Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Hujan Emas Hujan Batu

Hujan emas atau hujan batu, mana satu kita nak pilih? Aku ada terbaca status 'panas' di facebook, ada orang tu suruh kita 'pilihlah hujan emas'. Keluhan rakyat Malaysia pasal kos sara hidup yang membuat perbandingan antara Malaysia dan UK.
Hujan Emas Hujan Batu

Jika ikut kata perpatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Pergi tadah hujan emas tu, bawa balik ke negeri kita, buat bumbung penahan hujan batu.

Soal rezeki susah kita nak berbicara, sebabnya bukan urusan kita. Kita tidak tahu dimana lubuk rezeki buat kita gali. Selagi terdaya teruskan berusaha, berusaha dan berusaha. Jika ada peluang pergilah tiada siapa yang nak menghalang, dah tersurat di situ punca rezeki kamu.

Soal nak menbandingkan dua buah negara yang berbeza aku rasa tidak patut sama sekali. Apatah lagi untuk membandingkan negara orang dengan negara bumi kelahiran kita sendiri, disini lahirnya kita, disini lahirnya sebuah cinta.

Walaupun ada point yang aku setuju dengan kenyataan pasal kos sara hidup di Malaysia yang semakin hari semakin meningkat. Seorang lelaki yang sudah berkahwin perlu bekerja keras untuk menyara keluarga dan ada suami isteri yang terpaksa bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Hujan emas atau hujan batu

Adakah dizaman moden ini segalanya sudah berubah, pengertian perpatah juga erlu diubah mengikut peredaran masa. dari sinilah baru kita boleh menilai soal jati diri. Tak salah nak pergi ke ceruk rantau mana pun untuk mencari rezeki, tetapi janganlah sampai lupa asal usul kita.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail