLancee.com. Ini pun salah satu cara nak buat duti online.

Blogger Buat Duit Online

Inilah serba sedikit cara aku buat duit online, entri ini adalah untuk untuk tugasan akhir Cabaran iPhone 5s di Blog DenaiHati.com. Contest ini dipacu oleh penaja-penaja berikut:-

Penaja Utama
http://amariman.com

Penaja Individu
http://www.ombakcreatives.comhttp://ejamothman.comhttp://www.eridy.comhttp://www.hilalazmi.comhttp://www.eizil.comhttp://www.asamboi.myhttp://www.diarymama.comhttp://pendekarberkuda.orghttp://www.saji.myhttp://abangensem.comhttp://www.enveeus.comhttp://www.pakarniaga.comhttp://anarm.nethttp://www.daddydee.nethttp://www.sunshinekelly.comhttp://sweetkurma.comhttp://awn.myhttp://www.blogieta.comhttp://www.broframestone.comhttp://www.akmaomar.comhttp://khairilmazri.comhttp://wowberita.org/ dan Japan Budget Trip

Share this:

Disqus Comments