Misi Naikkan Kembali Ranking Alexa

Misi Naikkan Kembali Ranking Alexa

1. Misi naikkan kembali ranking Alexa. Setelah beberapa bulan ranking Alexa aku terhuyung hayang. Jatuh mendadak, kini aku cuba kembali ke landasan. Sekadar ingin memberi sedikit cabaran kepada diri dalam dunia blogging.

2. Tak ada teknik rahsia, aku cuma praktikkan teknik yang pernah aku kongsikan sebelum ini dalam entri Cara Meningkatkan Ranking Alexa. Cara yang cukup mudah dan senang, aku rasa semua orang boleh buat cara ini.

3. Punca utama ranking alexa aku jatuh mendadak adalah disebabkan aku jarang update entri yang terkini untuk beberapa bulan yang lepas. Ada sampai sebulan aku tidak tulis entri baru, dan hasilnya ranking aku merundum teruk, walaupun trafik ke blog aku maintain tapi ternyata ia masih tidak mampu untuk menampung ranking Alexa aku.

4. Ranking Alexa bulan september 2013, Alexa Traffic Rank: 339,160, Traffic Rank in MY: 986, pada masa ini blog aku baru sahaja berusia sebulan lebih. Ranking Alexa bulan Oktober 2013, aku telah berjaya tingkatkan lagi ranking alexa blog ini dengan, Alexa Traffic Rank: 177,874, Traffic Rank in MY: 475. 

Ranking Alexa September 2013
September 2013.

Ranking Alexa Oktober 2013
Oktober 2013.

5. Dan pada  hari ini pada September 2014 ranking aku Alexa Traffic Rank: 550,764, Traffic Rank in MY: 2,794. Sebenarnya aku sudah membuat eksperimen sejak minggu lepas lagi untuk naikkan ranking ini. Untuk beberapa minggu lepas ranking alexa Malaysia aku berapa 8000 lebih (Lupa nak printscreen pulak). Dan ternyata teknik yang aku kongsikan itu masih ampuh.

Ranking Alexa September 2014
September 2014.
6. Eksperimen akan diteruskan untuk tingkatkan ranking Alexa blog ini. Masih guna teknik yang sama, cuma dengan usaha yang lebih gigih. Aku akan lihat sejauh mana teknik ini berkesan, tunggu hasilnya di bulan Oktober nanti.

Share this:

Disqus Comments