blogger lelaki logo

5 Kategori Pembaca Blog

38 Komen
Aku tertarik untuk menulis topik ini selepas membaca semula entri lama di blog Hasrul Hassan, iaitu berkenaan 5 Cara Memilih Pembaca Blog Anda

Bro HH menekankan agar kita mengenal pasti kategori atau jenis pembaca yang baca blog kita.

Kenapa? Ini pointnya.

a). Supaya blog kita mempunyai niche, ini yang selalu otai-otai blogger tekankan, jika nak buat duit melalui blog.

Kenapa? (asyik tanya kenapa, mesti sel-sel otak tak berhubung nie.)

Sebabnya jika blog kita ditulis mengikut niche, kita senang nak target pembaca kita.

b). Supaya senang kita nak menulis, kerana kita sudah tahu selera pembaca blog kita. Kenapa? Bro HH cakap "Ia membolehkan anda pilih cara bagaimana untuk kongsikan atau tulis entri anda."

c). Satu kelebihan untuk target iklan, jika blog kita pasal kereta. Jadi mungkin akan menarik perhatian pengiklan yang nak iklankan barang-barang kereta atau apa saja promosi berkenaan kereta.
Jadi lebih senang kerja kita jika kita tahu kategori-kategori pembaca blog. Apa yang mereka suka baca, bahan apa yang menarik perhatian mereka.

5 Kategori Pembaca Blog

5 Kategori Pembaca Blog

1. Pembaca yang membaca maklumat terperinci - mereka jenis ini akan gunakan search engine untuk mencari maklumat sesuatu perkara.

Mereka mungkin sedang mencari satu info yang sangat berguna. Jadi apabila mereka membaca, mereka sangat teliti.

Dan yang paling penting adalah info yang ditulis di blog tersebut sangat membantu dia menyelesaikan masalah atau sebagainya.

Jika info yang diberikan tidak lengkap, mereka akan beralih mencari info yang sama diblog lain pula.

2. Pembaca yang suka lihat gambar sahaja -  mereka ini jenis pembaca yang santai. Mereka melayari internet untuk hilangkan bosan dan mencari sesuatu yang menarik.

Ada blog yang sudah buktikan dengan bermodalkan gambar-gambar yang menarik dan agak pelik, mampu menjadi blog yang diminati ramai. Contohnya BlogSerius.

3. Pembaca yang suka cerita panas atau gosip - selalunya pembaca jenis ini suka baca blog-blog berunsurkan hiburan. Dan ternyata blog genre ini antara paling ramai pembaca dan senang dapat trafik.

Tapi jika sekadar buat entri copy & paste. Aku rasa tak perlulah nak buat blog macam nie, sebab sekarang sudah ada begitu banyak orang yang buat blog seumpama ini.

4. Pembaca yang mencari bahan untuk muaturun - walaupun kadangkala mereka ini bukannya baca blog sangat pun, tapi mereka akan klik pada blog yang menawarkan apa sahaja bahan untuk mereka muaturun ke komputer mereka.

5. Pembaca setia yang suka menbaca penulisan blogger tersebut - bagi aku jenis pembaca kategori ini, mereka memang suka membaca.

Dan boleh jadi apa yang ditulis oleh blogger tersebut lain daripada yang lain dan tak ditulis di blog lain. Inilah dia Authority.

Beruntunglah jika seorang blogger berjaya sampai ke tahap ini. Blog tersebut telah mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada pembaca setianya.



Satu lagi pembaca yang aku tak tahu nak masukkan ke kategori pembaca blog yang mana satu.

Aku lebih suka sebut sebagai pengunjung blog. iaitu blogger yang menjalankan blogwalking. Mungkin ada yang baca entri yang ditulis sampai habis, dan ada juga yang masuk sekadar untuk berikan komen dan tinggalkan jejak.

Mungkin korang ada lagi penambahan untuk kategori atau jenis pembaca blog ini, boleh belanja nasi tambah dekat ruangan komen.

38 Komen untuk "5 Kategori Pembaca Blog"

avatar

Akan wa coba keklkan apa yg wa bikin thanks bro

avatar

tips menarik... aku sendiri tak tahu kategori apa pembaca aku, aku merapu pun diorang komen gak.. haha !

avatar

hoho..

artikel yang menarik berbanding dari banyak-banyak artikel yang ko pernah tulis.

tahniah.

avatar

sekarang tengah target pembaca dengan pemilihan kata kunci tertentu..kalau sesama blogger belasah sahaja

avatar

terima kasih bro....sebab selalu singgah dan komen diblog gua yang tak seberapa nie

avatar

yup bro..kalau nak buat blog untuk jana duit...target keyword perlu..aku pun ada buat blog projek lain..disini tempat aku belasah dan bereksperimen

avatar

hu3...kaaau blog ada niche nie selalunya orang nak buat duit

This comment has been removed by a blog administrator. - Delete
avatar

selera pembaca, rasanya kebanyakannya suka yang santai. pasal family, anak-anak, tempat bercuti. tapi bila guna blog untuk buat duit, memang kena invite yang memang nak je datang baca...barulah berhasil

avatar

kalau kawn , kawan pilih kategori no 5
5. Pembaca setia yang suka menbaca penulisan blogger tersebut - bagi aku jenis pembaca kategori ini, mereka memang suka membaca. .
sebabnya melalui kategori ini , blog lebih kukuh dari pelbagai aspek

avatar

mana boleh juga haaa..macma itu tak kira asal ada info akan baca suka selain balas jejak. macam hal politik bukan minat tapi still baca jugalah kata amik port sikit ah..macam itulah

avatar

mama lebih suka entri santai.. tak serabut nak baca..

avatar

strategi yang paling penting untuk buat duit. kenalpasti pembaca, kenalpasti juga apa kategori tulisan kita. kalau ramai dalam kalangan pembaca blog kita kategori ke 5, agak susah nak buat duit, tapi kalau nak jadi wakil rakyat kena ada pembaca kategori 5. hahah

avatar

kadang2 masuk kategori gossiping...kadang2 kategori yg xde kategori tu..haha
tapi untuk entry ni saya baca sampai habis...

avatar

Isi blog kadang boleh menetukan apakah pelawat akan langsung CABUT ataupun menjadi salah satu dari ciri yang bro tuliskan.

avatar

bagi aku ler, bergantung kepada latarbelakang pembaca tuh. Kalau dia awek kesunyian, mesti dia nak baca sampai abes ha3.

This comment has been removed by the author. - Delete
avatar

saya x berapa gemar nk follow blog yg kategori no 3 tuh..lebih suka blog santai kisah family resepi..paling best suke nk baca info2 berkaitan kesihatan :)

avatar

Di Malaysia memang ada bermacam kategori pembaca. Yang penting kena jelas dengan matlamat blog kita

http://www.lovehutladyvitamin.com

avatar

Nak dapatkan pembaca dari kategori nombor 5 yang susah sikit tu. Nak mantapkan tulisan kita sendiri, makan masa juga tu.

avatar

Rasanya blog saya khas utk pembaca serius dan pembaca setia yang nak hidup berniaga dan berjaya.. apa pendapat bro?

avatar

Saya lebih kepada no.1 dan no.5. Pada masa tertentu, tergolong pulak dlm kategori no.2, 3 dan 4 :D

avatar

banyak ilmu nak kena belajar untuk dapatkan pembaca setia
walau pun tak susah tapi tak juga mudah

avatar

kalau nak buat duit..memang lebih mudah kalau fokus pada sesuatu niche...tak pun perbanyakkan je artikel-artikel yang biasanya di cari pembaca :)

avatar

belum jumpa niche apa yang sesuai dengan blog aku ni..haha

avatar

terima kasih atas perkongsian . boleh la cuba belajar buat niche tersendiri lepas ni

avatar

Hmm kategori blogger baca blog sendiri pun kena masuk gak .. hehehe :P

avatar

nombor lima tu yang nak kena maintain..

avatar

fyna pun otw nak up kan 1 blog yang bebetul mempunyai niche tertentu. cuma sekarang nk tumpukan pada blogfyna yang sudah lama terabai nih. hehehe...

avatar

"Pembaca" yang jenis nak tinggalkan komen je, bagi aku tu bukan pembaca :D

Itu entah kategori apa entah. (buat perabih bandwidth je haha )

avatar

sy yg ke lima tu. hehe

avatar

den ni suka sharing, rasanya 1 ngan 5 tu la kot den

avatar

Kalau saya nak nombor dua leh tak?haha...bagus kan kalau kita kenal gaya kesemua pembaca blog kita..haha

avatar

err bro kalau pembaca yang hanya suka tabur backlink sana sini macam mana

avatar

Kadang kala berada di sebuah kategori hehe :)

avatar

macam2 jenis pembaca..ada jugak yg jenis suka tekan2 adsense buat hal..

avatar

InsyaAllah saya sedang berusah menjadi blogger untuk yang no.1 tu... sebelum ni pun saya baca blog untuk cari info penting..Terima kasih ya atas info ni..:)
http://leenazi9783.blogspot.com/

avatar

Sedang berusaha untuk yang no.5... :-)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.