blogger lelaki logo

Kemana Hilangnya Not RM500 dan RM1000

7 Komen
Generasi kini mungkin tidak pernah melihat apatah lagi memegang Not RM 500 atau Not RM 1000. Selepas not ini dimansuhkan sejak tahun 1998. Mesti ada yang tetanya mana perginya Not Rm 500 dan RM 1000 ini? Kenapa ia dimansuhkan oleh Bank Negara Malaysia?

Kemana Hilangnya Not RM500 dan RM1000


Ketika itu orang kaya-kaya sahaja yang dapat pegang duit ni. Selepas kegawatan ekonomi yang teruk pada era 90-an, pasaran luar persisiran pantai bagi ringgit telah dihentikan, dan serta merta juga denominasi besar Ringgit Malaysia (RM1000 dan RM500) dimansuhkan serta merta.

Salah satu lagi sebabnya juga adalah bagi mengelakkan wang dalam Malaysia mengalir keluar ke negara lain. Apabila ada sejumlah besar wang dibawa keluar ke negara lain, maka peredaran wang itu telah terhenti. Dalam bahasa ekonominya wang tadi telah "dibunuh".

Sepatutnya wang tadi bersilih ganti bertukar tangan. Dari seorang pembeli kepada peruncit kepada pemborong dan seterusnya kepada pengeluar atau pengilang. Keadaan ini akan menjadikan putaran ekonomi yang sihat, menjana pekerjaan, pendapatan dan kekayaan. Jadi kitaran wang dalam negara perlu kekal begini. Kalau ada yang masih ingat semasa era 90-an ada kempen supaya rakyat kita berbelanja di dalam negara, inilah salah satu sebabnya.

wang kertas not RM500


wang kertas not RM1000


Mana Perginya Not RM500 Dan RM1000

Selepas ia dimasuhkan Bank Negara Malaysia meminta kepada yang memiliki not RM 500 dan RM 1000 supaya menukarkan wang itu BNM.

Setakat tahun 2008, wang kertas not RM500 ada sebanyak 151,482 keping masih belum dipulangkan kepada BNM dengan nilainya RM75.741 juta.

Manakala sebanyak 28,315 keping wang kertas not RM1,000 juga masih dikembalikan kepada BNM yang bersamaan dengan nilai RM28.315 juta.

Jika ada sesiapa masih memiliki wang ini dan teringin hendak menukar wang ini boleh rujuk disini.

7 Komen untuk "Kemana Hilangnya Not RM500 dan RM1000"

avatar

Kalau ada not RM500 ni, memang saya simpan. Historical value beb. Hehe

avatar

nilai tinggi ni kalau ada sapa yg pegang.....

avatar

Sape ada simpan..leh jual. Mahal tu harganya..

avatar

hehehe...katanya ada orang kenamaan yang simpan banyak2..bawa keluar negara..lu pergi tanya dia la

avatar

zaman sekarang ni, matawang bergerak keluar dari negara bukan melalui wang fizikal lagi...

Mungkin ada sebab lain yang kita semua tak tau kot

avatar

Alamak..ruginya..masa tu belum ada nafsu lagi nak pegang duit banyak macam ni..haha...kalaulah ada sekarang ni, mesti saya dah jual....banyak gak tu yang tak jumpa duk celah mana..hahaha

avatar

Banyak spekulasi berkenaan not 500 dan 1000 ni. Entah benar entah tidak..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.