blogger lelaki logo

Al-Kisah 20 Sen

13 Komen
Tragedi oktober itu lagu Awei, semperna masuk 2 haribulan 10 tahun 2014 ini, kisah 20 sen jadi hangat, bukan hangat-hangat tahi ayam punya cerita nie, tapi kisah 20 sen yang boleh buat orang marah.

Al-Kisah 20 Sen

Ingat gajah je ke boleh naik minyak, ini orang pun boleh naik minyak wooo. Gajah naik minyak habis kebun dikerjakan, kalau orang naikkan minyak? macam mana pula tu.

Ala 20 sen je bro, apa nak bising. Selalu isi minyak RM50, sekarang lu tambahlah jadi RM 50.20. Itu pun masih tak faham ke. Benda simple takkan nak kena ulang masuk sekolah tadika balik.

Tapi, korang dengar tak apa yang menteri cakap?

Harga minyak tak naik, tapi subsidi telah diturunkan. Dulu semua orang buat troll konon, sarkastik sangat, dekat Malaysia ni semua benda naik, hujan je turun, sekarang dah terbukti subsidi sudah turun, apa lagi lu mau?

Aku tahu ramai yang risau, bila harga minyak naik, harga barnag pun mungkin akan naik, tak sekarang mungkin beberapa bulan selepas kenaikkan ini. jadi apa yang perlu kita lakukan?

Aku lebih suka ambil pendekatan sederhana, nak lawan pun memang tak terlawan. Siapalah kita rakyat marhaen ini.

Jimat, kita kena berjimat, kurangkan perbelanjaan kita. Iyalah nak tunggu minyak turun entah bila pulak, sementara tu kita kenalah berjimat cermat.

Kalau tak nak berjimat, kenalah pula cari duit lebih, sekurang-kurangnya untuk menampung nilai 20 sen harga minyak yang naik tu.

Kita kena bersiap sedai kemungkinan harga barangan lain juga akan naik juga, selalunya dengan alasan kos pengangkutan yang meningkat selepas kenaikan harga minyak..hmmm

13 Komen untuk "Al-Kisah 20 Sen"

avatar

Semlm dgr berita ingat turun 20sen rupanya subsidi diturunkan harga minyak di naik kan....
Apa blh buat redha jer....

avatar

Kena ada tindakan untuk keluar dari permasalahan ni

avatar

hari ni beli nasi lemak, harga still sama tp nasi tu mcm dikurangkan saja..

avatar

sama ada subsidi diturunkan atau harga minyak naik kesannya akan terkena pada rakyat berpendapatan rendah adalah sama..hidup menderita..lainlah kalau golongan tertentu yang guna minyak syarikat atau jabatan yang tanggung..

avatar

tidak apa boleh dikatakan, ikut sahaja. Macam mana nak bantah?

avatar

Mau lawan?? Kita ni marhaen..mcm x termampu je nak lwn.. masing masing ada pilihan..pilih je mana yg kita patut buat utk adapt isu harga minyak ni

avatar

Pastinya harga brg akan berubah gak bro..harga minyak ni isu sensitif..

avatar

Harga kangkung turun ke?

avatar

Sebagai rakyat, kita hanya ada kuasa ketika mengundi sahaja.
Apa yang berlaku sekarang adalah hasil tindakan kita sendiri.
Hidup perlu diteruskan juga tanpa apa-apa rungutan kerana kalau mereka prihatin mereka takkan lakukan kepada kita seperti ini. Isu ini pun bukan kali pertama malah macam-macam lagi kita diperlakukan sedemikian.
Bising-bising pun kita kena kerja juga cari rezeki. Kereta pun kena isi minyak juga, moto pun kena isi minyak juga, makanan kena beli juga dan mcm-mcm lagi. Apapun, peringatan untuk kita juga. Janji manusia itu tidak boleh dipercayai. Tugas kita, carilah rezeki dengan baik dan HALAL. Doa pada Allah supaya memberi kecukupan pada kita semua. Itu lebih bermanfaat dari merungut tambah-tambah di FB tu ha. Tak ada manfaat apa-apa.

avatar

ya.

mari cari 20 sen hari-hari.

yehh!

benda yang dah lepas tu, usah dikenang sangat.

avatar

Orang tak naik minyak tapi naik hangin...

avatar

Kita tengok apa cerita budget 2015 hari ni.

avatar

bajet 2015 >>> iinfrastruktur...infrastruktur....infrastruktur....infrastruktur...infrastruktur...infrastruktur

kelapangan singgah ke blog kami ..disana murah, murah & murah.. pasti anda sukakannya.

http://izzium2u.blogspot.com/

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.