blogger lelaki logo

Bajet 2015

20 Komen
Baiklah, musim Bajet 2015 sudah tiba lagi. Selalunya sebelum dan selepas pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri, media sosial, di kedai-kedai kopi akan kecoh, semua orang bajet nak jadi pakar ekonomi.

Bajet 2015


Disebabkan semua orang nak cerita pasal bajet, aku pun nak cerita pasal bajet juga. Walaupun aku tak bajet gaji penjawat awam akan naik. Dapat bonus pun jadi la, sekurang-kurangnya tak lari bajet aku untuk dua tiga bulan mendatang.

Aku tahu ramai yang duk bajet akan ada habuan dan insentif daripada kerajaan seperti Br1m atau apa jua jenis subsidi. Lebih-lebih lagi dengan perlaksanaan GST bermula pada tahun 2015 dan juga kenaikan harga minyak, walaupun cuma 20 sen, eh bukan naik tapi subsidi minyak telah dikurangkan.

Namum dari segi kemajuan ekonomi negara sudah pastinya mereka yang berada di peringkat lebih tinggi ingin melihat dasar-dasar baru kerajaan seperti cukai atau apa sahaja untuk memacu ekonomi negara agar bersaing dengan cemerlang pada tahun hadapan.

Aku cakap ni macam aku bajet, aku ni pakar ekonomi pulak.

Orang-orang kampung pastinya yang perlu diberikan perhatian, dengan kenaikkan harga minyak, harga barangan lain juga sudah pasti akan terkesan. Harga barangan mungkin akan sedikit mahal di kawasan pendalaman berbanding harga di kawasan bandar.

Subsidi antara perkara yang sering diperkatakan hari ini. Ada pihak yang mahu rombakkan dalam pengagihan subsidi negara, agar ia digunakan oleh mereka yang betul-betul memerlukan.

Aku setuju jika agihan subsidi ini cuma terhad kepada mereka yang memerlukan sahaja, kerana keadilan itu tidak semestinya hak sama rata.

Malas dah aku nak cerita pasal bajet, mesti korang akan cakap aku ni bajet bagus nak cerita pasal ekonomi. Aku dah malas nak cerita panjang, korang boleh baca serba sedikit pasal bajet daripada yang pakar disini.

20 Komen untuk "Bajet 2015"

avatar

Apa yg mampu kita buat setakat hari esok ni.... tunggu dan lihat jelah. Tapi, disebabkan 2kupang pnuya pasal, memang bajet start bulan ni lari.. huhu

avatar

kita tunggu aje esok ye..

avatar

gua bajet lu tau bro..hahaha

avatar

2 kupang punya pasal bajet boleh lari tuk bulan2 mendatang

avatar

Mengharapkan ada perkembangan dan perkara yang dapat mengurangkan beban rakyat. Terutama GST mula dilaksanakan pada April 2015 nanti.

avatar

Aku kena stabilkan semula bajet peribadi skang ni. Subsidi minyak dikurangkan, so kena cari alternatif untuk tingkatkan pendapatan peribadi.Bila dah stabil baru, muka ada senyum. Hati ada senang. huhuuh

avatar

Assalammualaikum.. BL,

harap2 bajet 2015 kali nie adalah yang 'paling baik' berbanding sebelum2 nyer..

mselim3

avatar

Nak tunggu pembentangan esok.

avatar

bajet kali ini tak perlu nak mengharap sangat. 1 yang diberi, 10 yang akan di ambil balik nanti

avatar

Kene tingkatkan bajet ekonomi sendiri nampaknya. Cari peluang perniagaan atau pendapatan sampingan kekdahnya... :P

avatar

sungguh ramai juga yang nak tahu pasal bajet ini..biasa terutama kepada penjawat awam dan para peniaga diluar sana..rakyat biasa pun apa kurangnya!

avatar

Naik tetap naik tapi gaji tak naik2...bila gaji naik..semua benda naik...hanye hujan je yang TURUN...

avatar

Nantikan hari ini pembentangan budget 2015 jam 4 petang.

avatar

hari ni perbentangan bajet 2015..berdebar2.hihihihihi mcm nak amik exam jer.

avatar

Tengah tgu pengumuman je nie

avatar

yg pasti ada imbuhan utk org gomen ...

avatar

yey..

dapat bonus awal tahun. hoho

avatar

Okeh..rezeki org kerja gov..dapat bonus haaaa..terbaiklah..hehe

avatar

Sekali je bonus dapat 1 1/2 bulan sebelum ni...lepas tu bonus separuhle, saguhati RM500 le...ishk3...zaman mahathir takde macam ni...

avatar

terima kasih atas artikel anda yang menarik dan bermanfaat ini. semoga memberikan manfaat bagi pembacanya. saya memiliki artikel sejenis yang bisa anda kunjungi di sini EXPLORE INDONESIA

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.