Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Sofi Jikan Berlakon Drama Hollywood Gaji 1 juta?

Sofi Jikan dikhabarkan berlakon dalam drama yang berjudul Marco Polo dengan bayaran gaji 1 juta. Sofi Jikan yang terkenal dengan watak antagonis akan membawa watak sebagai Milo Boy.
Sofi Jikan

Pada pendapat aku Sofi Jikan adalah seorang pelakon Malaysia yang sangat berbakat, setiap kali dia membawa watak nampak hidup dengan gaya dia yang tersendiri. Dengan kejayaan Soffi Jikan ini, dia dapat membuktikan pelakon Malaysia juga boleh pergi jauh jika benar-benar berlandaskan bakat.

Nama Sofi Jikan akan sebaris dengan legenda Ibrahim Pendek yang juga pernah berlakon dalam filem Hollywood. Diharap selepas ini kualiti drama dan filem Malaysia akan meningkat dan ada lebih ramai pelakon yang berbakat besar.

Marco Polo

Drama bersiri 10 episod ini dikatakan menelan kos pembelanjaan mencecah USD 90 Million. Marco Polo adalah sebuah drama yang berkonsepkan historical fantasy. Dan diarahkan oleh Joachim Rønning, Espen Sandberg dan Daniel Minahan. Karya asal drama ini ditulis oleh John Fusco. Drama ini akan disiarkan oleh Netflix secara streaming, dijangka pada bulan disember nanti.

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini adalah Lorenzo Richelmy (Marco Polo), Benedict Wong (Kublai Khan), Zhu Zhu (Kokachin), Tom Wu (Hundred Eyes) serta ramai lagi pelakon lain yang terlibat. Lokasi pengambaran dilakukan di  Italy, Kazakhstan, and the Pinewood Studios in Malaysia.

Jun Kun

Apa yang menarik tentang drama bersiri ini adalah salah seorang Stuntman yang bernama Jun Kun, dia yang sepatutnya menjayakan drama ini adalah salah seorang mangsa tragedi MH370. Untuk pengetahuan kita juga, Jun Kun ini juga pernah menjadi watak pendua kepada Jet Li dalam beberapa filem.

Aku pun tak pasti jika drama ini juga boleh dianggap sebagai drama bersiri Hollywood sebab ianya hanya disiarkan secara online streaming bukan di kaca televisyen. Mungkin ada pakar yang boleh berikan pencerahan.

Dan aku sedikit terkilan kerana drama ini disiarkan secara online streaming oleh Netflix. Dan perkhidmatan Netflix tidak boleh diakses oleh penonton di Malaysia. Ada caranya kalau nak tengok juga, tapi biarlah rahsia..hahaha

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail