blogger lelaki logo

Kenyakinan Kuasa Tertinggi

3 Komen
Pada tahap mana keyakinan aku? Ketika hujan ribut, petir menyambar bak halilintar, angin kencang mengerunkan ususku.

Pada saat itu aku tidak tahu bilakah alam akan hentikan guruannya, bilakah sinar mentari akan kembali tersenyum dibalik awan?

Takkan goyahkah keyakinan aku? disaat hujan bak peluru mencurahkan air, sang air yang pada awalnya bersifat lembut, kini sang air menjadi seakan musuhku.

Kenyakinan Kuasa Tertinggi

Aku berdiri tegak, basah kuyup aku di tengah-tengah jutaan titisan air itu.

Cubaan, itu semua cubaan, takkan lari takkan takut.

Kerna aku yakin, pasti di penghujungnya ada sinar.

Bila? Aku tidak tahu, aku tidak ada jawapan pasti, tapi aku yakin, setelah kuyup baju aku, mengigil tulang hitam aku, pertolongan akan tiba jua, bantuan akan di hantar jua.

Bukan berharap, ataupun aku pasrah. Tapi aku yakin. Sukar untuk aku luahkan, tapi aku yakin pasti akan datang pertolongan itu juga nanti.

Sungguh rendah diri aku, apabila kekuasaan-Mu terbukti dihujungnya. Hamba-Mu yang hina dina ini, masih dalam radar, masih dalam pemerhatian, ujian itu menyedarkan.

3 Komen untuk "Kenyakinan Kuasa Tertinggi"

avatar

Semoga keyakinan kepada Allah menjadikan kita dekat kepadaNya untuk terus menerus dan menambahkan amal ibadah kita kepadaNya...

avatar

Semoga keyakinan kita semua tidak mudah pudar

avatar

Bukan senang nak daat kuasa maksimum dari keyakinan ni..haha

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.