blogger lelaki logo

Mitos Tentang Alexa Traffic Rank

22 Komen
Aku ada sedikit isu untuk dibincangkan, iaitu mitos tentang Alexa traffic rank. Aku kira topik ini relevan dengan misi naikkan kembali ranking Alexa blog aku bulan ini. Aku berharap sangat ada otai-otai blogger akan berikan komen dan pendapat yang bernas nanti sebagai perkongsian untuk semua blogger.

Mitos Tentang Alexa Traffic Rank


Mitos pasal Alexa ini aku kupas hasil daripada penulisan salah seorang author di blog Alexa, Greg Orelind. Di dalam artikel beliau yang diterbitkan pada bulan jun lalu yang berjudul Top 6 Myths about the Alexa Traffic Rank. Tanpa membuang masa jon kita baca bincang beberapa mitos yang dinyatakan oleh Gred Orelind ini.

Mitos Tentang Alexa Traffic Rank

1. Pasang Widgets Rank Alexa akan menaikkan ranking.

Jika kita selalu membaca pasal entri tips meningkatkan ranking Alexa, memasang widgets rank Alexa sering disarankan oleh ramai blogger. Tetapi jawapan daripada Greg pula adalah TIDAK. Dia kata widgets rank Alexa hanya untuk tujuan promosi ranking blog kita kepada pelawat. Dan widget ini tidak digunakan untuk menyukat trafik blog kita.

2. Claim blog di laman Alexa akan menaikkan ranking.

Claim blog kita dilaman Alexa juga tidak memberikan kesan kepada ranking Alexa. Tujuan utama kita 'claim' blog kita adalah untuk memastikan blog kita dapat dirujuk oleh berjuta-juta pelawat di laman Alexa setiap bulan.

3. Alexa hanya menyukat trafik blog yang memasang Alexa Toolbar.

Menurut Greg, Alexa mengukur trafik blog melalui pelbagai browser extensions dan plug-in. Manakala Alexa Toolbar adalah hanyalah salah satu daripada browser extensions yang menpunyai data Alexa, ada banyak lagi browser extension lain yang ada fungsi yang serupa. Jika kita sudah memasukkan kod pengesahan Alexa pada blog kita, maka Alexa akan mula menyukat trafik yang masuk ke blog kita, walaupun kita tidak memasang Alexa Toolbar.

4. Jika trafik blog naik mendadak pada hari tertentu, maka ranking Alexa juga akan bertambah baik.

Greg menjawab tidak semestinya begitu. Ranking Global Alexa dikemaskini setiap hari, tetapi Alexa pengiraan Alexa adalah berdasarkan trafik blog sejak 3 bulan yang lepas. Greg juga berikan formula, trafik untuk sehari dikira 1/90 daripada jumlah trafik blog sepanjang 3 bulan untuk menentukkan ranking blog kita. Pergerakan ranking laman web atau blog orang lain juga akan memberi kesan kepada ranking blog kita.

5. Pergi la baca sendiri dekat blog alexa tu.

Takkan semua aku nak tulis dekat sini, marah pula si Greg tu nanti dekat aku, nanti dia cakap aku copypaste artikel dia pula. Macam la Greg tu teringin nak masuk blog aku ni. Namum aku tertarik juga dengan satu komen salah seoang pembaca di blog itu.

Top 5 Mitos Tentang Alexa Traffic Rank

Bagi pendapat aku, percubaan aku untuk menaikkan ranking Alexa adalah sekadar ingin mencabar kemampuan diri. Tak ada maknanya aku nak bersaing dengan orang lain yang sudah semestinya lebih hebat daripada aku. Ini hanyalah sebagai motivasi dan penanda aras dunia blogging aku, nanti sudah ada cucu boleh ceritakan dekat anak cucu, atuk pernah dapat ranking tinggi zaman atuk muda-muda dulu..hahaha

22 Komen untuk "Mitos Tentang Alexa Traffic Rank"

avatar

Sejujurnya la..susah juga saya nak cakap ni ha..pengalaman cetek..haha..bagi saya, rajin blogwalking dan konsisten kemaskini blog, itu pun boleh buat alexa jadi lebih baik...

avatar

Macam aku, aku suka tengok rank alexa ni naik, bukan atas apa2 sebab.

Lagipun aku lagi prefer rank kat google search engine yang naik berbanding rank kat alexa yang setakat ni aku rasa tak sumbang apa2 yang signifikan kat blog aku.

avatar

haha..letak aje.

banyak manfaatnya.

avatar

Selalu intai-intai ranking Alexa ini. :-)

avatar

Banyak mitos ni... hahaha :D

avatar

penin kalau nak layan Alexa nih..
kejap naik, kejap turun..
nak naik, naiklah.. nak turun, turunlah.. ;)

avatar

kalau tak serius sangat jatuhnya aku tak kisah sangat....kalau jauh sangat tu kena ambil kira juga kenapa..:D

avatar

Den memang tak tau sangat pasal Alexa ni. Terima kasih bro atas perkongsian.

avatar

dah mcm mythbuster pulak..hehe tapi ni versi blog la..

avatar

Huuhuhu...bro pun dapat mendedahkan hal yg sama berkenaan Alexa.
Bagus. Sekadar untuk berkongsi dengan semua orang kan.

avatar

alexa aku dah banyak....sometimes malas nak layan....

avatar

Nak kena belajar alexa juga macam ni..

avatar

Informasi yang berguna. Rank alexa bagus tidak membawa erti blog kita bagus secara keseluruhannya.

avatar

saya ambil kisah sedikit sahaja..kalau turun angka Alexa memang seronoklah juga!

avatar

saya ambil kisah sedikit sahaja..kalau turun angka Alexa memang seronoklah juga!

avatar

boleh tu nanti... cubalah ya. itulah hakikat alexa sebenarnya. sebab itu kena berblog secara konsisten. perkiraan algorithm alexa memang macam tu..

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

avatar

Ada mitos jugak benda alah Alexa ni rupanya..

avatar

Banyak sangat mitos tentang alexa. Tapi itu kan rahsia alexa..:)

avatar

tahniah anda ada blog yg banyak info..
jemput blogwalking

www.yatiadam.com

avatar

hahaa hanya mitos ya... tapi menggendutnya alexa ku bukan sekedar mitos (T_T)

avatar

kalau ikutkan ranking alexa nih umpama penanda aras keupayaan blog itu sendiri. ^__^ teringin nak rasa ranking macam dulu.

avatar

Saya sudah banyak tertipu dengan tips-tips yang tersebar di internet, terima kasih atas pencerahannya :)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.