blogger lelaki logo

Cara Meminta Maaf Kepada Suami

15 Komen
Cara meminta maaf kepada suami. Kita memang digalakkan untuk sentiasa meminta maaf jika kita berbuat salah, lebih-lebih lagi dengan suami atau isteri kita.

Cara Meminta Maaf Kepada Suami

Aku tulis secara umum. Kerna bukan sahaja isteri yang perlu minta maaf kepada suami, tetapi suami juga perlu meminta maaf kepada isteri. Barulah rukun rumah tangga semakin utuh dan kekal bahagia.

Dan kepada sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan terhadap orang lain, boleh cuba cara ini.

Cara Meminta Maaf Kepada Suami


1. Mengaku kesalahan. Jika kita benar-benar ikhlas hendak meminta maaf diatas kesalahan, kita perlu mengakui apa kesalahan kita. Aku yakin orang akan lebih lembut hati dan senang hendak maafkan kita.

2. Berjanji takkan ulangi kesalahan itu lagi. Cuba sedaya upaya untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama, jika kita mengulangi kesilapan, itu adalah kesilapan besar. Keyakinan orang terhadap kita akan hilang.

3. Cari masa yang sesuai untuk meminta maaf. Ada orang yang panasnya sekejap sahaja, jadi tunggulah sehingga kemarahan si dia reda terlebih dahulu, barulah kita minta maaf. Mungkin ada orang yang mengambil masa yang lama, jadi bersabarlah, cuba perlahan-lahan untuk meminta maaf. Jangan terlalu mendesak.

4. Cuba memujuk hati si dia. Maaf itu datang dari hati, jadi cuba lembutkan hati si dia dengan membuat atau memberi sesuatu yang si dia suka dan minat. Kesukaran seseorang itu untuk memaafkan adalah datangnya dari sifat ego, jadi kena tundukkan juga ego dia.

5. Berdoa. Ya doa itu senjata kita orang Islam. Selalulah berdoa kepada Allah S.W.T agar lebutkan hati si dia dan segera memaafkan kita. Nyata dengan jelas sebagai contoh "Ya, Allah kau lembutkanlah hati (si polan) agar memaafkan kesalahan aku, dan aku berjanji tidak akan mengulangi kesalah itu lagi." Ini ayat doa yang aku buat sendiri, jika ada doa lain yang diajar oleh ustaz juga bolehlah di amalkan.

Selain kita disuruh untuk sentiasa meminta maaf kita juga digalakkan untuk memaafkan orang lain. Jadi sebelum tidur cubalah maafkan setiap kesalahan orang lain terhadap kita, dan insyallah akan ada orang lain pula yang akan memaafkan kita nanti.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Semoga diamalkan selalu saling bermaaf-maafan antara suami isteri, dan bukan dilakukan pada hari raya sahaja.

15 Komen untuk "Cara Meminta Maaf Kepada Suami"

avatar

ha..

dengar tu isteri-isteri sekalian.

hoho

avatar

Meminta maaf, mengaku kesilapan, tidak merendahkan darjat seseorang. Bahkan meninggikan.

avatar

aku terpaksa ambil tanggungjawab buat artikel nie..sebab keyword nie asyik masuk je

avatar

yang ini aku sokong :)

avatar

Bagus tips ni, boleh jadi panduan :)

avatar

Tips yg bole dipraktikkan

avatar

Nak minta maaf kat suami ni lebih mudah rasanya dibandingkan nak suami mintak maaf kat isteri. Lelaki ego tinggi, so, payah sikit nak ngaku salah. Haha

avatar

Ohhh nak kena suruh isteri baca artikel ni haaa..kasi insaf sikit dia..hahaha

avatar

sgt berguna tips ni....sy cuba pratikkan.

avatar

bole buat rujukan bagi para isteri ...para suami pun kena share juga ni.

avatar

Isteri biasanya sangat 'KERAS KEPALA'. Dah mintak maaf tapi bibir tetap muncung..hehe

avatar

para isteri baca dan hadam dengan hati terbuka

avatar

Sesiapa yang sanggup memaafkan tanpa perlu orang dating meminta maaf padanya, adalah orang hebat!

avatar

Para isteri patut bookmark post ni :-) hhe

avatar

Saya doa banyak2 supaya dia lembut hati then baru gi mohon ampun..hihi

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.