blogger lelaki logo

Bagaimana Ranking Alexa Ditentukan?

12 Komen
Bagaimana ranking Alexa ditentukan? apakah cara pengiraannya atau formula yang digunakan bagi menentukan kedudukan ranking blog kita pada Global Rank dan Country Rank.

Ini aku cuba sediakan sedikit info terutama kepada blogger baru yang ingin meningkatkan ranking Alexa. Kiranya ini adalah sesi berkenalan dengan sistem ranking ini, agar kita lebih memahami dan merangka strategi untuk memudahkan kita menaikkan ranking nanti.

Bagaimana Ranking Alexa Ditentukan

Sekarang aku pun sedang dalam Misi Naikkan Kembali Ranking Alexa blog ini, nak tengok sejauh mana dia boleh pergi dalam masa tempoh sebulan atau 30 hari. Aku cuba perbaiki kedudukan ranking aku sejak sebulan yang lepas.

Malas nak sembang panjang, mari kita lihat....

Bagaimana Ranking Alexa Ditentukan

1. Ranking Alexa adalah berdasarkan Pageviews dan Unique Visitors. Pageviews adalah jumlah url  atau entri blog kita yang telah dilawati, Unique Visitors pula adalah jumlah pelawat yang masuk ke blog kita dalam masa sehari.

2. Tetapi jika seseorang pelawat itu melawat URL yang sama dengan berulang kali dalam masa sehari. Pageviews ini dikira sebagai 1 sahaja oleh Alexa.

3. Pengiraan bagi Global Rank, jumlah Pageviews dan Unique Visitors diambil daripada 3 bulan terkini yang lepas.

4. Bagi Country Rank, pengiraannya juga dengan menjumlahkan Pageviews dan Unique Visitors tetapi tempohnya hanya untuk sebulan yang lepas sahaja. Aku pun ada perasan, Country Rank aku lebih cepat turun berbanding Global Rank.

Ini hanyalah serba ringkas info berkenaan Ranking Alexa, buat bacaan dan kajian blogger baru, aku pun masih belajar dan akan terus belajar.

Jangan tanya aku samaada ranking Alexa penting atau tidak, ianya sudah lama dibahas di blog Denaihati dalam entri yang bertajuk Alexa Ranking Tak Penting. Lagipun memang sesuai blog Denaihati.com dijadikan contoh, kerana kini blog ini sekarang berada di ranking tertinggi dalam kategori blog personal.

Jadi info ini untuk mereka yang ingin menambah nilai kepada blog mereka. Walaupun kualiti blog bukan terletak hanya kepada ranking Alexa semata-mata. Jika benar-benar mahu serius dengan dunia blogging, ada banyak perkara lagi yang kita perlu belajar.

12 Komen untuk "Bagaimana Ranking Alexa Ditentukan?"

avatar

Nak turunkan tank senang, nak kekal tu ug payah..

avatar

Rajin-rajin masuk blog orang lain dan komen. Insyaallah kejap je ranking ni naik.

avatar

Walaupun aku berpendapat rank ni tak penting sangat, tapi sakit mata jugak bila rank blog kita ni jauh sangat ke belakang haha

avatar

Assalammualaikum... BL,

mselim3 punya ranking alexa maintain aje.. payah nak naik... hehe

mselim3

pls: ada hati nak naikkan jugak.. insaallah tunggu dan lihat...

avatar

Ranking blog ambe dh kelaut semula agaknya. Ambe tgh mikir mcm nak ubah jadi blog berniche...ada cadangan tak?

avatar

terima kasih info berguna ni..nak naik rank alexa juga

avatar

Letih2 cari trafik tapi susah nak naik rank alexa kenapa ye? Ada teknik tak betul ke?

avatar

kalau nak banding penting atau tak penting, aku pilih penting.

haha..

banyak kelebihannya yang ramai orang tak tahu.

avatar

Nak tryla alexa ni.. Tak cuba lagi.. tq atas perkongsian, bro! :)

avatar

fyna pun sama gak. cuba untuk memperbaiki ranking blogfyna. kejap naik. kejap turun.

avatar

Dulu rasa tergila-gila juga nak kejar Alexa pagerank....sekarang x kisah doh........

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.