blogger lelaki logo

Erti Persahabatan

12 Komen
Dalam kita menyelusuri ranjau kehidupan, sudah pastinya ada insan yang bernama kawan menenami kita. Namum ada juga sebuah persahabatan yang terputus ketika kita sedang mengorak langkah maju ke hadapan. Sudah berapa ramai kawan kita yang hilang?

Jika soalan ini diajukan kepada aku, ada begitu ramai kawan-kawan aku yang terpaksa aku tinggalkan. Ada banyak faktor, yang paling ketara adalah apabila aku terpaksa berhijrah demi memajukan diri.

Jenis aku, tak memilih kawan, tak pilih bulu. Aku berkawan tak kira peringkat, pangkat, umur dan apa sahaja yang membezakan manusia. Aku hidup berkawan anti-prejudis.

Erti Persahabatan

Aku ada kawan dari Indonesia, bangla pun ada, seorang hindu yang baru memeluk Islam juga pernah menjadi kawan aku. Seorang cina yang dibuang daerah pun pernah.

Malah ada kawan aku daripada budak-budak yang tercicir mereka ini tak sempat habiskan persekolahan mereka, ada dikalangan mereka yang jadi penagih. Tapi masih berkawan, ada masanya aku cuba memahami kenapa mereka terjerumus.

Ada kawan aku sejak dari darjah satu. Dan ada juga kawan yang datang sekadar angin lalu. Datang dan hilang begitu cepat.

Tanpa prejudis aku berkawan tak mengira latar belakang. Kawan tikam belakang pun aku pernah kena. Kawan yang cuma ambil kesempatan juga pernah berkawan dengan aku.

Namum tak kiralah apa juga sifat dan tabiat serta perangai mereka. Tapi yang selalu aku perasan pasal kawan-kawan aku ini ialah mereka suka bercerita pasal kisah hidup mereka, adakalanya mereka meluahkan perasaan atau menceritakan hal yang peribadi kepada aku.

Ya, mungkin aku pendengar yang baik. Ada bermacam-macam rahsia setiap daripada kawan-kawan yang terpaksa aku sembunyikan. Semuanya mungkin akan tersimpan buat selama-lamanya.

Ada diantara mereka yang begitu percayakan aku. Sehingga permasalahan rumahtangga pun dikongsikan dengan aku.

Ketika aku sedang menulis ini. Teringat daku kembali sejarah silam. Teringat dekat kawan-kawan yang pernah bersama kita disuatu ketika dahulu. Ketika kita senang, ketika kita susah. Semuanya ada cerita tersendiri.

12 Komen untuk "Erti Persahabatan"

avatar

Macam2 jenis kawan yang ada di dunia ni..yang suka tikam belakang tu yang paling bahaya..

avatar

Yang penting kena ikhlas dalam persahabatan. Berbuat selalu jika kita harapkan orang berbuat baik kepada kita.

avatar

Assalammuaalaikum... BL,

kawan juga mematangkan fikiran dan cara kita berfikir.. persahabatan juga membuatkan kita menghargai sahabat kita..

mselim3

avatar

Orang yang dah lama kita kenal pun boleh terputus persahabatan, inikan pula yang baru berkenalan...

avatar

Sahabat yang sejati susah nak di cari. Kawan makan kawan banyak, kawan yang ambil kesempatan pun banyak...berhati-hati bila berkawan...

avatar

kenangan zaman kanak-kanak..memang manis belaka. hoho

avatar

kawan masa kecik kat kampung, kawan masa sekolah, kawan masa belajar, kawan masa kerja lama,..sampai ada yang dah lupa nama, kalau jumpa biasanya memang cam lagi.

avatar

sy juga ada ramai kawan yg hilang entah kemana ketika dalam perjalanan membangun persahabatan sejati.

avatar

salam sahabat blogger :)

avatar

kita rasa kawan2 kita hilang...tapi sebenarnya kawan2 kita rasa kita yang hilang...

avatar

Wahhh..bagus la bro ni..penyimpan rahsia tegar ni..hehe

avatar

Bukan senang nak cari kawan sehidup semati. Yang tikam kawan ramailah..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.