Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Pasca Merdeka 2014

Pasca Merdeka 2014

1. Makna 'Merdeka' menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain.-sumber

2. Namum pengertian merdeka bagi segelintir generasi muda hari ini nampaknya berlainan. Mereka merasakan merdeka itu bermakna kita bebas melakukan apa sahaja, bebas ikut suka hati kita nak buat apa pun. Makna merdeka yang disalah ertikan oleh mereka.

3. Setiap kali di malam ambang Hari Kemerdekaan, seolah menjadi tradisi untuk segelintir anak muda untuk bertindak bebas melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu mereka. Dan pihak penguatkuasa pun sudah bersiap sedia, dan semacam itulah tugas mereka setiap kali malam 31 Ogos menjelma.

4. Dulu negara kita yang dijajah oleh penjajah dari negara asing, kini segelintir generasi kita pula dijajah oleh budaya yang merosakkan. Pergaulan bebas itu bukan erti merdeka. Merasa bebas untuk berlumba di jalan raya itu juga bukan merdeka namanya.

5. Kebebasan kita masih perlu mengikut aturan dan peraturan. Jika kita mahu hidup bebas tanpa panduan, itu seperti manusia yang tiada tamadun dan kolot. Jika tidak mahu mengikut undang-undang negara, kita masih perlu ikut hukum hakam agama. Jadi fikirkan sendiri kebebasan yang macam mana kita mahukan.

6. Sedih sebenarnya, setiap kali negara kita menyambut Hari Kemerdekaan pasti keesokkan harinya di kaca televisyen dan di muka depan akbar keluar berita tidak senonoh segelintir anak muda yang bertindak 'bebas'.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail