blogger lelaki logo

Kerja 4 Hari Seminggu Di Filipina

9 Komen
Memang seronok jika dalam seminggu kita hanya berkerja 4 hari sahaja, seperti yang baru di lakukan di Filipina bagi sektor awam disana. Cuma 2 jam akan ditambah setiap hari, jadi kena kerja 10 jam sehari.

Kerja 4 Hari Seminggu Di Filipina


Alasan kerajaan Filipina buat dasar begini adlaah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sana. Di samping bagi  memberikan lebih waktu berkualiti penjawat awam bersama keluarga di rumah. Mungkin kecekapan bekerja akan dapat dipertingkatkan.

Cuma aku rasa tempoh bekerja cuma 4 hari ini akan menyulitkan juga orang ramai apabila hendak berurusan dengan perkhidmatan awam. Masa jadi sedikit suntuk.

Namum jika difikirkan juga, mungkin tekanan kerja akan meningkat sedikit, sebab kerja kita perlu selesaikan dalam masa 4 hari, jika ada kerja mendesak, memang kena pulun la dalam masa 4 hari tu.

Selepas cuti 3 hari, masuk kerja hari isnin, kalau ada simptom monday blues, lagi teruk der. Hari isnin setengah hari dihabiskan termenung dimeja kerja, cuma tinggal 3 hari setengah aje la nak buat kerja.

Di Malaysia aku rasa sudah cukup banyak cuti umum di samping cuti hujung minggu ni. Bekerja 4 hari seminggu rasanya tak praktikal, lainlah jika kerajaan nak kurangkan kesesakkan di bandaraya Kuala Lumpur, idea ni boleh diketengahkan juga.

Bunyinya macam seronok kan, ada banyak masa cuti dan dapat dihabiskan bersama keluarga. Dulu aku rasa di Malaysia hari sabtu pun kena kerja separuh hari. Kiranya sekarang ni lebih okey berbanding dulu.

9 Komen untuk "Kerja 4 Hari Seminggu Di Filipina"

avatar

Huhu..seronok tu memang seronok kan..tapi macam bro katala..masa tak panjang dan kalau kena kerja urgent, tak ke naya..haha

avatar

Ye ..saya dulu hari sabtu pun kena kerja..tapi sekarang ni kerja 5 hari pun dah cukup baik dah tu..Rasanya kalau kerja 4 hari je,dan sehari kena kerja 10 jam,takut kerja tu tak berkualiti dsebab nak siap cepat..kan,lepas tu cepat letih.

avatar

Kerajaan mereka dah buat kajian le tu..kita tunggu resultnye...kalau positif, apasalahnya kita ikut..kalau negatif..maintainle dengan 5 hari bekerja...

avatar

pehh..4 hari? produktif tak kesannya?

avatar

Terbaik. Kualiti dan kuantiti seiring..

avatar

Em bestnya kalau implement di Malaysia pula... 4 hari bekerja + 1 hari sakit + 2 hari rehat..

avatar

Den rasa elok flexible hours.

avatar

meme patut pun 4 hari je kerja

then islam n kristian x yah gdh

jgn jd mcm brunei

tetiba sabtu kerja blk

lwk hbs

sbb jumaat + ahad off

avatar

Kalau saya, saya suka kerja 4 hari je. Tapi kena kerja yang kita minat la. Kalau tak minat, susah la sikit.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.