Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Diskriminasi Anak Lelaki?

Betul ke ada diskriminasi terhadap anak lelaki. Adakah anak perempuan dilayan lebih berbanding anak lelaki di zaman sekarang ini.

Padahal sejak berzaman kita tahu, anak lelaki selalunya akan dianggap sebagai pewaris keturunan keluarga. Malah akan mendapat layanan lebih istimewa jika dia adalah anak lelaki tunggal.

 Dalam entri lama aku Kasihnya Lelaki Kepada Anak Perempuan telah mengundang komen yang agak berbeza sedikit. Ada seorang sahabat ini yang menyatakan bahawa zaman sekarang anak lelaki di diskriminasi, dan anak perempuan di berikan layanan yang lebih.

Diskriminasi Anak Lelaki

Diskriminasi Anak Lelaki

Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, kita disarankan untuk berikan layanan sama rata kepada semua anak-anak kita. Jangan ada pilih kasih dan pilih bulu. Ini bagi mengelakkan timbulnya salah seorang anak cemburu terhadap adik beradiknya yang diberikan layanan yang lebih.

Untuk berlaku adil sebenarnya susah, susah dari segi hendak menjaga hati setiap orang anak. Padahal adil itu bukanlah bermakna hak sama rata. Adil ialah apabila meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul.

Mungkin dari situ akan timbul salah faham, dan menganggap ibu layan abang lebih daripada adik.

Padahal mungkin si abang lebih memerlukan perhatian daripada si adik pada ketika itu. Dan apabila tiba giliran di adik layanan yang sama akan diberikan, cuma ianya tidak berlaku pada masa yang sama, ia mengikut situasi dan keperluan seseorang anak itu.

Rasa tidak puas hati timbul apabila tiba giliran si adik, layanannya pula sedikit kurang daripada yang si abang terima dahulu. Tadi dah cemburu kini dan rasa tak puas hati pula. Jangan sampai bergaduh adik beradik sudah la.

Sebab itu orang cakap memang susah nak puaskan hati setiap orang.

Sebagai ibubapa perlu berlaku adil seboleh yang mungkin, agar tidak wujud perasaan cemburu sesama adik beradik. Jika tidak boleh berikan barangan yang sama, paling tidak ia sebanding dengan nilai barangan yang diberikan ke pada si abang.

Diskriminasi Anak Lelaki

Jika perlu berikan penjelasan yang benar kepada setiap anak, agar tidak timbul salah faham.

Bagi aku layanan sama rata itu mungkin agak sukar untuk dilakukan, sebab setiap orang sudah pasti ada sifat dan sikap yang berbeza, setiap anak-anak kita mempunyai watak yang berbeza, jadi layanannya juga pasti berbeza. Cuma ibubapa perlu bijak memainkan peranan agar tidak ada yang tersinggung nanti.

Anak adalah aset setiap ibu bapa, jadi didikan yang betul umpama perlaburan masa depan. jika betul didikannya pasti apabila ibubapa sudah tua, anak-anak ini akan menjaga ibubapanya dengan baik.

Malah mungkin akan jadi anak yang soleh, doakan ibubapa setiap hari, walaupun ibubapa sudah meninggal juga. Inilah perlaburan yang bernilai tinggi bagi seorang ibu dan seorang bapa, iaitu anak soleh dan solehah.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail