blogger lelaki logo

Bahana Kuda Durjana

14 Komen
Pada suatu hari, disebuah kandang kuda ada 25 ekor kuda kesemuanya. Mereka sedang rancak bersembang, masing-masing nak menonjolkan kehebatan diri.

"Apakata ketika sedang kebosanan ini kita beradu kehebatan kita semua." ujar kuda no.1

"Beradu? maksudnya tidurkah bro?" tanya kuda no.2

"Bukan beradu itulah #*$(@)^!! Maksud aku, apakata kita semua tunjukkan kehebatan kita semua, barulah kita semua tahu siapa yang paling hebat di antara kuda-kuda ini semua." no.1 cuba menberi pencerahan.

"Baiklah, biar aku yang mulakan dahulu." ujar kuda no.3 sambil bangun berdiri.

"Akulah kuda paling hebat, aku mampu buatkan manusia jadi kaya-raya dan ada banyak duit." Kata kuda no.3 dengan bangganya.

"Eleh, itu sahaja kehebatan kau, aku lagi hebat daripada kau. Jika kau boleh buat manusia jadi kaya, aku pula mampu buat manusia jadi miskin dan hina." Tiba-tiba kuda no.4 mencelah, sambil berdiri dan mendada.

"Arghh!!!..semua itu karut, aku lebih hebat daripada kamu berdua. Aku mampu mengawal manusia. Aku boleh buat manusia lakukan apa sahaja demi aku, tidakkah itu akan buatkan aku lebih berkuasa dan hebat." Kuda no. 5 pula cuba menjadi riak.

"Tak guna semua itu, aku lebih hebat daripada kalangan kamu semua, aku pernah buat manusia sanggup membunuh, mencuri, merompak, semata-mata kerana aku. Manusia itu ikut arahan aku. Kurang hebatkah lagi aku buat kamu semua." Kuda no.1 pun ceritakan kehebatan dirinya.

Bahana Kuda Durjana

Kuda Durjana Sedang Mara


Itulah perbualan sekumpulan kuda yang durjana, jumlah sebenar mereka tidaklah diketahui sehingga kini. Mungkin ada berjuta jumlahnya.

Jumlah mangsanya juga sudah tidak terhitung. Golongan anak muda adalah sasaran utama mereka.

Dan sehingga kini kumpulan kuda ini sedang mara dan nafus mereka untuk menguasai manusia tak pernah padam.

Ini adalah cerita benar, tolong sebarkan kepada saudara mara, adik abang, sahabat handai dan jiran tertangga KRT.

Mungkin mereka berada dikalangan kita sekarang. Kumpulan ini tidak mengenal siapa, yang penting misi utama mereka menghancurkan umat manusia tercapai. Jadi berhati-hatilah selalu.

14 Komen untuk "Bahana Kuda Durjana"

avatar

Kuda APA??? Jengjengjeng.....

avatar

Kuda bkn sebarang kuda

avatar

alamak cerrita berkias...namun saya dapat mesej bahawa kuda itu umpama syaitan yang berusaha nak merosakkan manusia..

avatar

Sukarnya nak 'masuk' dalam cerita ni tapi apa yang saya faham ia berkait dengan apa yang jadi dengan fenomena muda mudi sekarang ni

avatar

tinggi bahasa ni..tertanya-tanya kuda jenis apakah ini...

avatar

mula-mula rasa macam paham, tapi dah baca part ending makin tak paham pulak

avatar

Ni mesti pil kuda..he..he

avatar

Alamak... kuda apa ni sebenarnya? Ada disekeliling kita pulak tu... bahaya nye

avatar

Bole jadi diri kita sendiri, nafsu yang mengawal diri..

avatar

moh song lagu kuda ku lari gagah berani..hai...kuda...

avatar

Banyaknya kuda....
Dah lama x tgk persembahan kuda kepang

avatar

kudaku lari gagah beraniiiii~

avatar

Kuda ni memang bahaya bro..hapus pun, dia ada balik..hahaha

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.