blogger lelaki logo

Cepat Melatah

13 Komen
Melatah selalunya kita kaitkan dengan sejenis penyakit orang tua yang bertindak spontan apabila disergah atau dicucuk secara mengejut, ada yang hanya melatah guna perkataan sahajadan ada juga yang melatah sekali dengan gerak badan dan perbuatan.

Ada orang melatah keluarkan kata-kata yang elok seperti berzikir dan sebagainya. Dan ada juga yang bila melatah tersembur ayat mencarut yang tak enak didengar.

Cepat Melatah

Itu cerita melatah orang tua-tua. Melatah juga boleh dikaitkan dengan sikap kita yang bertindak balas secara spontan apabila terjadinya perkara yang boleh buat kita marah atau perkara yang kita tidak suka.

Andai kata kereta kita tiba-tiba dilanggar. Apa tindakan kita. Keluar kereta maki hamun pemandu yang langgar kereta kita tadi atau parking tepi dengan tenang ajak bawa berbincang.

Nampak senang tapi tindakkan spontan ini selalunya akan dipengaruhi oleh emosi amarah. Betul siapa yang tak marah, tapi tindakan kita dibawa oleh emosi marah sukar dikawal. Itu akan mencerminkan siapa kita, dimana tahap kesabaran kita.

Hari ini kita juga boleh melihat ada yang melatah di laman sosial. Apabila kita tersentap, jari jemari akan menzahirkan perasaan marah kita. Ayat yang tak sepatutnya, lantang ditaip pada status. Bila ada yang printscreen, lagi kuatlah kita melatah. Dan menampakkan sikap kita yang sebenar.

Jadi jaga diri elok-elok. Jangan cepat melatah. Nanti yang malu diri kita sendiri juga. Satu lagi nasihat aku, kepada mereka yang suka bergurau cucuk mak cik yang kuat melatah, tengok dulu tangan dia ada pegang pisau ke kapak ke, sekali cucuk kena tetak kepala, apa pun tak boleh.

13 Komen untuk "Cepat Melatah"

avatar

Seronok usik orang melatah ni..tapi kena tahu jugal jenis dia melatah macam mana..kalau jenis yang boleh bertindak di luar jangkaan, bahaya tu..

avatar

Sekarang ini pun sudah ramai orang muda yang melatah...

avatar

opocot mak kau.. cam tuh ah kalau org melatah.. kekadang dia ada lucah2 skit.

avatar

kang tak pasal-pasal ada pisau dan kapak terbang pulak dek kerana melatah ni punya angkara

avatar

saya tak suka sangat mengusik orang melatah ni sebab ada yg kita tak tahu melatahnya tu jenis yg macam mana. kalau yg biasa2 tu takpa la, kena yg bersilat canggung pulak jenuh haru

avatar

kalau melatah sudah jadi kebiasaan biasanya akan sulit untuk disembuhkan, jangan sampai seperti itu

avatar

Orang melatah ni kalau main bola bagus main posisi goalkeeper sebab tindakan refleks yang cemerlang.

avatar

Jangan cepat melatah kecuali memang ada penyakit latah...

avatar

melatah tu satu hal. yang adu domba juga satu hal. dah tau dia tgh melatah, ada juga yg adu domba. printscreen dah sebarkan latahan dia tu adalah satu bentuk adudomba moden. kita tau orang melatah ni biasanya masa dia tak waras. jadi biarkan je. usah dilayan.

avatar

Ya..nak melatah kena tnegok tempat di situasi..jangan sala kita pun nak melatah juga..

avatar

Ada 2 maksud berbeza dalam melatah ni. Satu melatah apabila terkejut akan sesuatu dan keduanya melatah apabila terjadi sesuatu perkara.
Mungkin pernah jadi pada ambe juga.
Apapun, mohon perlindungan Allah...sebab kadangkala lupa juga terutama bila marah.

avatar

Melatah sebenarnya sifat semulajadi. Ada yang melatah benda baik, ada juga yang melatah benda tak baik..hehe

avatar

pernah jumpa dengan orang melatah ni tapi tak berani nak usik sebab takut juga masa melatah tu dipukulnya kita atau lbh teruk lagi kalau ada benda-benda tajam kat tangan..ish jangan suka nak usik tak tentu hala

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.