blogger lelaki logo

Satu Titik Hitam

10 Komen
Aku menghampiri seorang kawan yang sedang termenung, dihadapannya ada sekeping kertas A4, warna putih.

"Wei, bro apa kau tenung tu?" Tanya aku.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?" Aku tanya dia, dia pula yang tanya aku balik.

Sambil dia menghulur sekeping kertas A4 tersebut. Aku genggam kertas itu, sambil aku tenung macam nak telan kertas itu.



"Tak ada apa bro, cuma ada satu titik hitam." Jawab aku selamber dengan penuh intelektual.

"Itulah, seputih-putih kertas ini, yang orang nampak cuma secalit titik hitam itu." Dengan nada mengeluh dia cuba berfalsafah.

"Lain macam bahasa kau ni bro. Apa maksud kau." Tanya aku balik.

"Betullah orang tua cakap, walaupun banyak mana kebaikan kita buat tapi sekali buat silap, orang akan nampak dan ingat. Macam kita tak pernah buat baik dah."

Aku nampak wajah dia sedikit berubah, lebih murung daripada yang tadi.

"Biasalah bro manusia. Ada yang buat silap, kita bukannya malaikat, sempurna buat iktu apa yang diprogramkan." Aku cuba menjadi pakar runding sakit mental.

"Tapi, bukan semua orang fikir macam tu. Bagi mereka orang yang buat salah kena hukum dan tak boleh dimaafkan. Titik hitam itu akan melekat disitu sampai bila-bila, mereka akan nampak titik itu pada diri kita." Keluh kesah kawan aku ni dah nak sampai tahap kritikal tahap 3 dah ni.

"Sebab itulah ada perpatah bro, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Dah sekali kita buat jahat, kepercayaan orang akan hilang. Itulah harga diri kita." Aku cuba tenangkan dia dengan ayat 'power' aku sekali lagi.

"Bro, cuba kau bayangkan kertas in berwarna hitam, hitam legam. Lepas tu aku buat satu titik putih guna liquid paper. Apa yang akan kau nampak, konsepnya sama kan dengan falsafah kau tadi?" Sambung aku lagi, dan perbualan kami terhenti disitu. Entah apa lagi yang dia fikirkan pula tu.

10 Komen untuk "Satu Titik Hitam"

avatar

konsep yang menarik... ermm dapat rasa yang di rasai tetapi biarlah mereka kerana aku perlu kuat untuk menghadapi ..

avatar

setuju sgt dengan pepatah buat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali....

avatar

padam je titik hitam tu
apa yang orang nak nampak biarkan saja
asal tak ada titik hitam, dah cukup bagi kita

avatar

Buat jahat jangan sekali, sekali terbuat atau terjebak orang akan ingat sampai bila-bila. Betul lah tu

avatar

Ini bukan titik hitam. Ini kerja seni...

avatar

Huhu..nasihat untuk peringatan diri saya sendiri gak ni..terima kasih bro..hehe

avatar

pening plak aku nak faham artikel ni.

haha..

avatar

Tak pernah terfikir pulak yang sebaliknya, satu titik putih pada dasar yang dah hitam. Peluang nak baiki diri, nak bertaubat, nak insaf, nak semua yg positif, sentiasa ada je. Semoga kawan itu tidak down berterusan :)

avatar

Biasa la tu, orang hanya melihat kepada keburukan dan kesalahan kita..

avatar

Secalit keburukan tu yg kdg2 diperbesarkan hhmmm...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.