Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Apa Masalah Drama Melayu?

Sebenarnya aku tiada apa-apa masalah dengan drama Melayu. Cuma kadang-kadang aku rasa geli hati menonton babak serius dalam drama Melayu.

Penyakit drama Melayu ini samalah juga dengan penyakit yang dialami Filem Melayu.

Apa Masalah Drama Melayu

Aku ambil contoh apabila sang isteri baru nak mengandung, pasti akan ada scene atau babak si isteri rasa loya dan termuntah tiba-tiba, selepas itu pergi jumpa doktor.

Dan doktor akan cakap "Tahniah anda bakal menjadi bapa." Sambi berjabat salam dengan si suami.

Aku rasa babak ini sudah cukup klise, sudah beribu-ribu drama Melayu yang paparkan adegan ini.

Aku nak juga tengok babak seperti ini pupus dalam drama Melayu, apa kata kita tukar babak ini pula seperti guna dialog lebih kurang macam nie.
Isteri : Kekanda, dinda rasa bulan dinda datang terlewat bulan ini...Apakah? (sambil mulut ternganga..bersambung..pasang iklan)

Selepas beberapa minit iklan....

Suami : Owh! adinda, kanda rasa ada baiknya dinda menjalani pregnancy test.
Babak anak Melayu seksi menari terhuyung hayang dekat disko usah katalah, antara babak yang wajib ada di dalam majoriti drama kita.

Babak seperti aku rasa sudah patut dihapuskan daripada drama Melayu. Jika tak buat adegan menari dekat disko rasanya sedikit pun tak menjejaskan jalan cerita.

Memang tujuan utama drama adalah untuk hiburan, tetapi aku rasa masyarakat perlukan drama yang lebih berkualiti.

Bukannya ulangan drama dengan jalan cerita yang hampir sama. Kena kahwin paksa, isteri bergaduh dengan suami, baru je berbaik tak sampai 24 jam ada orang ketiga datang kacau daun.

Tolonglah buatlah cerita cinta yang lebih hebat. Buat drama sampai aku boleh menitiskan airmata sambil potong bawang.

Aku tak nafikan memang ada drama yang berkualiti dan berunsurkan nasihat serta ada motif kemasyarakatan, tetapi ianya tak banyak dan selalunya hanya dalam bentuk telemovie.

Apa masalah drama Melayu? Jangan tanya aku, kena tanya mereka yang buat dan tonton drama Melayu....jangan marah

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail