Review Percuma Blog Oleh Eizil

Review Percuma Blog Oleh Eizil

Review Blog Aku

Buat suadara Eizil,

Kenapa aku ingin mendapatkan review percuma ini? Baiklah tanpa fikir panjang akan bagi 5 sebab utama.

1. Sebab tukang review ini adalah Eizil, siapa yang tak nak blog di review oleh mereka yang lebih pakar dan arif dunia blogging nie. Lagipun sudah banyak kali aku baca review blog yang di buat oleh saudara Eizil ini di blog DenaiHati, sesekali teringin juga merasa blog aku di review oleh orang yang 'terrorist' nie...

2. Aku baru sahaja tukar templates blog aku padal awal bulan oktober tempoh hari. Dan sehingga kini aku masih lagi dalam proses menambahbaik blog aku. Sudah banyak kali aku 'try n error' pasang widgets dan plug in agar blog aku bertambah baik. Jadi rasanya memang sesuai sangat jika blog aku mendapat ulasan dari yang pakar, untuk aku jadikan panduan untuk digarap pada blog aku nanti.

3. Sebab kenapa blog aku perlu direview, sama macam point di atas, tujuannya agar aku dapat menbetulkan apa yang tak kena pada blog aku. Untuk jadikan blog aku lebih baik. Review ini untuk aku dengar secara jujur apa pandangan seorang pakar terhadap blog aku, walau mungkin pahit terpaksa aku telan nanti. Kadangkala pendangan kita tidak sama dengan sudut pandangan orang lain

4. Secara tak langsung dengan review ini juga aku akan mendapat ilmu baru dalam dunia blogging. Mungkin akan ada tips yang berguna akan di kongsikan nanti. Nanti boleh bertukar-tukar pendapat juga dan mendapat maklum balas daripada rakan-rakan blogger yang lain akan berikan komen pada review tersebut nanti. Boleh dapat ilmu lagi tu dan pandangan bernas daripada kawan-kawan.

5. Sebab ini tawaran review diberikan percuma..hahaha..siapa yang tak nak barang percuma bro...tambahan pula dapat review di blog yang hebat, oleh orang yang hebat...bukan senang tau nak dapat peluang macam nie.

Sekian, Terima Kasih, itulah sahaja surat tunjuk sebab saya. Kepada rakan blogger lain yang nak juga dapat peluang ini, boleh buat entri dan submit sebelum pukul 11:59 malam ini.

Share this:

Disqus Comments