Bina Jalanraya Daripada Getah

Bina Jalanraya Daripada Getah

Menurap jalanraya dengan campuran getah dan asfalt, kedengaran pelik tetapi jalanraya jenis ini sudah lama di bina di Amerika sejak tahun 60-an lagi, yang dikenali sebagai Rubberized Asphalt Concrete (RAC).

Bina Jalanraya Daripada Getah

Formula yang digunakan untuk RAC ini adalah getah daripada tayar terpakai dicampur dengan asfalt untuk dijadikan bahan 'pengikat' sebelum digaul bersama agregate. Nak baca lebih lanjut boleh baca dekat sini.

Dan penggunaan Rubberized Asphalt Concrete ini di California sejak 30 tahun lalu dibuktikan berjaya.

Kelebihan Guna Getah Untuk Buat Jalanraya

1. Rasional campuran bahan getah untuk membina jalanraya adalah untuk mengurangkan pencemaran bunyi.

2. Dapat jimat kos, kerana ia lebih tahan lama serta dapat mengurangkan kos penyelenggaraan.

3. Mesra alam, kerana bahan yang digunakan adalah daripada tayar terpakai yang di kitar semula. Jadi tiada lagi pembuangan tayar di tapak pembuangan sampah, jadi ia juga telah menjimatkan ruang.

4. Dapat naikkan harga getah di Malaysia, kita semua tahu sekarang harga getah telah jatuh mendadak. Oleh sebab itu pihak kerajaan Malaysia sedang mengkaji untuk bina jalan raya daripada getah.

Bina Jalanraya Daripada Getah

Lagipun aku ada baca berita dekat Thailand pun juga dalam perancangan untuk bina jalanraya daripada getah juga.

Cuma aku tak pasti samaada idea kerajaan Malaysia ini untuk guna getah daripada tayar terpakai atau guna getah asli yang segar dari ladang.

Namum begitu, aku sokong jika inisiatif dan inovasi daripada pihak kerajaan agar ekonomi dalam negara berkembang, sekaligus menguntungkan juga pekebun dan penoreh getah di seluruh negara.

Share this:

Disqus Comments