Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s

Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s

Semua peserta sudah maklum akan tugasan kedua cabaran iPhone 5s. Setiap peserta yang layak perlu menjadi top 70 pengomen di blog Denai hati selama 30 hari pertandingan.

Memang senang nak laksanakan tugasan kedua ni, paling minimal perlu taip 10 patah perkataan dengan komen yang relaven dengan entri. Jangan duk komen melaluk ke laut sudah la.

Tugasan ini nampak senang, tetapi agak mencabar. Terutama dari segi kekangan masa buat blogger separuh masa seperti aku. Tapi dah nama pun cabaran, kita perlulah mencabar diri jika mahu berjaya, jadi tiada alasan dan terusan perjuangan sehingga ke titisan kopi yang terakhir.

Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s

Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s


1. Antara persiapan aku untuk ber'perang' komentar ini ialah latih tubi ibu jari setiap pagi sambil minum madu. Ibu jari penting kerana pada sebelah siang aku yang akan banyak gunakan telefon untuk komen, jadi ibu jari memainkan perana penting.

2. Tetapi jari jemari lain juga diberika latihan itensif, untuk digunakan pada sebelah malam pula mengetuk papan kekunci. Kopi cap badak juga telah aku beli buat stock selama sebulan, korang faham-faham aje la (nasib baik tak silap beli kopi jantan, kalau tak lain pula jadinya).

3. Untuk berikan komen otak perlu ligat, berikan komen yang munasabah dengan tajuk entri dan sedikit kritis agak tuan Denai hati tak bosan nak baca komen kita, jadi aku sarankan korang baca entri Tips Membuatkan Otak Blogger Berfikir Lebih Pantas.

4. Tadi aku sebut pasal madu kan, ia juga penting untuk menyambung sel-sel otak supaya berhunbung dengan baik semasa aktiviti komentar berlangsung. Jangan lupa kismis sebagai menguatkan otak kita. Cuba korang bagi petua apa lagi untuk kuatkan otak kita berfikir dengan lebih berintelektual.

5. Pesanan terakhir aku kepada semua peserta, berilah komen yang terbaik untuk dibaca oleh juri. Ya, memang benar kita sedang bersaing menjadi pengomen terbanyak, Top 70, tapi jangan hanya pentingkan kuantiti, kualiti kita sebagai blogger disegani juga perlu jaga. Barulah kita akan dipandang 'lain macam' oleh blogger lain..hehehee..larikkkk.

Share this:

Disqus Comments