Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Google Street View Di Malaysia

Google Street View di Malaysia nampaknya sudah meliputi sebahagian besar jalanlaraya di Semenanjung Malaysia. Satu perkhidmatan yang berguna juga kepada mereka yang selalu menggunakan Google Maps.

Google Street View Di Malaysia

Paparan gambar Street View ini amat jelas dan kita boleh pusing sudut pandangannya 360 darjah. Depan belakang, atas, bawah semua nampak. Lokasinya juga sangat detail, sehingga memasuki jalan-jalan kecil dikawasan taman pun turut dirakam gambarnya.

Tetapi jangan salah faham ini bukannya 'live view', ini adalah gambar yang sudah dirakam sejak beberapa bulan yang lalu, jadi risau kalau-kalau takut ada orang nak skodeng kita secara live, lagipun ini cuma gambar di kawasan jalan, tak masuk sampai dalam rumah.

Google Street View Di Malaysia

Tapi aku sudah try tengok Street View dekat Sabah dan Sarawak, nampaknya masih belum ada atau masih dalam proses gambar jalanan di kepulauan Bornoe itu.

Satu lagi yang aku perasan, bagi memastikan privasi dan juga untuk tujuan keselamatan, Nombor plate kenderaan di dalam gambar Street View dikaburkan. Aku dah pun skodeng gambar dekat rumah aku, nasib baik nombor plate kereta aku dorang kaburkan, kereta tengah parking cantik bawah garaj.

Sambil menyelam minum air, apa lagi aku pun jalankan aktiviti skodeng la (bukan nak skodeng awek dekat taman aku la). Aku pun cuba cari kampung halaman aku, cuba tengok balik tempat-tempat kenangan lama, tempat yang dah lama aku tak pergi.

Servis daripada Google ni bagus, sangat berguna juga kepada mereka yang nak mencari jalan atau baru tiba berpindah rumah untuk tinjau-tinjau kawasan, dengan gambar 360 darjah, lebih senang kita nak cam kawasan tersebut.

Aku dah siap skodeng satu taman aku, jadi giliran korang pula nak skodeng kawasan korang. Selamat mencuba Google Street View di sekitar Malaysia. Boleh cuba di sini Google Maps Malaysia atapun disini juga Instant View. Kepada pengguna Android, boleh juga install Apps ini di smartphone masing-masing, boleh usha Disini.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail