Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Kena Tampar Dengan Cikgu

Kena tampar dengan cikgu adalah antara hukuman yang pernah aku kena disamping rotan didepan perhimpunan, kena jalan itik keliling padang, tepuk lalat dan banyak lagi jenis hukuman yang menjadi memori aku zaman persekolahan.

Kena Tampar Dengan Cikgu

Aku tak salahkan cikgu, aku tahu aku sendiri yang salah, setakat kena rotan sudah menjadi resam aku sebagai budak nakal. Bukan aku nak buka pekong di dada, tetapi inilah realiti kehidupan itu kebenaran yang pahit, biar jadi teladan kepada semua orang.

Walaupun aku pernah kena tampar 3 das sekali gus, cikgu aku guna hikmah tanpa bayang, 15 jari melekat ke pipi aku. Tetapi aku tidak pernah bagitahu emak dan ayah aku. Kalau aku bagitahu lagi teruk aku kena dengan ayah aku. Rotan dekat rumah pun ada sedia menanti aku. Itu kisah aku semasa tingkatan dua.

Hukuman paling teruk aku kena adalah kena rotan di depan khalayak ramai, di depan tapak perhimpunan oleh pengetua sekolah. Malu muka beb, dah tu siapa suruh jadi budak nakal pergi ponteng kelas. Ini pula kenangan semasa tingkatan 3, disamping pernah kena gunting rambut secara beramai-ramai, perasan jadi rocker sekejap pada masa tu.

Hukuman paling 'rare' aku pernah kena adalah semasa aku duduk di asrama, masa ni aku di tingkatan 4. Aku kena hukum tidur berjemur embun sampai pagi di padang asrama. Tetapi aku dan kawan-kawan boleh buat menganjing dekat warden. Kami sepakat untuk bawa keluar tilam dan tidur denagn santainya berbumbungkan langit. Sampai warden mengalah dalam pukul 2 pagi dah suruh kami masuk balik tidur di dalam dorm.

Ingatkan dah naik tingkatan 5, aku dah insaf. Ada juga hukuman yang aku kena. Paling memalukan adalah kena hukum jalan itik keliling pagar dorm pelajar perempuan. Padahal selang seminggu, aku nak naik pentas pula ambil anugerah pelajar cemerlang. Mana nak letak muka ni beb.

Aku juga pelik, aku antara budak nakal, dan sering kali kena hukum. Tetapi setiap kali ada mesyuarat PIBG akulah antara muka pelajar yang naik ke pentas terima anugerah pelajar cemerlang. Aku tak tahu mana silapnya. Mungkin darah muda yang membara, membuatkan aku jadi agak nakal.

Bagi aku yang kini sudah dewasa, setiap hukuman yang aku terima dulu kini buatkan aku jadi lebih kental, kena maki dengan bos boleh buat muka selamber badak. Aku lebih tahan untuk menerima tekanan padu, bak kena hentam batu 1 ton diatas kepala. Yang penting dah jadi manusia yang berguna. Sedikit demi sedikit kita berubah mengikut masa.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail