blogger lelaki logo

Musuh Kita Yang Paling Kejam

7 Komen
Sebut pasal musuh pasti kita ingat pasal musuh negara, musuh perniagaan dan banyak lagi jenis musuh. Selalunya musuh ini akan memberi ancaman kepada kita.

Musuh Kita Yang Paling Kejam

Tapi dalam diri kita juga ada musuh. Ada sikap yang akan jadi musuh kita, yang perlu kita perangi. Jadi senaraikan sikap negatif kita sekarang dan kenal pasti yang mana satu menjadi musuh kita.

Kenapa aku anggap ada sikap negatif itu sebagai musuh. Bagi aku jika sikap kita yang boleb buatkan kita gagal untuk maju ke hadapan itu musuh. Ataupun sikap buruk kita yang boleh buatkan hidup kita jadi teruk.

Bukan sahaja sikap negatif tetapi apa juga sikap yang boleh memudaratkan kita, boleh kita anggap sebagai musuh.

Sebagai contoh sikap malas, ia jadi musuh kita sebab dengan sikap malas nak buat apa pun tak boleh, asyik malas sahaja. Sikap ini sudah menghalang kita untuk majukan diri kita. Jadi ia musuh yang perlu kita perangi.

Kesedaran dalaman perlu untuk kita kenalpasti kelemahan diri kita. Muhasabah diri jalan terbaik. Kenal diri kita sendiri. Barulah kita sedar yang mana sikap kita yang selalu mengagalkan rencana hidup kita.

Nekad dalam hati untuk mengatasi sikap negatif kita. Buat secara berterusan, istiqamah. Latih diri kita untuk tidak tunduk dengan musuh kita. Kuatkan kubu pertahanan, perisai mesti padu. Jangan biarkan musuh menguasai kita.

Sebelum kita pergi berperang dengan musuh yang nyata. Kalahkan dulu musuh yang ada dalam kita. Pasal musuh dalam selimut aku cerita lain kali.

7 Komen untuk "Musuh Kita Yang Paling Kejam"

avatar

Setuju bro.
Sebab itu aku tak pernah demotivate-kan diri atau orang lain.
Walaupun aku tau kegagalan itu pasti ada, tapi aku try lawan juga.
Dah banyak kegagalan aku alami sebelum ini. Kadang2 rs kuat...kadang2 rs lemah pula.
Itu punca dari salah satu perkara negatif la tu.

avatar

diri kita adalah musuh kita yang sebenar
berjaya menguasai diri terlebih dahulu

avatar

Setuju sangat2 dengan artikel ni .. yup musuh dalam diri pun susah nak ditewas kan .. Disiplin diri tu kena ada ..

avatar

Musuh dalam diri kita tu lagi bahaya, pasal dia memang paham perangai kita

avatar

memang itulah itu.

tapi tak ramai yang tau dan perasan hal nih.

avatar

Ya..malas memang susah nak perangi..pakai bom terus baru tahu..haha

avatar

Betul. Diri sendiri adalah musuh no 1 kita..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.