blogger lelaki logo

Tak Ada Idea Nak Menulis

20 Komen
Aku sebenarnya tak ada idea nak menulis entri blog hari nie. Tapi tangan tetap gatal nak menulis, ada blogger lain cakap kena menulis dengan jiwa.

Aku tak faham sangat apa yang dia cakap tu, bukan ke kalau nak menulis nak kena fikir idea dulu, kalau tak ada idea macam mana nak menulis?

Apa yang aku tahu kalau melibatkan jiwa, kita kena guna perasaan. Jadi aku kena menulis dengan penuh perasaan. Lebih kurang menghayati la tu.

Kalau marah, tulislah dalam keadaan marah. Kalau gembira tulislah dalam keadaan gembira. Orang yang akan baca pun akan rasa apa yang kita tulis yang menggambarkan perasaan kita.

Arghh..serabut kepada otak aku fikir pasal menulis dengan jiwa tu, lebih baik aku fikirkan macam nak cari idea nak menulis ni.

Jam dah hampir pukul 10 malam, satu idea pun belum sampai nie.

Tak Ada Idea Nak Menulis

Macam-macam sudah aku buat:-

  1. Blogwalking ke blog orang lain, baca entri blog orang...konon sambil komen nak cari idea..tapi hampa.
  2. Berjalan sorang-sorang di lorong taman yang gelap..ada anjing liar la pulak..tak nak aku touch-touch the dog.
  3. Baca buku...hmmm buku ABC anak aku
  4. Pandang dinding rumah aku yang warna hijau pucuk pisang...dah berpinar anak mata aku.
  5. Cuba buat peta minda..tapi itu zaman sekolah punya karangan..itupun kalau sudah siap orang bagi tajuk kan.

Apa lagi yang aku boleh buat untuk dapatkan idea untuk menulis. Cuba korang berikan idea sikit.

20 Komen untuk "Tak Ada Idea Nak Menulis"

avatar

Aku pun sekarang alami perkara serupa...xde idea. Last2 terbit entri cite entri orang lain...hehe

avatar

aku rasakan ko punya entri ni pun dah mcm ada idea.haha.

avatar

Buat macam encik titan tuhhh..kira lembu kat langit..haha

avatar

singgah sini akak

avatar

tulis macam ini ok gak..apa kata tulis untuk promosi affiliate!

avatar

baca buku abc anak-anak boleh jadi jauga itu sedar tak dah siap entri publishkan.tahniah

avatar

mood nak tulis selalu tak tentu kalau ada idea berderet sangat kalau tak der tak ada sangat hee...

avatar

tapi ni pun dah kira ada idea.ok pe saya baca rasa santai jer....

avatar

ko gi kira lembu kat langit.

mesti leh dapat idea lepas tu.

avatar

Senang je nak dapatkan idea menulis, pilih topik apa yang panas sekarang ni, lepas tu buat ulasan sikit.. Contohnya topik orang pegang anjing, sure trafik pun akan melimpah.. :)

p/s : Blog KeretaMoto.com untuk dijual, berminat sila hubungi email [email protected] atau talian 019-4366764

avatar

tak de idea tak payah update,,tidur je..heheh

avatar

idea, byk tulis nya malas..apa daaaa aku nih

avatar

rasanya entri yang ditulis ni pun adalah idea. Ani suka baca hehe :)

avatar

Takde idea?..apa lagi..promote affiliate la.. :-)

avatar

haa..tengok..dah ada satu entri..takde idea ke benda...hahaa

avatar

Bagus juga teknik ni. Bila tak ada idea nak menulis, taip satu entri berjudul tak ada idea nak menulis :-)

avatar

saya ada cadangan, cuba mandi... bawak pen ngan kertas, sebab saya selalu dapat idea time mandi.. kadang kat jamban... kadang time nak lelap... so sentiasa sediakan pen ngan kertas...

cadangan jela... hehehehe

avatar

istigfar, zikir dan berdoa semoga diberi ilham yg bernas, inshaAllah idea datang~

avatar

saya pun takder idea nak menulis so terjah laman blog kengkawan boleh dapat idea

avatar

Hahahaha..
Memang lost betul..
Hihihi..
Tapi bagus gak keinginan tinggi nak tekan keyboard..
Hehehe

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.