blogger lelaki logo

Proton Iriz Vs Perodua Myvi

149 Komen
Aku rasa pasti ramai yang akan bandingan Proton Iriz vs Perodua Myvi. Dua model kereta kompak ini berada di dalam kategori yang sama, dan tak adil jika Proton Iriz di bandingkan dengan Perodua Axia. 

Proton Iriz hadir dalam segmen-B sama seperti Myvi, jadi sudah pasti ramai ingin lihat adakah Iriz mampu mengatasi Myvi. Jika tidak, model terbaru Proton ini akan menerima nasib seperti modelnya yang terdahulu iaitu Savvy yang kurang menyerlah di pasaran.

Adakah membeli Iriz lebih berbaloi berbanding Myvi. Perbandingan aku ini untuk model full spec bagi Iriz Premium 1.6 dan Myvi Extreme 1.5.

Proton Iriz Vs Perodua Myvi

Keupayaan Enjin.

Proton Iriz (Premium) bagi enjin 1.6, dengan keupayaan 107 hp pada 5,750 rpm dan 150Nm torque pada 3,750 rpm. Dikatakan enjin ini dikatakan dibina untuk menyokong hybrid dan electric powertrains dimasa akan datang.

Enjin twin-cam Myvi Extreme 1.5 pula, ini adalah enjin 3SZ-VE yang sama juga digunakan pada Perodua Alza. Semua orang sudah tahu,sejak model pertama Myvi guna timing chain, bukan timing belt. Enjin Myvi dengan keupayaan 102 hp pada 6,000 rpm dan 136 Nm torque dari 4,400 rpm.

Agak-agak korang kereta yang mana lebih laju dan berbaloi.

Proton Iriz Vs Perodua Myvi

Penggunaan Bahan Api (Fuel Comsumption)

Kita bandingkan pula dari segi penggunaan bahan api, antara kreitria yang menjadi panduan juga kepada merak yang nak beli kereta, maklumlah minyak semakin mahal sekarang ni.

Proton Iriz 1.6 dikhabarkan FC 15.2km/l bagi kereta manual dan bagi transmisi automatik (CVT) pula dengan 13.5km/l.

Manakala bagi Perodua Myvi 1.5 pula dengan FC 15.9 km/l bagi kereta manual dan 12.9 km/l bagi tranmisi automatik.

Tidak jauh berbeza dari segi penggunaan bahan api bagi kedua-dua model ini.

Keluasan Dalaman Kereta

Keluasan dalam kereta juga penting, iyalah kadang-kadang kita nak travel jauh, bawa satu family, kita nak juga keselesaan apabila kereta dipadatkan macam tin sardin.

Iris di bina dengan 3,905mm panjang, 1,720mm lebar dan 1,550mm tinggi. Iriz lebih besar dengan lebih 215mm panjang, 55mm lebar dan 5mm tinggi berbanding Myvi.

Namum dalam beberapa review bahagian depan Iriz lebih sempit berbanding Myvi, dan bahagian penumpang belakang pula Iriz lebih besar dan agak seat belakang Iriz lebih tinggi sedikit berbanding Myvi.

Keluasan boot belakang pula bagi Iriz adalah 215 liter dan bagi myvi pula hanya 225 liter. Penting untuk isi beg nanti balik kampung.

Proton Iriz Vs Perodua Myvi

Itulah serba sedikit perbandingan antara kedua-dua model ini. Aku yakin pasti ramai yang akan tunggu dan lihat, apabila setiap kali Proton keluarkan model terbaru. Pengguna mahu lihat kualiti dan keupayaan yang Proton mampu buat dalam menambahbaik setiap kereta keluaran mereka.

Aku yakin Proton pastinya mahu buktikan Iriz adalah model terbaik dan dengan kualiti yang lebih baik berbanding model persaingnya.

Bagi pendapat aku jangan kutuk Proton dulu, kita tengok terlebih dahaulu sejuah mana prestasi Iriz di jalanraya nanti. Tak salah unutk kita kritik tapi biarkan berpada, jika bukan kita rakyat sendiri yang sokong kereta tempatan, siapa lagi yang nak sokong.

149 Komen untuk "Proton Iriz Vs Perodua Myvi"

avatar

Bonet dia lebih besar dari Viva ni..kan?

avatar

saya pemilik Myvi tapi tetap berharap yang Proton juga akan mampu berdaya maju ke depan terutamanya selepas Iriz dikeluarkan nie.

avatar

teruskan menyokong produk Malaysia

Recent Post by MananQayyim : Minum Air Sebelum Makan, Bantu Menurunkan Berat Badan.

avatar

In Shaa Allah ada rezeki nak pakai kereta ni

avatar

belum di gunakan lagi, nanti tgk 3 bulan lagih, baru ada review2 yg real punya dari pengguna kereta nih.

avatar

Saya dah test drive proton iriz..bagi saya terbaik handling proton iriz nie bila diselekoh walaupun dlm keadaan menekan minyak masih stabil sampai menyenget kepala saya ngan salesman hahahaah...sy pun dah booking 1.6executive manual..sy xminat auto hihihi..dr segi pikap memang best walaupun sy test drive yg 1.3 punye..klu boleh anda cuba test drive tgk kemantapan sistem handling proton iriz nie..

avatar

tak sabra dah nak cari kereta kedua :)

avatar

gua yakin..ramai yang nak beli keta iriz nih.

avatar

Sy mmg suka bonet besar sbb blh letak brg bnyk.maklum la ada ank kecil time blk kmpg mmg penuh bonet....sekrg kai viva.harap 1 hari nanti dpt kai keteta lg besar dr viva...

avatar

Saya guna MyVi 1.5 dan memang berpuas hati lah untuk short dan long distance. Nak kena tunggu komen org guna iriz pula ni mcm mana :)

avatar

tak jauh beza rupanya myvi n proton iriz. Pilihan ikut masing-masing :)

avatar

boleh tahan daya kekuasan dan kapasitinya. cantik molek sahaja

avatar
Ruud Van Nistelrooy on
Reply delete

Sekarang pakai Viva 850 manual.. Pakai sejak 2007.. Gaji dah stabil sekarang.. alhamdulillah.. Ada rezeki nak angkat Iriz ni.. Sebab nak angkat ialah ada push keyless entry, start button & lampu putih siang tu.. kuikuikui!

avatar

Pembetulan...saiz boot myvi klu x silap saya hanya 195 liter

avatar

Maaf....boot myvi 208 liter

avatar

aku book 1.3EX

avatar

aku book 1.3EX

avatar

Ak trgn nk pki gak.. Tp ak dok tnm anggur je nie... Cmne nk pki... Truja dgn safety features dia... VDC.. Vehicle dynamic cntrol y sllu ad kat kete mewah ad kt iriz.. Btul2 onz.. Mtk2 quality dijamin....

avatar
beliamlysia on
Reply delete

esok nk test drive 1.6 ex cvt...klau cun book trus...tp pning gak...klu korang antara iriz n alza mna korg plih...ak plak mda lg...

avatar

aku dah cuba test drive sangat berpuas hati..terbaikk

avatar

Test n booking dah..bila nk kluar tk tau la..kt jalanan tk nmpak lg pon..kena percepatkan coz marketing strategy 2..

avatar

aku ada 2 buah myvi dan aku dah booking sebuah proton iris 1.6 exc saya harap iris tak mengecewa kan saya

avatar

Ok, kalau macam tu, agak-agaknya mana lebih berbaloi untuk guna dalam tempoh 9 tahun? Sebab baru 1st time nak beli kereta, tapi masih buat perbandingan. Hope semua leh share pendapat. TQ

avatar

Iriz la lg berbaloi

avatar

Namapk iriz macam kecik sikit kan..
Tapi nama pun kereta baru mesti ada kelebihan sikit compare dengan myvi..
Paling penting jimat minyak..
Hehehe

avatar

review yang menarik, saya dah macam berminat saja dengan proton iriz

avatar

Harga Iriz 1.6 62k.. Honda Jazz 2014 72k.. babai Iriz..

avatar

Sepatutnya harga Iriz 1.6 tu 35k jer..

avatar

Sokong produk malaysia..dua ok pada sy
jom blogwalkin

avatar

Mohon pendapat. Klu myvi dan iriz mana yg patut sy amik. Sbb kedua2 dlm budjet sy.

avatar

Kes awak sama mcm saya..myvi & iriz dlm minda..tp kalau jiwa yang suka drive 100km/h better iriz sebab dia lebih stable berbanding myvi dan dari segi keselamatan iriz lagi ok. itu pendapat saya la. tapi saya pilih iriz 1.3 CVT jer..ikot kemampuan.

avatar

Iriz 62k full specs, Honda 72k basic specs mana boleh compare..

avatar

Iriz RM62k ada 6 airbags bro.. ESC (electronic stability control), Traction Control.. Hill Hold Assist.. Jazz basic tu mmg sgtlah kosong sbnrnya..

Actually mmg mentality kebanyakan Malaysian masih lg tak mengutamakan safety features. Yg penting kereta murah.. cantik.. ataupun brand luar negara. Kira hebat sgt dah tu..

Tak caya korg tgk kebanyakan yg komen ada x sebut psl 6 airbags utk iriz premium. Ataupun standard safety Traction Control.. ABS.. ESC utk semua model! Xde bro.. semua dok komen menda lain.. bukanla x boleh.. tp itula mcm aku ckp.. masih ramai x mengutamakan safety sebagai priority dlm memilih kereta.

Proton pun satu juga.. patut highlightkan gila2 part safety tu.. buat iklan.. sedarkan org ramai apa kelebihannya 6 airbags.. atau esc tu.. kalau ada menda tu apa kebaikannya.. aku percaya ramai org xtau lg..

avatar

axia memang best !! lagi best dari viva..tapi tiada tolak banding dengan Myvi ! :)

avatar

Tapi bila duduk kat dalam nampaknya Myvi lebih luas tempat duduk and sebagainya. Dashboard Iriz banding Myvi bagi saya Myvi lebih solid dan padat. Tapi luaran Iriz lebih cantij rasanya.

avatar

proton ampehh la...bt dosa kering jer sape pakai..

avatar

Bagi pendapat sy yg sudah pon memiliki proton iriz nie..perfotmance enjin proton iriz tranmision auto nie jauh lebih rendah berbanding model baru myvi..sebabnye enjin agak sedikit kasar bunyinye dari dalam..gear lambat paut semasa memotong..terasa agak berat semasa cuba untuk memecut..pick up x boleh bla jugak la..so sy syorkan sahabat pandu uji dahulu sebelum membeli..kepuasan itu penting :)

avatar

Dah beli dah versi 1.6 CVT Premium..sempat pakai 2 hari sebab kene balik kampung..balik Sabah..setakat 2 hari tu..pendek kata..memang terbaik lah Iriz..

Dan yg plg terbaik...masa beli Iriz..dapat refund RM5600..Down payment 10%..tp dapat refund..

avatar

Harapan memang tinggi kepada keluaran kereta nasional negara ni, tapi tu la perspektif rakyat malaysia memang sukar nak di ubah

avatar

aku sangka iriz ni kereta PEV atau hybrid.

avatar

Iriz perlu lebih ikhlan tentang keselamatan. Timing belt ke timing chain iriz ni.

avatar

myvi guna timing chain n iriz guna timing belt..
timing belt kena tukar selepas 80k km but timing chain tak perlu tukar

avatar

skrg timing belt proton leh pakai smpai120k km

avatar

pengalaman guna proton..banyak masalah.. mcm hampeh je.. sorry... just nk bgthu.. mmg X puas ati dgn kualiti proton ye keluaran.

avatar

saya sudah book iriz..dan masih menunggu selepas 2 bulan.. hemmm bila nak sampai nye ni weh... alahai....

avatar

Jangan lupa pasal safety. Iriz dapat 5-bintang dalam ASEAN NCAP. Myvi yg baru ni dapat 4-bintang ja. Dan tak dak ESC. Dan variasi Iriz paling mahal ada keyless entry dan 6 air-bag. Myvi pulak tak dak ciri2 tu. Tapi saya juga puji Myvi kerana tingkatkan keselamatan dari 3-bintang ke 4.

avatar

Saya pun nk belikan iriz utk adik saya yg umur 19 thn, sbb saya nk bagi dia BMW X6 saya dia taknak. Tak boleh nk beli kereta mahal-mahal utk dia maklumlah saya pun masih student.

avatar

Jadi dua2 lebih kurang dari segi minyak, mungkin akan lebih dari segi handling dan sebagainya.

avatar

Saya sebagai rakyat Malaysia menyokong penoh Buatan Malaysia hahaha Betul2 Onz... #protonIRIZ tak sabar nak order satu hahaha

avatar

Saya hanya mampu beli kereta harga pertengahan. BUT this is very good car. Two thumbs up

avatar

good entry.. but why masih ramai pkai myvi berbanding iriz? and why many people still book myvi then iriz? saya pun dalam dilema skrg. Antara myvi dan iriz..

avatar

cik kak, beli je iriz utk adik awak.. nak buat ape keta mahal2 cukuplah sekadar selamat.. 19th that better compak car. cik kak student mna eh?

avatar

Good entry. Sy tgh nak cari kereta utk bawak pegi keje utk lindung dari hujan panas. Sy dah usha dari ford, nissan, toyota, honda, even perodua. Honestly lah kan, proton ni memang takde dalam list langsung. Tapi tergerak nak usha jugak. Okay pastu saja tanya harga ape bnd smua, dpt kurang harga like almost 10k. Weols deal dgn manager tu sendiri. Lol. Aku tak minat iriz ni mula2 sbb design blkg dia huduh sikit tp bila usha safety features dia, aku yakin lah. Tgk harga dapat murah semua, kereta pun dah ada stok, test drive pun best so tinggal loan lulus je la before sy boleh pakai iriz. InshaAllah my first car in 23 years. Moral of the story is, don't hate something too much cause you might end up loving it one day. Amekaw terkena batang hidung sendiri. Wassalam :)

avatar

airbags bahaya utk 13 thn ke bwh...tu sbb xbleh letak byk2

avatar

Sy ni plak xde pikir nk pkai iriz atau myvi ni..pikir2 amik persona lg besar n nk pkai lame..nk abis kan 9 tahun pun dah bjanggut..klau dah kawin nti,,msti sempit kan kereta kecik2 ni. Agak2 korng la kan ok ke sy amik persona ni..

avatar

Entahlah bagi aku, myvi tetap dihatiku.

avatar

kau komen macam sampah

avatar

wahhh persona same la kite hehe
sy pn dlm dilemma samada nk amek persona / iriz
bru usha smalam
mmg xde lgsung nawaitu nk amek kete compact neh
tibe smalam cm da jtoh ati lak bile tgk sndri dpn mata
juz belum nk test mandu je
semacam tergugat disitu urmm

avatar

Sya pkai persona 1.6 hi-line 2011...mula2 pkai mmg tiptop...sekali taun nie tetibe2 shut down mase tgh memecut...ohoi....takut...alhamdulillah x accident...nie tgh pk nk let go ke x...myvi 2010 ok je lg tiptop...

avatar

Hye uolls , just nk share sikit my exp . Sy baru je beli iriz dlm sebulan lebih tp 1.3 std auto je lah xmmpu nk beli 1.6 . Hihii .. mase mula2 mmg jatuh hati dgn design dia , dpn nmpk sport mcm preve n blkg mcm myvi sbb bulat . Dah imagine dah kalau mekap mmg semart . Huhuu .. dr segi pmanduan , sy mmg kuat berjalan jauh , so mmg selesa n kalau lalu selekoh dia mmg stabil sb ade 1 button tu utk mgawal tayar mse jln xlurus . Kalau minyak pulak mmg jimat . Sy dari kl ke jenjarom 1 bar je yg hilg . Mcm x pcaya kemain isi full . Hihii .. then pickup dia sme mcm myvi , mula2 agk slow sikit . Tp sy ade masalah bila tekan minyak then lepaskn dia ade terhenjut2 sikit ,sy xpasti tu normal ke x tggu servis nnt ape result dia . Dah mcm ape dah kepala aq terhenjut2 . Hahaa .. so far tu je lah msalah dia , bonet ke seat ke mmg luas lah lgpun orgnye kcik nonet je xyh cmplain byk . Hihii .. ok thats all nk share . Yg pnting dia ade safety airbag 4 . Utk org blkg ade kt kiri kanan . Safety dia tiptop .

avatar

kesimpulannya brg kalau hrge mahal.. maka lebih baik.. kalau murah kualiti sendiri mau ingatlah ye..nk sng beli je vellfire besa gedabak hahaha... lain2 no comment...

avatar

still reviewing comparison 1.3 ex MT n CVT. dah apply loan utk MT. tetiba confius tak tau nak auto or manual. kereta sekarang satria 1.3 lama MT. dah biasa bawa manual cuma tak sure bandar JB ni dah mcm KL ke dgn sesak dia. plan car utk jalan jauh n kerja sahaja. ramai cakap sy bodoh ambil manual. dah tawar ati nak amek keta. ada suggestion n recommendation tak? explain sikit.kemampuan sy tahap tu je.

avatar

Hai semua. Bagosnye ade review ni..Saya mmg tgh compare pon iriz dgn myvi...So skrg dah book iriz 1.3 auto..hope semuanya ok...ni my 1st car...mula2 terpk nak amek myvi or axia...tp tgk balik safety dia lg best...even bonet x brapa minat sgt...mudah2an elok semuanya...9 taon ni! :3

avatar

Saya dah pakai proton iriz dalam 2 minggu. Apa yang menarik, handling memang terbaik sebab pakai Electric Power Steering(EPS), masa memecut rasa berat so kereta rasa stabil, masa panduan perlahan terasa ringan senang nak cilok. Seat lembut, memang selesa dan puas hati. Interior dah banyak improve. Seat depan menegak sikit, mungkin tak nak bagi pemandu mengantuk. Dengan 6 transmisi, minyak memang jimat, pergi balik melaka saya isi rm50 shj. Aircond jangan cakap la, memang cepat sejuk. Ada navigator, senang nak cari tempat. Kekurangan, bunyi engine agak bising pada permulaan dan lambat response. Secara keseluruhan saya sangat puas hati.

avatar

Minyak jimat rupanya Proton Iriz ni. 1liter 18km kalau kat highway. Sangat berbaloi beli. Nak memecut pun boleh sebab 1.6cc.

avatar

Produk proton...masih curiga. Baru kluar ok la... Sntiasa mengikuti sejarah proton. Dh jenuh guna model proton. Yg blh harap wira kot. Bila tukar model perodua, ketara sngt perbezaan.

avatar

kalau exiden semua mampos... bkn hanya 13thn ke bawah je. fhm?

avatar

saya ada myvi SE 1.5 tahun 2014... dan isteri saya skrg pakai Iriz 1.6 Cvt Premium. ternyata Iriz jauh lebih baek dr myvi.. handling yg sangat2 awesome. Safety features dia sangat baik.. sangat sesuai digunkan di Mlaysia dgn kadar kemalngan yg sngt tinggi. so pd pndapat sy, Iriz mempunyai ciri2 keselamatan yg sangat bagus dgn harga yg berpatutan. SAFETY FIRST yea. hehe. dan yg paling menarik perhatian sy Key Less entry n Start/stop button. Wahhh! very nice.. Proton telah membuktikan kemampuan utk mcipta kereta yg lebih baek. Now, istri pakai kreta sy.. sy pakai kreta dia.. hahah!

avatar

Bmw x6?? Sembang lebih aje minah ni..

avatar

Saye da book iriz 1.6 tp x pernah test drive..book pon sbb proton pkai feature terkini and safety yg bagus untuk perempuan terutamanya..x sabar'!

avatar

Masih confuse antara AXIA dan IRIZ, klu ikut safety mmg bgus IRIZ sbb ak every week long distance dan condition jalan yang agk mcm ular kne palu. tp suami cakap AXIA minyak jimat. still confuse lagi ermmmmmmm..

avatar

Belilah jazz 72k tuuu. Yg tu basic, xde vdc curtain bag reverse cam etc. Iriz prem skrg dh murah dgn promo. Masih nk lg dgn jazz? Terpulang...

avatar

Ye ke iriz ni cvt die bising ...so amek manual lah ye

avatar

Iriz ada traction control (TC) yang elak spinning serta terbabas dalam hujan. Honda city, Jazz, Civic, Accord, Almera, Vios pun tiada TC. Ciri-ciri keselamatan Iriz terbaik untuk semua varian.

avatar
PenggunaProtonJuga on
Reply delete

Bukan tknak sokong Proton tp serik dh dengan masalah kualiti Proton belum pulih SAMPAI SEKARANG!
SAGA BLM paling byk masalah.. lepas tu FLX pun turun masalah yang sama
Exora.. ingat kot beli yg hage 70K Proton jaga parts kualiti ok.. rupanya sama jgk.. vendor2 bermasalah masih kekal jadi 'hantu' dalam Proton..

Sorrylah..aku serik.. wpun Iriz nampak promising tp comfort design Proton masih jauh dr MyVi.
Masuk 1st time tgk interior pun dh mcm xbrapa 'wow'..
seat belakang Iriz cukup sempit.. pelik Proton design mcm tu..

Apapun terpulang.. bg saya Proton tak laku sebab masalah kualiti yang teruk.. (masalah bahagian2 yg penting seperti part enjin, ecu, tcu, software yg tk stabil). Part2 Proton terutama plastic part mcm kurang 'resin' yg menyebabkan cepat patah, cepat faded..

avatar

Pengguna proton juga...
hang ni baru keluar dari gua ka apa?...

aku dah pakai exora 3 tahun dah..takda hal apa pun..semua ok tip top sampai ari ni..
tahniah proton.

avatar

Keluarga saya semua pakai Proton, tiada masalah pun. Ayah pakai Waja sejak 2006, tiada masalah, sekarang guna Preve turbo. Dulu emak pakai gen 2, sekarang pakai Preve turbo. Adik pakai Savvy sejak 2005, tiada ,masalah. Adik perempuan pakai Saga BLM sejak 2008, pun tiada masalah. Saya pakai Saga FLX sejak 2011, tiada masalah. Ayah saya sebelum Preve, pakai Waja, Wira, Iswara dan Saga Magma.... semua tiada masalah. Kesimpulan kami kereta Proton berbaloi dan model model baru mempunyai ciri ciri keselamatan yang sangat baik. "Proton, pembuat kereta Malaysia sebenar".

avatar

After sale proton agak ketinggalan berbanding perodua.Pernah rkan menceritakan detik2 beliau mgnhantar mobil nya ke pusat srvis proton di s.alam,para pkerja mereka sgt2 tidak peka dgn soal time efficient in work.Everytime problem face by SAGA BLM mostly yg baru beberapa bulan dibeli sudah menghadapi berbagai masalah spt steering arm berbunyi,power loss from expansion head engine due to overheat temperature during idle condition and etc.Pengguna skrg harus bijak memilih jika mahukan kualiti,servis juga harus la tipt top.Bukan tak mahu mmbantu produk tmpatan tetapi smpai bila pengguna trtipu dgn kualiti yg tdak standing hrga yg dbayar.Eloklah pihak Proton mmbuat anjakan dlm mmperbaiki kualiti dari vendor2 mereka dan juga after market service.

avatar

Saya pakai Myvi 1.5SE. Masalahnye saya rasa tak selamat bila nk bagi anak saya pakai. Kualiti adalah agak mendukacitakan. Dan sistem brek amat kurang mengyakinkan. Baru pakai 2 tahun dah nak jual... Service Centre pun tak cekap.. Tingkap kiri yang bergegar mengambil masa 6 bulan dan 3 kali pergi baru settle. itu pun ada hati nak kenekan bayaran.

avatar

Bg sy proton terbaik...sy pakai wira dh 11 tahun br 1st time kena ovehoul...berbaloi lah tu 11 tahun br skali ade masalah...bapa saya ipar sy pon sama...skrg ni tgh tunggu iriz kluar x sabar rasenye...tahniah buat proton krana terus maju

avatar
PemilikIriz2015June on
Reply delete

Salam,

sekadar mencelah dan meluahkan rasa tidak gembira.. :( :(

Baru memiliki Proton Iriz xx/6/2014..

pros : body n handling mantap, puas hati
keseluruhan rekabentuk fizikal, aksesori memuaskan hati

major cons : Menyedihkan kerana Proton GAGAL berubah dan masih tak betulkan masalah utama – masalah bising CVT, kereta moden tahun 2015 masih teruk bising masuk dalam kabin, annoying. terutama bila speed 80km/h dan semakin teruk hingar tayar + humming enjin + CVT bila cecah 100kmh.

sampai bila Proton nak jual keta macam ni pada pembeli? test bagai nak rak di Europe lah 3-4 tahun research.. ini je ke hasil nye?

bunyi enjin + ekzos semasa idling juga agak bising, powertrain Iriz mcm serba tak kena..dgn bunyian2.. less responsive, jerking at low speed, teruk dr Proton Saga Magma bila pakai gear 2, aircond triggered.. tension!

Belum test melebihi 100kmh kerana masih under 1000km.

Keseluruhan saya faham kenapa MyVi tetap popular. letak harapan pd Proton seperti curah air di daun keladi..

* tadi telefon WeCare Proton 1-888-xx-xxx utk tanya serba sedikit isu ini.. dan soalan mcm mana nk configure remote control lock-unlock supaya ada beep… jawapan? MAAF CIK MINTA HUBUNGI SERVICE CENTER.. KAMI PUN TAK TAHU.. (dlm hati celaka Proton-puasa hari ni rosak geram dgn staff Proton..)

Telefon SC 3S Proton- ” Cik kami kena check dlu, so nanti service kta check..” jawapan terlalu general dan tidak langsung mahu peduli kekecewaan pembeli.

juga amat mendukacitakan bila panel air-cond knobs tu longgar, bila ditekan panel tu boleh rasa seperti nak tercabut, sudah lah tiada tekstur warna, hitam seperti murahan. Ia seperti terasing dr main dashboard yg lebih solid.

Leg room utk pemandu.. saya dapati satu design flaw atau Proton RnD curi 'tulang' ialah panel hujung di tepi kaki kiri pemandu.. kepingan panel tu seperti tak fit dengan permukaan yang handak ditutup, membengkok keluar, akhirnya kaki kiri pemandu tak muat untuk diletak.

Kenapa biar seperti 'cincai' tak siap begitu? Proton GSC? global apa main2 macam ini?
Proton tak pernah serik.. memang ada sahaja 'hidden' things yg mereka akan KENAKAN PEMBELI!

Benarlah feedback2 dlm internet, Iriz hanya sekadar penipuan berterusan Proton terhadap korupsi engineering dan vendor sistem.. serta tiada kesedaran pihak atas Proton Holding.. Proton seperti buka pekak terhadap fine tuned sesuatu produk sebelum di pasarkan dan masalah kualiti akhir sebelum digunakan pengguna.



avatar
PemilikIriz2015June on
Reply delete

Maaf ralat : Baru memiliki Proton Iriz xx/6/2015..(beberapa minggu)

avatar

How's your car condition right now? is it okay? because im planning to get one

avatar

Done booking 1.3std cvt... Boleh pakai bawak balik kg time raya hoyeahhhh ๐Ÿ˜˜๐Ÿ’‹

avatar

Kereta lasak n sngt kurang ragam.....saya ttp setia dgn perodua. Rekod jualan n hutang pinjaman x brbyr paling bnyk proton. Wlbgmnapun, pilihan pengguna pelbagai. Yg penting pd saya kereta hrga mampu milik n reliable.

avatar

saya memiliki proton iswara selama 11 tahun masalah tetap ada tapi itu adlh normal.
yg penting jaga dan servis,hasilnya memang tahan lasak dan sekarang km mencecah 450000km!
saya boleh angkut bata,batang pipe,tangga 12kaki,papan,loudspeaker mmg tahan lasak dan tbaik!!

avatar

nice info nya
mampir di blog saya
http://situsmovies.blogspot.com
Blog download drama korea terbaik dengan size kecil tapi kualitas gambar HDTV

avatar

Saya pemilik proton dan perodua. Kualiti proton mmg mengecewakan dr perodua. Tp kenapa ada pemilik proton yg kata kereta proton diorang tak ada masalah. Ada orang kata nasib la kalau dpt proton yg bermasalah. Hello saya bayar loan 9thn bukan bergantung pada nasib ok. Kualiti semua keluaran patut sama kan. Ermmm proton proton...

avatar

Baru usha proton iriz 1.6 premium. Mmg mantap. Rase nk tukar kete wira aeroback auto yg sy beli tahun 2003. Tp yg x bestnya proton iriz ni enjinnya bunyi kuat. Wira aeroback lama sy lagi smooth enjinnya. Tp yg penting kalau guna proton ni kene rajin servis. Br kualiti terjaga. Kalau kita main gasak jer mmg le x thn lama...

avatar

Just received our new Iriz, full spec., bought from Proton Edar Penang as a 2015 built car. However, all engine engravings and QC stickers show the car was assembled in Dec 2014. The car has serious faults from obviously standing outdoors for many months and there is obvious rust, damage to the paint and many more defects. Proton Edar delivered faulty goods but refuses any responsibility. Iriz buyers please be aware!

avatar

I think axia is better for compact car with 1.0cc juz nk tye mne pegi suprima.. Dah lama x nmpk dia...

avatar

Sy sygkn iswara sy....beli pun 2nd hand...pernah accident .. itu pun mekanik test drive n langgar waja..alhamdulilah.....dah 13 tahun guna...semua mekanik puji..enjin tip top...fav kereta sy ialah suka potong2 kereta auto time panjat bukit...

avatar

Sy sygkn iswara sy....beli pun 2nd hand...pernah accident .. itu pun mekanik test drive n langgar waja..alhamdulilah.....dah 13 tahun guna...semua mekanik puji..enjin tip top...fav kereta sy ialah suka potong2 kereta auto time panjat bukit...

avatar

Macam mana guna iriz? Ok tak? Is it recommended?

avatar

saya dulu pengguna proton wira aeroback. kini gunakan saga flx cvt auto pula. pendapat saya ttg kereta2 proton. rasanya dari wira sampai perdana dulu xde masalah sgt. start mai BLM, lepas tu FLX dengan CVT nya..mmg byk complain. enjin bunyi bising tu satu hal, mungkin ramai akan ckp biasa la enjin cvt mesti la bising sikit. tapi bg saya bukan setakat itu. kemasan dan kualiti pun perlu diambil kira. tambah memburukkkan keadaan adalah SC Proton yang mengenakan harga yg mahal2 untuk barang2 spare part. mungkin proton tahu dia akan kalah dari segi kualiti compare to Perodua, so dia highlight kan pada ciri-ciri keselamatan dan handling. ni just pendapat saja la..sy tgk rata2 yg beli kereta perodua lepas beli dh tak byk bunyi, tak byk complaint. mungkin puas hati kot. tapi rata2 lepas beli proton ...ada jer benda nak dicomplain..tepuk poket, tya duit sendiri.

avatar

Emmm loan x lepas iriz....xde rezeki nk pakai..tgk je lah org bawak....feedback rata2 kata iriz ade byk prob...maybe sebab tu loan x lulus ...hahaha

avatar

setuju...hahaha

avatar

hurmm, same kita geng hahah

avatar

Saya dah buat loan iriz bulan puasa lg ada yg x lepas ada yg masih dlm proses kata salesman coz byk bank try. Tp minggu ni try buat loan myvi 2 hari dah lulus. Sekarang masih memikir nak tunggu Iriz ke x? Sebab minat ciri yg terdapat pada iriz ni. Dan myvi keluarannya dah 10 tahun satu hari mesti dia stop keluar model baru plakkan. Iriz baru 2 tahun dlm pasaran cuma dengar2 ada nak keluar turbo 1.3 jd was2 plak nak ambik sekarang coz lepas 9 thn baru boleh tukar kereta pening3......

avatar

Salam..1st car sy slps b'khwn adalah proton persona 2011.tp jujurnye sgt mengecewakn dr segi kualiti servis, kualiti kereta itu sndri dan susut nilai proton.
Kurang 6 bulan, 3x tgkap jem xboleh turun naik, aircond xrase sejuk n minor prblm. Performance slps servis lebih kurang mcm sblm servis. Cth xde rase ringan @ bunyi enjin sedap sket. Dgn kos servis yg agak mhl. Dan proton juga mengalami susut nilai yg amat tggi jika dijual semula. Xpercaye pegi kedai 2nd hand kereta utk buat [email protected]
Tidak sesekali merendahkn kualiti produk mlysia. Kite beli utk tolong negara sndri. Tp dgn tahap ekonomi kite yg sederhana ni makin t'beban utk baiki mslh2 pd kereta selain bayar bulanan.
Ini hanye pandangan dr sy rakyat mlysia. Anda boleh setuju @ tolak tepi saja pandangan sy. Sekarang sudah 3 tahun sy pakai myvi 2nd hand saja. Bayaran bulanan rendah & penggunaan myk yg sgt2 memuaskn. Pd sy sgt tahan lasak & kurang beri mslh. Duit masih ade lebih utk blk kg selalu kerana sy perlu menjenguk emak yg baru kematian ayah sy.
Diharapkn tujuan asal kite mmbeli kereta adalah utk memudahkn n menyenangkn, tidak utk sntiase memikirkn mslh2 pd kereta. Ape pun pd sy, sblm mmbeli kereta. Luangkn sedikit masa mmbuat sedikit kajian pd kereta idaman, dengar komen & pandangan mereka yg sudah menggunakannya dan paling penting pastikn penggunaan minyaknya tidak mmbebankn kite pula di kemudian hari..
Sy cuma tidak mahu anda juga tertipu dan terbeban spt sy semasa menggunakan proton. Maklumla bile kite baru memulakan sebuah keluarga. Kereta adalah 1 keperluan yg harus akan memudahkan dan menyenangkan segala urusan.

avatar

1)Baca manual, mmg x boleh keluar bunyi. Sekarang semua kereta rasanya tak keluar bunyi lepas tekan remote.

2) tayar tu mmg bising, eco tyre ke apa, tukar tayar, bunyi engine xde kot, yg dengar tu bunyi eksos sebab curve hujung tu, boleh modified kalau xnk dgr byk grrrrrrrrrrr rimau tu. rasanya engine tu dah cukup senyap dah sebab waktu berhenti x dgr pon bunyi engine, cvt no comment,kikiki. Kene belajar lah kot cara bawak cvt, x boleh lah nk sama mcm bawak auto biasa, klo jerking sbb clutch plate. Dah tau jerking jgn lah tekan lagi, biar aje dia roll baru tekan minyak.

3) jgn drive mcm naik [email protected]@mpv, proton sporty skit, kene drive, seat tu bagi rendah ckit, jauh ckit dari stering, Tu mmg cara proton reka dan lagi elok buat cara mcm yg dia org design dari cuba melawan. vendor proton tu sama je dgn vendor honda Dgn volkwagen yg beza engine dgn GB je. Kira ok le tu cuba tgk bape ramai pemilik honda city dgn volkwagen gearbox dia kong. Ok lah tu bising2 pon janji x kong sudah.

4) kenapa semua masalah ni berlaku. Sebab ni kereta murah, biasanya B segment kalau kat australia ke kat thailand ke kat langkawi ke start dari 60-70k ke 90k. Kereta ni 37k-56k dgn rebate pon boleh dapat 95% dari apa kereta lain ada, myvi mmg murah sbb kereta 17 tahun lepas. Dah xde RND cost ke apa nak bayar dan kosong tanpa peralatan maupon keselamatan dan juga tin milo kosong sebab kereta B segment sekarang semua dalam 1100-1200kg bkn 900kg mcm myvi. Dah bayar murah terima aje lah, takkan asus zenfone murah nak sama terbaik macam iphone 6 kan? nak terbaik pergi amek mazda 2.

5) kenapa jgn amek mazda2 ke city ke jazz ke mazda 3 ke, sebab satu honda city boleh beli satu iriz dgn satu axia, satu mazda 3 boleh beli 1 iriz + 1 bmw 5 series terpakai. 1 battery mazda 2 = rm700, 1 battery iriz berapa? Map iriz free, map mazda 2 harga rm2k, 1 tayar iriz baru ratus, 1 tayar mazda3 dah dkt 1k.

avatar

saya bru atur loan utk iriz. Banyak pula prob iriz ni, klu mcm ni hrp2 loan saya x lulus.

avatar

salam.
sy dah guna iriz 1.6 dr bln 2/2015...byk kelemahan yg perlu diperbaiki oleh proton..masalah skrin & volume..memang sgt2 ketara..leh hang dan tiba2 kuat volume nyer..saya dh refer ke proton terdekat..memang ada kes mcm ni berlaku..dan proton akan ganti skrin yg baru (np lah hancur qc)..sebab masalah tu dtgnya dr vendor yg buat skrin monitor tu..np lah pilih yg hancur mcm tu..sakit hati gak lak dgn kualiti proton iriz..ari tu ada masalah brek..mcm x pick up..bila refer proton..memang ramai yg complain benda yg sama..emm.lps tu sit pun hancuss...aduhai proton..tolonglah...dah letih lah sy. .ni br guna x sampai setahun...dah rasa seram sejuk.

avatar

Iriz full spec 62k ...better amik Alza Advance je 69k..lg besar, ada pilihan bawa brg lebih / org lebih, enjin Daihatsu...proton memang byk masalah

avatar

Kepada pengguna model Iriz yang sudah melebihi 5/6 bulan, sila bagi komen terhadap performance, masalah kereta, apa yang kurang, etc etc. Sebab tengok preview dekat youtube semua nya baik baik belaka (mungkin sebab model baru). Saya ingin dapatkan feedback daripada pengguna proton iriz. Kalau baru pakai dalam sebulan mungkin lah tak ada masalah. Ramai di kalangan kita yang dilemma antara Myvi dengan Iriz. Kalau nak compare dari rupa bentuk, mungkin lah Iriz menang sebab nampak lebih sporty dan saya dapati dari segi safety Iriz juga lebih baik daripada Myvi. Tapi bagaimana dari segi kualiti antara model Myvi dengan Iriz? Dan juga maintenance? Harap ada yang membantu. Myvi or Iriz?

avatar

tengok preview dekat youtube, dioang kata enjin memang bising

avatar

Beli kereta research la sampai habis..dah beli komplen plak..
Bagi aku kalau korang dah beli sesuatu benda tuh maknaya kamu suka dan kamu tahu produk itu keseluruhAnnya...tuh la yang aku pelik hangpa p beli hangpa xpuas hati hangpa marah depa..kesian...salahkan diri sendiri...xsupport x mengapa sebab ko sorang je xsuka..kalau x xkan la sampai 30 tahun kewujudan proton tuh...maknanya ramai yang pakai...walaupun pon aku xsuka jibby xbermakna aku x support proton..huhuhu..cerita ni Xder kena mengena dgn korang..aku sajer jer citer..

avatar

Beli kereta research la sampai habis..dah beli komplen plak..
Bagi aku kalau korang dah beli sesuatu benda tuh maknaya kamu suka dan kamu tahu produk itu keseluruhAnnya...tuh la yang aku pelik hangpa p beli hangpa xpuas hati hangpa marah depa..kesian...salahkan diri sendiri...xsupport x mengapa sebab ko sorang je xsuka..kalau x xkan la sampai 30 tahun kewujudan proton tuh...maknanya ramai yang pakai...walaupun pon aku xsuka jibby xbermakna aku x support proton..huhuhu..cerita ni Xder kena mengena dgn korang..aku sajer jer citer..

avatar

Myvi tu sebenarnya tak sampai 20% kereta Malaysia. Tambahan lagi ada kaum yang sentiasa sabotaj kereta Proton. Sebab itulah second value Proton menjunam. Apapun aku dan keluarga dah pakai Saga lama, Wira, Waja, BLM, Alhamdulillah okey. Yang penting cara kita menggunakannya.

avatar

Mula2 pakai wira skrg tgh wait produa axia se...dan dah pki mpv exora bold...cukupla 1 mpv 1 kete compact...bangga produk malaysia

avatar

Mula2 pakai wira skrg tgh wait produa axia se...dan dah pki mpv exora bold...cukupla 1 mpv 1 kete compact...bangga produk malaysia

avatar

Remark yg bagus & bijak

avatar

masalah kualiti PROTON mmg mengecewakan..masalah remeh temeh selalu berlaku..xyh citer psl safety features ade 5-6 atau ade 10 sekalipun jikalau kualiti teruk..mcm waja cps 08 saya kereta xsmpai 5 tahun ABS dh rosak,so ABS dh xde function la,byk terjadi mcm tu,bukn sbb proton xpower tp kualiti ketahanan sesuatu part tu teruk..kalau proton jaga kualiti confirm xada org complain..nikmat rasa pakai kete ni selepas abis loan kete,tp klau loan xabis lg rosak sana sini ssh la..

avatar

Saya idamkan honda stream. Mmg dr dulu suka stream. Tp rupanya dh takde kat pasaran malysia. Yg bole dpt 2nd hand. Sy mmg tak nak 2nd hand. Dah beringat.. persoalannya bole ke proton buat kete yg bkualiti mcm honda stream tp economic utk rakyat malaysia?

avatar

nak tanya apa review atas iriz ini slepas beberapa bulan memandu?

avatar

nice info..skrg tgh pakai wira 1.6.. tgh booking iriz 1.3 exec manual..huhuhu..xtaw la cemana..dah biasa pakai 1.6 ni bile pakai 1.3, harap2 berbaloi ehehhe

avatar

kalo selesa pkai manual, beli je..jgn ragu2..sy pon beli 1st kereta mannual gak..huhu..tak peduli pa kata org..dk selangor ja..xde la sesak cm KL tu..hihi

avatar

saya baru dpt myvi premium ... mmg terbaik... tp masih blur byk function baru,,,,,,,

avatar

MYVI kereta lama keluar 2005 spec rendah macam BLM/gen 2/Almera/Vios. Iriz kereta keluaran 2014, spec tinggi macam Jazz/City. Besi Iriz dari High Tensile Steel (Jazz pun tiada) , ada Electronis Stabiliser Control (ESC) yang elak terbabas bila langgar kelopak air, ada traction control yang elak tayar spin dan grip kereta dalam hujan (Jazz, City, Civic, Vios dan Almera pun tiada TC). Iriz model paling high spec ada 6 air bags, yg lain hanya 2 air bags. Proton Iriz terbaik.

avatar

Apapun hal...myvi masih mnjadi pilihan majoriti sjak 2005. Kenapa yer ? Irish yg canggih ni mcm kehilangan sengat...smakin hari smakin malap mcm versi2 preve, suprima sblum ni. Myvi pulak ttp unggul. Y ?

avatar

nk tnya pgguna iriz yg lain... sy dah pkai iriz 5 bulan.. minyak mkn bnyk dr myvi.. lmbt pick up plk tu.. iriz mmg mcm ni ke?

avatar

Saya baru beli Iriz 1.3 CVT 6 gear pada bulan disember. Pick up bagus, kena ajar dia. Langgar lubang tak rasa, macam kereta Europa. Bila corner lekat macam satria GTi. Minyak pun jimat.

avatar

Sy tgh memilih antara myvi 1.5advance dan iriz 1.6 auto premium.Selepas buat sedikit research melalui pengguna2 kedua jenis kenderaan tersebut mmg ternyata iriz mempunyai masalah dari segi engin bunyi kasar (CVT), radio senyap seketika 2-3 saat. Myvi pula bg sy dari segi safety agak rendah berbanding Iriz.

Akhirnya keputusan sy 70% adalah Myvi dan 30% adalah Iriz. Bukan kerana sy memilih Myvi maka anda2 semua boleh tuduh sy tidak pentingkan keselamatan tetapi sy memilih myvi kerana ianya seimbang dari semua faktor.

Untuk sesiapa yg ingin membeli kereta baru, sy sarankan anda perlu buat sedikit research supaya x menyesal dikemudian hari. Nnt cuti kena apply selalu semata2 nk hntr kereta g SC sebab rosak sana sini. Minta dijauhkan.

avatar

Aku pakai iriz dan myvi, iriz much better

This comment has been removed by the author. - Delete
avatar

Saya peMilik myvi jugak tapi baru beli Iriz. Iriz sangat2 puas hati berbanding myvi. Conering handling, iriz senyap wind noise manakala myvi bising atas highway speed. Driver seat lagi tinggi dari myvi alza. Bila laju highway, alza myvi semua ketepi. Terbaik DRB!

avatar

Yez, isipadu kuantiti luas bonet mcm kete sedan saga flx.

avatar

Lagi best dari honda city adek aku cuma cvt kena tukar torch converter baru macam camry baru atau accord baru.

avatar

Saya peMilik myvi 11thn kini iriz. Axia sepupu luas dari myvi saya tapi axia myvi alza langsung tiada tolok banding dengan keta terkini saya iaitu IRiZ*

avatar

Salah, aku ada iriz dan myvi.Seat driver Myvi rendah manakala Iriz tinggi.

avatar

Itu dulu sblm dibawah kendalian DRB

avatar

Dah, aku pakai myvi iriz, iriz puas hati, myvi keciwa mungkin dah 11thn pakai mybi.

avatar

Kat highway ulang alik KL serdang belambak suprima kak,. pawer supreme.

This comment has been removed by the author. - Delete
avatar

Terpulang pada masing2. Saya pemilik Myvi dengan Iriz. Puas hati dengan Iriz mungkin saya ambik iriz 1.6 baru second batch. iriz saya jauh lebih baik dan puas hati berbanding myvi saya. Atas highway, myvi alza semua ketepi bagi laluan, tiada bunyi bising angin seperti kereta2 city vios myvi cuma bising CVT masuk ke kabin. Kalau bulih nak tukar CVT ke Torch Converter yang senyap.

This comment has been removed by the author. - Delete
avatar

Saya pakai 1.6, ok je minyak jimat, cuma bunyi jalan masuk ke kabin kuat. Pick up lambat sebab tekan macam nak taknak cuba tekan betul2, bedezup. Alza Myvi ketepi bagi jalan atas highway.

avatar

Sy Pengguna iriz 1.3cvt auto, sy sgt berpuas Hati dgn buatan malaysia. Klau nk di bandingkan proton dgn produa ni kenapa org lebih ramai pakai kereta proton. Contoh saga.wira. itu kereta paling lama dan kereta keluaran anak2 melayu yg menciptakan kereta tersebut dan berpuas hati.

avatar

beza dari segi speed highway & iriz 1.3 lagi laju dari myvi 1.3. sbb saya pengguna myvi dan iriz. Iriz 1.6 speed 180 tak gegar dan steady je. Blk kg cpt sampai, bila Iriz atas highway, myvi alza ketepi bagi laluan :-) syabaz DRB

avatar

beza dari segi speed highway & iriz 1.3 lagi laju dari myvi 1.3. sbb saya pengguna myvi dan iriz. Iriz 1.6 speed 180 tak gegar dan steady je. Blk kg cpt sampai, bila Iriz atas highway, myvi alza ketepi bagi laluan :-) syabaz DRB

avatar

Iriz sesuai untuk pemanduan santai

avatar

Saya dlm perancangan beli kereta yg ke 3....terpaksa kena beli bila ank yg sulong dah masuk u n ada lesen memandu...saya tak beri ank bwk motor sbb risaukan keselamatannya...skrg saya dlm dilema antara myvi dan iriz mana yg lebih ok dari semua segi...t.kasih kpd yg sudi memberi pendpt

avatar

kenapa perbandingan tidak dibuat secara menyeluruh, nampak bolgger lelaki mcm bias kpd myvi....
cuba compare handling, aircond,safety dan ergonomy nya iriz dgn myvi...boleh x bagi tlisan yg adil spy pembeli dpt jawapan kpd persoalan mereka. bagi saya tiga ciri ni sudah menampakkan iriz mempunyai spec yg lebih tinggi dr myvi


proton iriz tidak dibina berdasarkan myvi...ia dibina 35% mengikut volkswagen polo..dgn engine CVT.
spec dia tinggimmg btl2 design utk org malaysia dan suasana jalan di malaysia. sbb tu aircond proton dpt approve aircond paling sejuk sbb malaysia satu satunya negara panas yg keluarkan kereta.

traction system yg ada pd iriz...bg yg xtahu traction system tu balancekan tayar masa jalan licin, kalau satu tayar langgar air lopak..system ni akan balancekan tayar yg satu lg spy balanace...system ini tidak dibina dimana mana kereta import di malaysia kecuali yg berharga rm150k ke atas...

mohon pembeli study dulu semu kereta yg dibeli...dan kali ini saya bg kredit kpd proton iriz ...sbb keluaran terbaik proton setakat ini....

avatar

ye...ye saya setuju...iriz mmg jauh lebih baik dr myvi dr segi ergonomy yg mengikut keselesaan duduk dan memandu dgn gear transmisson yg disebelah pemandu dan tidak perlu membongkok ke depan utk nk tekan gear..(nampak x myvi kurang ergonomy)...handling iriz pun mantopppp


yg paling saya suka...dia ada VDC (vehicle Dynamic control) bawak 160/km kereta steady x bergegar. naik myvi bwk 100km nak terbang dh rasa..lalu sebelah lori pun bergegar

avatar

Dah setahun pakai iriz 1.3 exe. Bila bawak kadang2 rasa macam kilang salah masuk enjin pun ada.. masih power walopun cuma 1.3...

Paling best handling, wife masih tido lena walopun layan corner 140/kmj.. mmg stabil...


Minyak jangan cerita la.. kl - penang - kelantan - johor - kl, rm200 je.. tu pun ade lebih kalo tak silap..

Berbaloi baloi.. Alhamdulillah tak menyesal beli.. highly recommended!

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.