blogger lelaki logo

Oh Cikgu Kenapa Viralkan Jawapan Kelakar

18 Komen
Cikgu yang suka viralkan kertas jawapan 'kelakar' kini bukan lagi perkara baru di laman-laman sosial. Semakin lama cikgu cikgi semakin berani untuk jadikan anak muridnya menjadi bahan kelakar untuk digelak oleh orang ramai.

Bagi pendapat aku ini bukanlah budaya yang bagus untuk tumbesaran kanak-kanak. Walaupun ianya sekadar untuk dibuat bergurau dan sekadar suka-suka sahaja.



Setiap kanak-kanak perkembangan mereka berbeza-beza. Tak semua akan jadi sama pandai, ada yang lambat pandai membaca, ada murid yang lambat pandai menulis.

Macam aku masa budak-budak dulu, aku agak lemah dalam menghafal ayat-ayat yang panjang. Padahal aku sudah pandai membaca dan menulis sejak dari umur 6 tahun. Umur aku 8 tahun subjek matematik dalam genggaman aku, setiap kali ujian aku score A.

Nak dijadikan cerita, waktu itu aku masih lagi darjah 3, ya 3 Mawar, kelas paling pandai diantara semua darjah 3.

Kejadian berlaku ketika kelas Pendidikan Islam. Ustazah aku cuti bersalin, dan ada ustazah gantian iaitu cikgu sandaran yang ganti mengajar.

Jadi cara ustazah gantian mengajar tidaklah sama dengan ustazah kesayangan aku yang sedang bercuti. Dia banyak mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran.

Pada satu hari dia saja-saja nak uji hafalan ayat bacaan dalam solat. Tiba giliran aku, ustazah itu suruh aku baca doa Iftitah. Aku pula tidak hafal. Jadi ustazah pun suruh aku baca mengikut apa yang dibaca oleh ustazah.

Aku yang lurus bendul waktu itu, terus mengikut sahaja apa yang dibaca oleh ustazah. Tapi aku pelik, kenapa ada sebahagian kawan-kawan aku asyik tergelak dibelakang. Ustazah pun asyik tersenyum sinis.

Sebaik sahaja aku kembali ke tempat duduk, kawan aku beritahu tadi ustazah saja kenakan aku dengan baca surah lain, tapi aku ikut sahaja apa yang ustazah itu baca, padahal itu bukan Doa Iftitah.

Sejak kejadian itu, aku jadi malu dan setiap kali ada kelas Pendidikan Islam aku akan ponteng. Sehinggalah aku kantoi dengan cikgu kelas lain. Akibat ponteng aku di rotan oleh cikgu displin.

Selepas itu aku nekad untuk hafal semua bacaan dalam solat. Supaya aku tidak lagi menjadi bahan ketawa orang lain. Lagipun ustazah gantian tadi cuma sekejap sahaja mengajar aku. Niat aku ponteng adalah untuk lari dari ustazah tadi.

Pada awalnya aku menyimpan dendam. Namum tak disangka-sangka ustazah tadi kembali mengajar aku di kelas Fardhu Ain pula semasa aku darjah 4. Namum kali ini dia tidak lagi kenakan aku. Dan aku pun semakin sayang ustazah yang ini sebab selalu bagi hadiah jika aku dapat hafal 99 nama Allah.

**Nota: Oh Cikgu dekat tajuk tak ada kena mengena dengan bro Titan, aku yakin Titan cikgu yang baik...hahahaha..Dan sudah semestinya aku sanjung jasa setiap daripada cikgu akuyangpernah mendidik dan merotan aku untuk jadikan orang orang yang berguna.

18 Komen untuk "Oh Cikgu Kenapa Viralkan Jawapan Kelakar"

avatar

ayat yang last tu...hehehe ayat mengampu.. pengalaman yang berharga ^_^

avatar

hahaha...sudah menjadi tradisi penulisan Melayu mesti nak kena ada ayat mengampu sikit

avatar

Assalam... cikgu yg baik pasti akan kita kenang jasanya. Jadilah cikgu yg baik & akan disayangi murid selalu.. :)

avatar

tapi ada juga cikgu yang tak pernah baik dengan aku...tapi bila abis sekolah aku masih hormat dia yg pernah jadi cikgu aku

avatar

Biasanya cikgu yang baik ada strategi bersesuaian untuk mendididk anak muridnya

avatar

Bagi pandangan aku pula tak kisahla cikgu nak viralkan jawapan kelakar asalkan tidak didedahkan nama budak tersebut.

Namun ada keburukannya juga ditakuti budak ni yang terlebih 'expert' alert dengan jawapan yang telah diviralkan dalam media sosial akan mengadu pada mak bapa n mak bapa pula nak saman. Macam tu pun boleh terjadi, siapa tau.

avatar

sokong dengan Mohd Shubhi..guru yg baik tu mesti ada rasa bertanggungajawab..
asalam kenal blog..
http://madey09.blogspot.com/

avatar

follow blog awak ya,.tq

avatar

saya baca cerita hantu dia ni..dah ada struktur ayat yag kita fahami, pengualangan banyak kita kena bagi kefahaman kat murid ya..

avatar

kalau ada yang upload mula jadi bahan mengata itu ini sabarlah hati..

avatar

Yang penting, usaha yg berterusan utk memperbetulkan kesilapan mereka supaya tidak lagi lakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan.
Kalau masih tak ada sebarang inisiatif untuk membantu murid berkenaan, tapi terus-menerus share kesilapan ayat atau jawapan, bukankah ia sesuatu yg memudaratkan?

avatar

Cikgu patut punya etika seperti doctor yang menjaga rahsia pesakit. Cikgu patut menjaga rahsia anak muridnya...

avatar

cikfu semua baik-baik, kisah bro tu mesti ingat seumur hidup..tak boleh lupa

avatar

Dua tiga minggu ni cikgu kena bahan ngan media. Sabo je la. Entah kat mana yang tak kenanya..

avatar

Aku suspek cikgu ni tengah stress ni

avatar

Cikgu juga manusia biasa. Pengaruh media sosial sudah tidak dapat dielakkan... jika terlepas... Bersangka baik dan ambillah secara positif..

avatar

Haha..kenangan macam ni bila dah besar ni leh ukirkan senyuman dikala emosi duka melanda..kan bro..hehe

avatar

Sekadar hiburan bagi SP takde masalah, cuma jangan di publish sekali nama murid tu kan..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.