blogger lelaki logo

Tips Temuduga Kerja Kerajaan

13 Komen
Tips temuduga kerja kerajaan. Buat persiapan sebaik mungkin, jangan pergi dengan tangan kosong. Persiapan temuduga biarlah rapi. Agar anda dapat menjawab soalan dengan lancar dan tepat.

Aku sendiri ada pengalaman peperiksaan banyak kali menghadiri temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Temuduga kerja kerjaan yang pertama aku dapat adalah untuk jawatan Juru X-ray (Separa Perubatan).

Tips Temuduga Kerja Kerajaan

Waktu itu seingat aku masih muda dan mentah, baru lepasan SPM, dan pada waktu itu juga aku sedang menuntut di sebuah IPTA. Disebabkan aku sudah dipanggil untuk ditemuduga, kawan-kawan aku berikan semangat untuk aku pergi mencuba nasib, manalah tahu aku akan masuk ke alam pekerjaan lebih awal.

Tanpa ada apa-apa persediaan, malah aku langsung tidak tahu akan tatacara temuduga. Kiranya aku pergi berlenggang pinggang, bawa tangan kosong. Persiapan akn memang hancur.

Malah lebih teruk pada masa itu, bayangkan aku pergi temuduga kerja kerajaan dengan berpakaian casual. Langsung tidak menepati syarat sebagai seorang calon temuduga.

Tanpa banyak bicara, aku dihalau balik oleh urusetia yang jaga sesi temuduga tersebut. Dia suruh aku pergi balik tukar pakaian.

Selepas itu aku datang balik dan masuk ke bilik temuduga, punyalah berdebar sampai tergagap-gagap nak jawab soalan, jawapan aku semau berterabur.

Itu pengalaman pertama aku pergi temuduga. Aku rasa sudah pastinya anda semua tak mahu sia-siakan peluang macam yang pernah aku buat dahulu.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jadi nasihat aku kepada adik-adik yang dipanggil temuduga tak kiralah untuk kerja kerajaan atau swasta, buatlah persiapan yang secukupnya. Cuba berikan 200% kepada panel penemuduga untuk menbuktikan bahawa kita layak dipilih untuk menjawat jawatan tersebut.

Apa yang kita perlu tahu sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga, apakata kita fikirkan sejenak beberapa point dibawah ini, sejauh mana persiapan yang telah kita buat?

1. Persiapan Temuduga - apa persiapan awal yang perlu kita buat sebelum menghadiri sesi temuduga? Dari segi pakaian, apa soalan agaknya yang bakal ditanya nanti? apa yang sudah kita ulangkaji dan baca?

a) Dari segi pakaian sahaja sebenarnya sudah ada markah. Jadi kena pakai pakaian macma orang nak pergi kerja ofis, aku dulu siap pakai tali leher.

b) Soalan-soalan yang akan ditanyakan oleh panel sebenarnya sukar dijangka, namum setiap kali aku pergi temuduga antara soalan yang kerap ditanya adalah

  • Perkenalkan diri.- ketika menjawab soalan ini anda perlu tahu apa yang perlu ada ceritakan kepada panel tentang diri anda, jangan duk melalut pula.
  • Nama menteri (pernah sekali aku tak ditanya soalan ini)
  • Sanggup tak kalau aku dihantar bekerja di Sabah atau Sarawak
  • Jawab soalan dalam bahasa Inggeris (pernah juga aku di suruh perkenalkan diri dalam bahasa Inggeris)
  • Pengalaman kerja. - Ceritakan tentang kerja apa yang sedang anda lakukan sekarang, dan apa tugas serta tanggungjawab anda. Serta sudah berapa lama anda bekerja.


2. Teknik Menjawab Soalan Temuduga - bagaimana kita hendak memikat hati panel melalui jawapan yang kita berikan kepada mereka? apa yang kita perlu beritahu kepada panel?

a) Ada soalan daripada panel adalah untuk menguji diri kita. Jadi jangan terperangkap dengan soalan mereka. Daripada setiap jawapan kita itu panel akan buat penilain tentang diri kita. jadi perlu jawab dengan penuh berhati-hati.

b) Eyes contact, yang ini juga penting. Ketika menjawab setiap pertanyaan, mata biarlah selalu memandang panel dengan penuh yakin. Jangan asyik pandang ke arah lain, fokus hanya memandang kearah ahli panel yang ada.

3. Rahsia Penulisan Resume Temuduga - Ini juga adalah salah satu bahagian penting dalam sesi temuduga, bagaimana kita hendak menulis resume yang mengancam yang mampu buatkan hati panel cair?

Mungkin penerangan ringkas aku ini tidak cukup untuk menerangkan segala tips dan panduan untuk menghadapi temuduga, tapi jangan risau anda boleh cuba baca tips yang selengkapnya.

Saranan ini juga aku ingin berpesan kepada semua calon-calon Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Dengan persiapan yang jitu, anda akan berjaya menempuhi temuduga dengan lebih yakin dan insyallah anda akan terpilih untuk jawatan yang dipohon.

Aku sendiri pun sebelum berjaya mendapat kerja kerajaan, aku telah menghadiri begitu banyak temuduga, sehingga surat tawaran temuduga pun lebih tebal daripada sijil yang aku ada.

Bertapa susahnya hendak dapat kerja kerajaan ni. Jadi jangan sia-siakan peluang yang ada.

Tip ini juga berkesan untuk mereka yang bakal ditemuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29

13 Komen untuk "Tips Temuduga Kerja Kerajaan"

avatar

Perkongsian yang baik. Thanks for sharing...

avatar

Semoga berjaya kepada yang menghadapi temuduga

avatar

persediaan awal memang penting sebelum menghadiri mana mana temuduga kan

avatar

Masa kali pertama tu, tak akan tak ada sesape yang nasihatkan kena pakai pakaian yang macam mana

avatar

mesti buat yg terbaik sebab saingan memang hebat sekarang.

avatar

Apsal la dulu aku tak jumpa buku ni, kalau tak mesti sekarang aku dah kerja kerajaan dah hehe

avatar

saya semakin tua..minat nak kerja kerajaan hampir terpadam la..

avatar

dah dua klia tapi tak dapat job itu kecewa tapi anggap itu bukan rezekilah

avatar

belum pernah minta kerja kat kerajaan..

avatar

semoga berjaya kepada yang nak g temuduga tu. dapatkan ebook ni eh.

avatar

Persediaan yang lengkap dan buat research tentang kerja yang ditemuduga.amat penting. Saya fail banyak kali dah huhuhu

avatar

temuduga kerajaan banyak penekanan komunikasi bahasa inggeris.. at least dapat kuasai asas terutama bagi jawatan penolong pegawai ke atas..

avatar

Perkongsian yang sangat menarik, sangat membantu. Terima kasih kerana sudi berkongsi :)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.