blogger lelaki logo

Korban, Pengorbanan Dan Qurban

10 Komen
Hari raya qurban atau ada juga yang sebut hari raya haji dah tak lama lagi. Selalunya hari raya qurban ni tidaklah semeriah hari raya puasa, mungkin sebab cuti dia pendek sikit kot.

qurban

Aku teringat lagi perbualan aku denga kawan aku semasa kecil, dia tanya aku

"antara raya haji dengan raya puasa, mana lagi best?"

"Aku lagi suka raya haji, sebab kita tak perlu puasa." aku jawab sambil mulut menguyah makan lok ching.

Jawapan budak-budak lelaki lambat matang.

 Rasa nak gelak, bila ingat balik. Fikir nak seronok je masa tu. Bila dah besar panjang, aku mula faham, bagi aku apa yang penting daripada kedua-dua hari perayaan Islam ini adalah ibadah.

Merayakan hari raya itu juga adalah ibadah. Bukan sebab nak seronok semata-mata.

Sejak dari kecil aku suka pergi tengok orang sembelih lembu, ada sekali tu pernah lembu qurban terlucut tali sebelum nak di sembelih. Apa lagi, semua orang pakat kejar, sampai dapat tangkap dan disembelih dan jadi satay dengan jayanya.

Apabila kita sudah dewasa, tanggujawab semakin besar, perlukan pengorbanan yang lebih berat.

Antara yang tersentuh jiwa aku ialah semasa aku buat aqiqah untuk anak-anak aku, tahun lepas. Untuk 2 orang anak perempuan aku, mereka lahir kembar. Semasa aku buatkan aqiqah ini, anak aku hanya tinggal seorang sahaja.

Akak yang sulung telah kembali ke rahmatullah lebih awal. Semasa pisau tukang sembelih dekat dileher lembu itu. Aku pasang niat, emak aku jar suruh niat dan sebut nama anak kita.

Spontan, aku sebak ketika menyebut nama anak aku yang telah meninggal itu, aku hilang fokus sehingga darah sudah menyembur di leher, aku tak sempat niat sampai habis, cuma aku cover balik dengan niat dalam hati selepas sudah sembelihan itu selesai.

Selamat hari raya aidiladha buat semua dan kepada mereka yang pergi menunaikan haji semoga mendapat haji yang mabrur, dan mendapat segala khasiat ketika berada ditanah suci Mekah.

10 Komen untuk "Korban, Pengorbanan Dan Qurban"

avatar

Selamat hari raya aidil adha bro :-)

In Shaa Allah, anak yang dah pergi nanti akan bantu keluarganya masuk ke syurga :-)

Setengah orang kata, aset tu

avatar

Salam Hari Raya Aidiladha.....

avatar

SAW bersabda umat Islam ada 2 perayaan yang lebih baik dari apa juga perayaan umat lain iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Jadi kenalah rayakannya dengan gembira. Jadi tiada istilah raya ni best dari raya yang satu lagi.....

avatar

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA JEMAAH HAJI DAN RAKYAT BERAGAMA ISLAM DI MALAYSIA DAN SERATA DUNIA...

avatar

selamat berkorban bro....

avatar

dua-dua raya aku suka. hoho..

avatar

Hari Raya Haji lebih besar dari Hari Raya Puasa..sebab disambut dengan takbir raya 3 hari

avatar

Hmm.. sedihnya.. takpe2 jangan pikir, just ingat ganjaran akhirat insyaaAllah.. anak syurga! :) Salam AidilAdha

avatar

Dalam mengerjakan ibadah korban ni..sebenarnya lebih melihat kepada dalam jiwa kita...adakah kita boleh berkorban atau kikir dgn harta yang ada?? Manakala perlaksaan Korban tu adalah simbolik kepada perlaksanaan Korban itu sahaja...semoga kita bersedia berkorban dan melakukan apa sahaja kerana Allah semata2...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.