blogger lelaki logo

Final Piala Malaysia : JDT vs Pahang

21 Komen
Kehangatan final Piala Malaysia 2014 mulai terasa, bahang pertemuan Johor Darul Takzim (JDT) bertemu Pahang mengakhiri saingan Liga Malaysia untuk musim 2014. 

Saingan dalam Piala Malaysia ini agak menarik kerana ia adalah antara kejohanan bolasepak tertua di rantau Asia. Boleh baca disini tentang Fakta Menarik Tentang Piala Malaysia.

Kedua-dua pasukan sama hebat, menemukan juara Liga Super 2014 menentang juara Piala FA 2014. Pertembongan antara juara-juara. Pahang adalah penyandang juara Piala Malaysia 2013.

JDT dan Pahang aku anggap sebagai pasukan gergasi musim ini, antara pasukan yang mantap bersaingan dalam Liga Malaysia musim ini.

Jangan tanya aku sokong pasukan mana, sebab aku baru sahaja bertanyakan kepada kawan aku petang tadi, baju apa yang akan dia pakai di Stadium Bukit Jalil sabtu ini.

Dia jawab "buat kali ini Pahang layak ke final dua kali berturut-turut, aku tak tahu, mungkin aku akan pakai baju pagoda dan berseluar askar semata-mata."

Baiklah kita ke analisi diatas kertas pula bagi menilik siapa yang layak dinobatkan juara Piala Malaysia edisi kali ini.

Johor Darul Takzim Vs Pahang


Final Piala Malaysia : JDT vs Pahang

Dalam rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini lebih memihak kepada pasukan Pahang. Pada musim ini JDT dan Pahang sudah bertemu sebanyak 4 kali.

Dalam saingan Liga Super, dua kali mereka bertemu. Dalam perlawanan pertama Pahang menewaskan Johor dengan jaringan 3 gol berbalas 2. Manakala selepas itu, dalam pertemuan kali kedua berkeputusan seri 2-2.

Dalam saingan Piala FA pula, JDT dan Pahang beradu kekuatan pada pusingan separuh akhir yang menyaksikan Pahang menang dengan agregat (2-1).

Penyerang import kedua-dua pasukan juga hebat-hebat belaka. Dua penyerang JDT iaitu Luciano Figueroa sudah menjaringkan 8 gol setakat ini dan Jorge Pereyra Diaz pula meledakkan 5 gol untuk saingan Piala Malaysia sahaja.

Penyerang import Pahang juga tidak kurang hebatnya, aksi orang besi Dickson Nwakaeme dan Matias Conti. Masing-masing sudah menjaringkan 6 gol dalam saingan Piala Malaysia setakat ini.

Namum begitu pada peringkat kumpulan JDT hanya bolog 1 gol sahaja berbanding Pahang yang telah melepaskan 7 gol. Ini menbuktikan bahagian pertahan JDT begitu mantap.

Sedikit terkilan apabila pemain pertahanan kebal JDT iaitu Aidil tidak dapat beraksi pada perlawanan final nanti. Dan bahagian serangan JDT pula terpaksa berdepan dengan si kereta kebal Damion Stewart, sudah pasti Bojan, jurulatih JDT akan aturkan sesuatu.

Aksi final, sudah pasti semua penonton ingin melihat aksi perlawanan bolasepak yang menarik, serangan bertalu-talu daripada kedua-dua pasukan.

Namum pertemuan di atas pasang sudah pasti berbeza, dalam saingan sebenar bolasepak, analisis diatas kerta sukar dijangka. Apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan bolasepak.

Dan pesanan terakhir aku buat kedua-dua pasukan, "bola itu bulat selagi ia tak kempis, jadi jangan sia-siakan angin yang diisi dalam bola itu." Majulah bola untuk negara.

21 Komen untuk "Final Piala Malaysia : JDT vs Pahang"

avatar

aku Pahang kali ni bro :) sama2 tengok nanti

avatar

cik man org pahang...gamatla umah ni mlm tu nanti..

avatar

oleh kerana kelantan dah tak bersaing
aku sokong keduanya
siapa juga boleh muncul juara asal tak buat banyak silap

avatar

harap Pahang menang kali ni. hoho

avatar

Saya yakin Pahang menang..saya anak Pahang :)

GET CLEAN WATER | PENAPIS AIR SHAKLEE

avatar

tim yang aku sokong dah lama sangat tak masuk final... boikot r haha

avatar

Nurul hanya perantau dibumi JDT ni.. urmm.. nak pakai baju pagoda duar askar gak la.. hehe :p

avatar

sebagai anak kelahiran pahang, saya sokong PAHANG!
O ale-ale, ale-ale tok gajah ku! =)

p/s-saya membalas kunjungan, Diari Seorang Mama

avatar

nampak agak sengit. bukan orang Pahang mahupun JDT, jadi..saya tunggu dan lihat saja siapa yang paling hebat dipadang nanti..he he

avatar

jdt tumpah darahku ... semoga berjaya ...

avatar

JDT tetap di hati....

avatar

Saya penyokong JDT...luaskan kuasamu..:)

avatar

JOHOR - luaskan kuasamu!

avatar

dua-dua pasukan yang mantpa dan hebat!

avatar

Suami org johor...tp saya xminat JDT.huhu....so saya sokong mana yg menang jela gtu...eheh.

avatar

Malam ini penentunya..

avatar

walaupun taktau apa-apa pasal bola (maaf mak jemah memang zero ilmu bola) tapi tetap mau komen juga:)

avatar

Kecewa JDT kalah..tapi tak apa..next game ada lagi haaa...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.