blogger lelaki logo

Betul Ke Lelaki Manja Ketika Demam?

10 Komen
Aku tak pasti aku ni jenis lelaki yang manja ketika demam atau sakit. Sebabnya aku ni jenis lelaki sejati yang jarang nak mengalah dengan kalau setakat demam selsema, aku masih bangun dan buat kerja yang aku nak buat. 

Lelaki Manja


Tapi aku bukanlah superman, ada juga masanya kita rasa sakit, demam dan macam-macam lagi dugaan hidup. Ada kala rasa juga nak bermanja 200% ketika kita sakit.

Bagi aku masa nak rasa bermanja sikit dengan bini ialah ketika sakit sakit-sakit badan, sakit urat, nak surut bini urut la, takkan nak pergi rumah urut pulak, dah kita ada bini kan.

Tapi aku ni jenis yang tak suka nak mengada-ngada nak jadikan bini aku nurse, aku baring dan suruh bini aku pergi ambil apa saja yang aku nak ataupun nak suruh bini aku menempel dengan aku sahaja ketika aku sakit.

Nak minum air pun nak kena suruh bini ambilkan, itu bukan cara aku. Ketika aku sakit atau demam, aku cuma harap bini aku faham, dan biarkan aku berehat yang cukup.

Aku tak suka dilayan macam budak kecil, ala macam kita budak-budak dulu masa demam, asyik nak merengek je. Tapi semasa aku budak-budak dulu kalau aku demam, aku memang manja sikit dengan emak aku..hehehe

Aku tak pasti berapa ramai lelaki di Malaysia yang termasuk dalam golongan 57% lelaki yang inginkan perhatian dan simpati ketika sakit, ini fakta yang dikeluarkan oleh The Engage Mutual.

Namum jika ikut datuk aku, dia memang tak boleh hidup kalau nenek aku tak ada di rumah, lebih-lebih lagi ketika datuk aku sakit. Nenek aku kena jaga datuk aku macam budak kecik, tinggal sekejap pergi basuh kain sudah terjerit-jerit panggil nama nenek aku. Memang manja datuk aku nie.

Tak tahulah nanti apabila aku dah tua akan ikut perangai datuk aku ni.

Iyelah denagn siapa lagi kita nak bermanja kalau bukan dengan bini kita.

Lebih-lebih lagi apabila kita sudah tua, hanya hidup berdua dengan bini kita, anak-anak dah membesar ikut haluan masing-masing. Sakit demam kita dengan bini kita, saling bergilir jaga siapa yang sakit.

10 Komen untuk "Betul Ke Lelaki Manja Ketika Demam?"

avatar

Hahaha..pulak dah..saya suka manja dengan isteri bila demam..sampaikan isteri langsung tak leh nak bergerak..hahahaha..

avatar

Nanti manja lebih-lebih, takut ditertawakan anak-anak......

avatar

saya rasa memang betul, bila tengok lelaki2 kt family sendiri. hehe..

avatar

Macam pompuan, org lelaki pun nak dimanjakan jugak..tapi kalau dah kawin tu lain cara manjanye...sedo2 dah sehat balik...

avatar

Inilah masa terbaik nak bermanja dengan isteri hhe rugi la tak ambik peluang ni

avatar

normal la tu.

bila lagi kan nak manja-manja nih.

avatar

sesekali tak akan di lepaskan haa..

avatar

Suami sy kalau tak sihat biasa dia akan berehat.dia pun tak kan minta itu ini kecuali sy yg tawarkan diri.sbb bila dia tak sihat dia mmg nk berehat.tu pun kalau mmg sakit smpai tak boleh bangun la.

avatar

olololo..suwittnye.. ;)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.