Cara Letak Lokasi Premis/Kedai Di Google Maps

Cara Letak Lokasi Premis/Kedai Di Google Maps

Pernah tak anda terfikir untuk letak lokasi premis/kedai anda di dalam Google Maps. Bagi saya ia amat berguna di dalam kita menpekenalkan lagi lokasi perniaagan kita kepada bakal pelanggan kita.

Lebih-lebih lagi sekarang ramai sudah tahu Google Streetview di Malaysia sudah boleh digunakan

Cara Letak Lokasi Premis Di Google Maps

Lagipun zaman sekarang, semua orang suka untuk mendapatkan info melalui telefon pintar. Semuanya dihujung jari. Jadi sebagai peniaga kita perlu manfaatkan kemudahan seperti ini.

Misalnya anda ada buka restoren, dan anda letakkan lokasi premis restoren anda di dalam Google Maps.

Mungkin anda ada buat promosi pasal restoren anda di facebook, jika mereka yang tak biasa dengan kawasan restoren anda, mungkin tercari-cari jalan untuk mencari restoren anda.

Jadi disini, mungkin mereka akan cari peta untuk pergi ke restoren anda. Jadi disitulah pentingnya untuk letakkan lokasi premis anda di dalam Google Maps. Kiranya inipun salah satu cara untuk promosi terutama dalam menarik pelanggan baru.


Cara Letak Lokasi Premis Di Google Maps

1. Mula-mula anda pergi ke laman Google Map Maker. Cari alamat premis anda. Selepas itu tukarkan google maps tadi kepada mode "Satelite" untuk lebih senang kita tanda kawasan nanti.

2. Cari dan klik pada button "ADD NEW", selepas itu klik pada pilihan "Add a Place".

Cara Letak Lokasi Premis Di Google Maps


3. Selepas itu cursor anda akan bertukar menjadi seperti di bawah. jadi tandakan pada kedudukan premis anda dengan tepat.

Cara Letak Lokasi Premis Di Google Maps

4. Selepas itu, isikan setiap form yang dipaparkan dengan maklumat lengkap premis kita. Dan tekan "SAVE".
Cara Letak Lokasi Premis Di Google Maps

Cara Letak Lokasi Premis Di Google Maps

Share this:

Disqus Comments