Buat Kajian Dahulu Sebelum Menulis Blog

Buat Kajian Dahulu Sebelum Menulis Blog

Buat kajian dahulu sebelum menulis blog. Bagi aku sebelum kita menulis dan sebarkan apa-apa cerita atau berita, ada baiknya kita membuat sedikit kajian. Paling tidak untuk memastikan apa yang kita tulis itu benar bukannya palsu.
Buat Kajian Dahulu Sebelum Menulis Blog

Cuba kita bayangkan jika kita menulis hal yang tidak benar, dan ia menjadi viral di alam internet. Ada pula orang yang percaya dan sebarkan dari mulut ke mulut. Padahal ianya hanyalah cerita yang kita reka semata-mata untuk menarik trafik ke blog kita.

Kajian yang aku maksudkan bukanlah sampai kita kena jadi penyelidik macam hendak buat thesis. Cukuplah kita cari sumber yang sahih untuk memastikan kebenaran cerita tersebut. Lagi bagus jika kita boleh letakkan juga sumber (link) berita yang telah kita tulis.

Gambar begitu mudah menjadi viral di zaman sekarang, aku rasa sudah banyak kali gambar yang palsu disebarkan dengan berita yang palsu. Contohnya seperti yang aku tulis dalam satu entri pasal seorang budak di Syiria, boleh baca DI SINI. Dan aku juga telah berikan tips untuk kita mengkaji serba sedikit adakah gambar itu telah di 'edit' menggunakan software, boleh baca DI SINI.

Sudah hampir 300 lebih entri telah aku tulis. Namum ada dua entri yang aku paling berpuas hati, kerana aku telah buat kajian yang sedikit mendalam dan mencari daripada sumber yang masih 'mentah'. Aku kena olah semula pula untuk dijadikan satu artikel.

1. Biodata Kapten Norudin Abd Majid - Nama kapten Norudin menjadi fenomena seketika selepas dia dipanggil temuramah oleh TV3 bagi mengulas tragedi MH370. Namum setelah aku mencari biodata beliau di internet, infonya terlalu sedikit, dan hampir kesemuanya sama atau sekadar copy/paste sahaja. Jadi aku cuba dapatkan biodata kapten dengan lebih detail dan akhirnya aku berjaya menjumpai beberapa info yang baru, masih mentah belum ditemui oleh orang lain.

2. Merungkai Misteri Banglo Seksyen 2 Shah Alam - Aku tahu semasa aku hendak menulis kisah seram ini, ia sudah menjadi viral dan banyak kali kisah ini telah di copy/paste. Namum niat awal aku menulis pasal kisah ini bukan untuk viralkan balik kisah seram ini, tetapi aku cuba mencari siapakah penulis misteri kisah ini sehingga kisahnya menjadi viral. Dan aku rasa aku berjaya menjumpai siapa penulisnya dan darimana asal kisah ini bermula sebelum ia disebarkan.

Jikalau korang perasan ada dua kali aku sebut pasal copy/paste. Walaupun aku tahu ada beberapa entri aku telah di copy/paste, aku tak kisah sebenarnya. Jika ada yang berikan backlinks, itu sudah bagus, jika tak letakkan sebarang rujukan pun tak mengapa.

Sekurang-kurangnya apa yang aku tulis ada orang nak tolong sebarkan, mungkin pembaca blog aku tak ramai, jika pembaca di blognya lebih ramai, artikel yang aku tulis akan dibaca oleh lebih ramai orang, Insyallah.

Share this:

Disqus Comments