blogger lelaki logo

Antara Impian Dan Mimpi

10 Komen
Apa perbezaan antara impian dan mimpi. Dua perkataan ini seakan sama, cuma dibezakan dengan huruf 'M' didepannya.

Antara Impian Dan Mimpi

Jadi untuk mengetahui lebih lanjut pasal mimpi, aku telah berhasil melakukan eksperimen berkenaan mimpi.

Iyelah, aku nie budak aliran sains, zaman sekolah dahulu selalu sangat cikgu suruh aku buat eksperimen. Bergelumang dengan pembolehubah boleh malar dan tidak boleh malar, hipotesis dan istilah sains yang lainnya.

Baiklah, semalam aku telah berjaya menjalankan eksperimen pasal mimpi.

Aku tidur jam 1.00 pagi, dan aku telah mengalami mimpi, beberapa mimpi sebenarnya yang aku sendiri sudah tak ingat dan aku takkan ceritakan dekat sini.

Setelah hampir 4 jam lebih aku bersusah payah, bertungkus lumus menjalankan eksperimen, akhirnya aku berjaya selesaikan misi eksperimen penting aku tersebut. Aku bangun lebih kurang pukul 6.10 pagi.

Walaupun nampak senang eksperimen aku ini, tetapi beberapa kali eksperimen aku hampir gagal akibat gangguan gigitan nyamuk dan suara tangisan anak aku yang bangun tengah malam. Namum aku nekad teruskan juga eksperimen aku itu sehingga berjaya.

Okey, stop! Eksperimen aku habis disitu.


Beza Impian dan Mimpi

Semua orang ada impian dan semua orang pernah bermimpi. Kedua-dua ayat adalah sepupu sepapat, ada bau-bau bacang.

Impian bagi aku adalah keinginan kita yang agak nyata dan realistik untuk kita capai. Adik beradik impian adalah cita-cita, azam (tahun baru dah nak dekat nie) serta visi dan misi.

Mimpi pula pada pendapat aku sekadar angan-angan atau keinginan kita yang sukar atau tak mungkin untuk kita capai. Sepupu mimpi adalah berangan.

Namum perspeksi aku berubah tadi apabila aku merenung perkataan mimpi selama 90 minit.

Tak sangka mimpi menjadi kenyataan. Apabila pasukan bolasepak Malaysia berjaya menewaskan Singapura. Dalam masa beberapa minit kutukan bertukar pujian buat Safee Sali..hehehe

Walaupun aku kagum dengan penjaga gol Singapura yang berjaya mengelirukan pihak lawan dengan menggunakan jurus Meisaigakure no Jutsu.

Dan kini impian aku adalah nak tengok Malaysia menang lawan Vietnam nanti.

Itu cerita aku tentang impian dan mimpi. Cuba cerita pula apa pandangan korang tentang dua ayat ini dalam hidup korang?

10 Komen untuk "Antara Impian Dan Mimpi"

avatar

saya boleh bermimpi dengan tercapainya impian..he..he..pening

avatar

tahun depan saya berimpian untuk melenyapkan segala mimpi yang tak pasti..boleh gitukan!

avatar

Mimpi..seram gak saya dengar perkataan ni..asyik mimpi kena tinggal dek isteri aje..semalam mimpi isteri tinggal kat kedai..seram wehhhh..hahaha

avatar

Mimpi tak sengaja. Impian sengaja sengaja dibuat. Itulah bezanya pada aku. Hehehe

avatar

Saya memang tiap2 malam berniat nak mimpikan impian saya :)

avatar

Dah lama tidur tak ada mimpi... mungkin tidur yg kurang berkualiti kot. Impian aku adalah nak tidur dan bermimpi yang indah2... :)

avatar

Assalammualaikum...BL,

mselim3 suka dengan impian.. kekadang impian nie ada masa berjaya atau tidak kita tak pasti... tapi apa yang penting impian perlu usaha dan keje kuat insaallah pasti berjaya sama ada lambat atau cepat.. kalau mimpi sedar mimpi aje lah kan... hehehe

mselim3

pls: mselim3 suka tgk semangat juang pasukan Malaysia, berjuang habis2an tanpa mempedulikan apa jua kritikan... maju dan terus maju.. moga pasukan kita berjaya menempah tiket ke final... "hidup pasukan bola sepak Malaysia" .. kalah dan menang adat perlawanan. Menang jangan dipuji kalah jangan dikeji..

avatar

Semoga segala mimpi & impian kita yg baik menjadi kenyataan... aamiin.. :)

avatar
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI on
Reply delete

Untuk menjadikan mimpi itu satu kenyataan, maka mestilah diusahakan ke arah itu..agar mimpi kita selama ini benar2 diredhai dan diberkatiNya maka hendaklah minta kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan kita itu...

avatar

Cuma mimpi yang tak mungkin mnjadi realiti,,jangan dicari atau diusahakan kerana ia tidak akan wujud didunia ini...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.