blogger lelaki logo

Bagaimana Cara Mesin ATM Di Godam

10 Komen
Gempar seluruh Malaysia pasal kes mesin ATM digodam sehingga kerugian RM 3 juta. Bagaimana caranya mesin ATM di godam? Oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Bagaimana Cara Mesin ATM Di Godam

Jika kita baca surat khabar dan mendengar berita, menurut Bukit Aman. Mesin ATM ini telah di godam atau di hack dengan menggunakan Malware yang dikenali “ulssm.exe”. Dan suspek yang disyaki adalah warga Amerika Latin.

Ada pakar yang cakap, sebab utama kenapa mesin ATM mudah digodam adalah kerana hampir keseluruhan mesin ATM masih beroperasi menggunakan Windows XP. Mungkin disebabkan kos dan pihak bank beranggapan mesin ATM sudah cukup selamat dengan adanya sistem alarm dan rakaman CCTV.

Disini ada beberapa cara yang pernah digunakan untuk mengodam mesin ATM.

Cara #1 : Godam guna Backdoor.Padpin

Suspek telah memasukkan sekeping cakera padat (CD) yang mengandungi Trojan Horse yang dikenali “Backdoor.Padpin”.

Sebaik sahaja CD di masukkan, sistem operasi ATM  tadi akan reboot dan akan menjalankan Torjan Horse tadi, lalu menghasilkan satu file ini:

  • [PATH TO THREAT]\ulssm.exe

Kemudian Trojan tadi akan bertindak membina registry entries yang akan berfungsi setiap kali Windows dihidupkan.
  • HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run\”ulssm.exe” = “[PATH TO THREAT]\ulssm.exe“
  • HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run\”ulssm.exe” = “[PATH TO THREAT]\ulssm.exe“

Trojan boleh teradam sendiri jika ia gagal untuk mendapatkan kawalan pad PIN. Ia akan berjalan di 'background' sehingga kod tertentu dimasukkan pada pad PIN ATM.

Akhir sekali 'backdoor' pada sistem Windows tadi akan terbuka, dan membolehkan pengodam tadi mendapat maklumat berkenaan mesin ATM tersebut seperti memilih 'kaset' yang mengandungi wang, mematikan sistem alarm, mengeluarkan wang daripada mesin ATM dan kemudiannya akan memadam Trojan tadi daripada mesin ATM tadi.

Apa yang aku musykil, dalam laporan akbar, ada menyebut pasal suspek memasukan kad sim ke dalam mesin ATM tersebut.
Tapi jika aku baca keterangan daripada
Symantec ini tak ada pula mereka sebut baca kad sim.

Cara #2 : Godam guna Backdoor.Ploutus

Trojan Horse yang dikenali sebagai 'Backdoor.Ploutus' ini sudah mula dikesan pada 2013 dalam kes kecurian di mesin ATM di Mexico.

Cara ini katanya lebih bergaya, kerana mereka hanya perlu menghantar 2 keping SMS ke mesin ATM yang telah dimasukkan Trojan 'Backdoor.Ploutus', kemudian hanya perlu menunggu duit keluar dari mesin ATM, macam menang jackpot...hehehe..nampak macam senang kan

Tetapi ramai juga yang pertikaikan cara ini, sebab bunyinya macam tak logik.

Apa yang bermain di minda aku adalah, mesin ATM ini ada kad sim atau ada talian telefon ke untuk dihantar SMS? Kalau wireless itu mungkin ada kot pada mesin ATM. Kepada yang pakat mesin ATM ni boleh berikan pencerahan kepada aku. .

Bagaimana Cara Mesin ATM Di Godam

Ini bukan tutorial, tapi ini cuma sedikit pencarian kepada isu ini, jangan gatal nak cuba, banyak lagi kerja yang korang boleh buat. Lagipun modus operadi ini sudah kantoi, sudah pasti langkah keselamatan akan dipertingkatkan oleh pihak bank buat masa ini...mungkin la kot...hehehe

10 Komen untuk "Bagaimana Cara Mesin ATM Di Godam"

avatar

Itulah kehebatan hackers mengcrack sistem..

avatar

hebat perompak tu...work smart

avatar

semua ni pengaruh filem. klu xde filem pasal curi curi mesti xde orang buat benda macam tu huhu

avatar

Penggodaman yang digembar gemburkan oleh movies barat sememangnya wujud lama dah...dan ini adalah buktinya di Malaysia..tak tahulah jika kita tidak mengambil langkah2 keselamatan yang lebih kuat agar tidak mudah digodam lagi..

avatar

Inilah kelemahan sistem...apabila hack vs teknologi..mampu ditandingi kehebatan sesuatu teknologi tu...maka kebolehpercayaan akan susut dikalangan sesama manusia..

avatar

Semakin maju teknologi, semakin terdedah kepada ancaman. Bahaya woo

avatar

sangat kesal juga kerana mereka berjaya mengodam mesin ATM..tentunya ada pengguna yang hadapi masalah nanti

avatar

Nasib baik la dia godam mesin atm. Kalau dia godam akaun pengguna, gawat jugak tu.
Sistem riba memang takkan mengayakan pihak bank mahupun pihak ditindas. Kalau bank kaya, si kena tindas akan bertindak macam ni la. Kan dah rugi...

avatar

cara macam ni nampak lebih style haha (walaupun memang tak patut la)

avatar

Kalau ikutkan pada keadaan, mesin atm yang digodam itu yang masih gunakan Windows NT, software lama. Bank sekarang dalam proses untuk upgrade kesemua mesin ATM dan juga perisian menggunakan Windows 7. Ini termasuk security terminal yang akan block segala virus dan malware dari USB drive.

Sekarang ni, ATM provider tengah dok pulun nak disable kan boot from CD on first boot. Ada beribu mesin seluruh malaysia nak kena buat. Memang jadi robot la jawabnya

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.