blogger lelaki logo

Kenapa Susah Nak Faham Lelaki ?

16 Komen
Kenapa susah nak faham lelaki? betul ke susah nak faham? sebagai lelaki aku rasa kaum lelaki ni spesies yang simple dan paling senang nak difahami berbanding kaum wanita yang lebih kompleks.

Kenapa Susah Nak Faham Lelaki

Secara umum kaum lelaki lebih mudah untuk lebih memahami kaum mereka sendiri. Lelaki dan wanita nyata dua sifat yang berbeza baik dari segi fizikal dan mentaliti. Wanita yang berlainan gender ini mungkin sukar untuk memahami sikap lelaki.

Sebagai lelaki aku cuba ulas serba sedikit kenapa wanita susah nak faham sifat lelaki. Untuk memahami diri lelaki sebenarnya tidak susah. Malah jika wanita itu bijak,  wanita tersebut boleh mengawal lelaki tanpa perlu bersusah payah dan tanpa rasa sakit hati.

Secara jujurnya aku rasa wanita yang cari keyword ini sebenarnya cuba mengawal tindak tanduk lelaki, terutama suami atau teman lelaki mereka. Ini adalah salah satu tindakan daripada wanita yang tidak faham sifat lelaki.

Kamu lelaki secara pukul rata memang tidak suka apabila diri mereka dikongkong. Apatah lagi jika ada wanita yang cuba mengawal diri mereka, seperti melarang keluar malam, lepak dengan kawan atau marah apabila lelaki berbelanja 'make-up' kereta.

Walaupun bab sifat in agak subjektif, setiap ada perangai dan tabiat tersendiri, hobi dan minat setiap berbeza. Disebabkan minat yang sama juga kaum lelaki boleh bersatu hati. Macam orang yang minat kereta tu, daripada utara boleh turun ke selatan semata-mata untuk 'TT' kelab kereta.

Bagi wanita, ini perkara yang sangat mengarut, sudah kahwin dan ada anak tapi kereta tetap jadi bini no.1. Tak masuk akal bila kaum wanita fikirkan. Ada lelaki lambat matang, jadi bersabarlah duhai wanita.

Jangan sekat dahulu minat mereka, berikan sedikit kelonggaran dengan bersyarat. Sebagai contoh boleh keluar malam, tetapi kenakan syarat balik sebelum pukul 9..hahaha...cuba disiplinkan mereka agar tak jadikan rumah macam hotel dan ingatlah ada isteri dan anak di rumah.

Wanita juga sebagai isteri cuba merapati sang lelaki, suami sendiri yer bukan suami orang...cuba ambil tahu pasal minat suami kita..jika dia minat kereta cubalah cucuk jarum. Buat-buat minat kereta juga, kalau suami nak pergi berlumba cuba ikut sekali suami tu...hahaha.

Bagi lelaki juga kawan-kawan mereka sangat penting. Kawan call malam buat nak pinjam spanar 10 pun sanggup lagi dia pergi hantar. Jadi cubalah wanita kenal-kenal dengan kawan-kawan suami anda, supaya senang nanti nak korek rahsia...hahaha

Lelaki juga suka wanita yang hormat kepadanya, jadilah isteri yang hormat kepada suami. Akan makin sayang suami anda nanti. Hormat juga ibubapa suami, lagilah suami akan hormat pada isteri, sayang pun bertambah, nanti dapat upah.

Ambil berat, lelaki suka wanita yang ambil berat pasal dirinya. Jangan pula duk timbang kilo suami anda tiap-tiap hari pulak. Lelaki akan lebih menghargai jika ada wanita yang tersangat mengambil berat.

Lelaki ada ego. Memang tak dinafikan. Aku sendiri pun ada ego aku sendiri, dah habis bayar pun yamaha ego aku tu. Wanita perlu tahu menjaga dan mengawal ego sang lelaki, perkara yang si dia tidak suka, kalau boleh jangan diusik, bak kata orang sarang tebuan jangan dijolok. Jika terpaksa usik juga, cubalah lakukan dengan cara yang lemah lembut dan jangan terburu-buru.

Bagi aku untuk kenal dan memahami lelaki, suami, wanita perlukan masa. Kenal satu persatu apa jua yang dia diminat, apa yang dia tak suka, dari segenap sudut perlu perhatikan sikap dan sifatnya. Cuba selami hati si dia, cuba baca fikiran seorang lelaki.

Masih tak faham sikap lelaki ke? haaishh susah benar aku nak terangkan. Sebab setiap orang sangat berbeza dan sangat subjektif. Yang sebenarnya lelaki lagi susah nak faham wanita..hahaha..Yang paling penting adalah sebagai pasangan suami isteri..lelaki dan wanita perlu saling memahami antara satu sama lain.

16 Komen untuk "Kenapa Susah Nak Faham Lelaki ?"

avatar

Tapi bro, saya rasa wanita lagi susah kita nak fahami..lelaki ni macam bro cakap la..senang aje..haha..tol tu..mungkin sedang mencari sesuatu kelemahan yang ada pada lelaki...hahaha..

avatar

Mungkin ada sebahagian wanita boleh faham lelaki tapi kebanyakkan laki tak boleh nak faham perempuan dan kadang-kadang tabiat perempuan susah nak faham dan annoying

avatar

Nad tak pernah kongkong suami sebb tau lelaki ni takleh dikongkong..jadi kiatorg saling percayanmempercayai..

avatar

Memang susah nak faham wanita lelaki ringkas saja

avatar

gua ok je.

gua faham orang laki ni camana. hhehe

avatar

Bab lambat matang tu saya setuju kot... hihii
peace yo!

avatar

lelaki ke wanita ke
sama2 kena belajar memahami
pelan2 tak apa asal terus belajar

avatar

bagi sama-sama masa utk fahamkan pelan, kalau lansung tak faham memang masalah...hee

avatar

Aku rasa nak faham wanita tu yang lagi susah

avatar

kena hati2 dgn wanita, kita fikir lain, dia fikir lain... jenuh le tak ngam2.

avatar

Tak sukar sebenarnya kan, cuma lelaki sangat simple, wanita pula sangat tak simple..hehe

avatar

ini sudah lama pacaran atau sudah menikah pasti sering terjadi salah paham, coba kalau baru cinta pertama pria dan wanita akan berusaha saling memahami satu sama lain meskipun itu tidak paham he he he, umumnya pria akan berusaha keras mendapatkan hati dari wanita dan wanita akan berusaha keras untuk bisa belanja dan jalan-jalan :)

avatar

Pada saya, dua2 pihak kena mainkan peranan utk saling memahami....banyak situasi yg berlaku bila satu pihak je yg cuba untuk faham another pihak...so?

avatar

kita lelaki mmg simple bro... kita boleh berkawan dengan semua lelaki tanpa rasa cemburu, kita jadikan benda yg tersurat sebagai gurauan dan kita sesama kita boleh terima.... tak caya cer wanita jumpa wanita lain nak nak yng cuna atau ramping, kompom lupa hukum ugama.... dari atas sampai ke bawah nak di burukkan nya... padahal tak kenal pon......

klu yg dah kawin plak... walau dah keanl lama jantan tuh, bercinta lebih 5 tahun.. tahu apa hobi dia, minat dia.. bila kawin habis semua nak di rantai nya, semua nak di kongkong nya, mana minat dia yang dulu tah.... pastu kata kita tak paham diorang, apa cer? diorang tak sekolah tak kenal dan lansung tak paham hati lelaki bila memberontak dia tak buat bodoh pada org lain, tapi dia ubah diri dia, dari yg dulu bersukan berhobi, la nih main dadah dok umah, itu yang pompuan nak kot... BODO tak?

maaf bukan nak ngutuk, tapi aku perlu bagi penjelasan tepat untuk korang atau kita sendiri perbaik kelemahan kita dengan cara berfikir, eahai wanita, klu kamu tahu di mana tempat kamu dalam keluarga, takyah bangkang,,,... sebab masa akat nikah kami telah baca segalanya di depan kamu bersaksikan wali tok kadi dan keluarga kamu sendiri.... jadi.... jgn kurang kan terus akal kamu yang satu kepada ZERO yer.....

avatar

Suami jarang keluar dgn kwn2. Alasannya mlas la sbb xnak nnt bila dh keluar asyik nk keluar je but i ok je klau dia nk keluar sbb kita kne ade mse dgn kawan2 jugak kadang. Tp mslahnya bila dah bg keluar.. kita pun x de la nk msg dia tnya mcm2 sbb nnt kata bg keluar tp setiap 2 minit msg so kita ignore je la... tibe2 terjaga utk buat susu anak tgok si suami x blik lg. Amik hp tgok langsung xde msg.. tgok jam dah tgh2 pg.. wahhhhhh call x jwp.. risau dah ni.. kot la exc8dent ke rompak ke. Mati ke.. pikir buruk2 dah tp bila dpt call rupanya pg clubing dgan kawan2.. ape ek perasaan.. aku x heran pun dia nk kemana tp yg aku bengang sbb langsung x de msg or ape2 la cara utk dia bgtau kt aku... slah ke klau pompuan melenting bile jd camni??? Bg kebebasan yg dimungkiri

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.