blogger lelaki logo

Zionis, Yahudi Dan Israel

4 Komen
Sekadar satu perkongsian untuk kita lebih memahami siapa Zionis, Yahudi dan Israel. Supaya kita lebih faham. Bukan kita sekadar main sebut sahaja, tetapi kita sendiri tidak tahu apa yang kita sebut. Walaupun artikel ini tidak lengkap, aku harap dapat membantu mereka yang masih kabur dan samar-samar. Selanjutnya anda boleh cari, baca dan kaji sendiri.

Zionis

Zionis adalah satu pertubuhan yang ditubuhkan bagi merealisasikan pembentukan sebuah negara Israel. Ia diasaskan oleh Theodor Herzl pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dan mereka inilah yang bertanggungjawab merampas tanah di Palestine.

Zionis berasal daripada perkataa Zion bersemperna nama sebuah bukit iaitu Bukit Zion. Dimana penganut Yahudi menpercayai ia adalah tapak paling suci bagi agama yahudi.

Jika kita lihat pada peta, Bukit Zion kini merujuk kepada sebuah bukit yang terletak kedudukannya pada jaraknya lebih kurang 1 km ke arah selatan Masjid Al-Aqsa. Dan terletaknya makam Nabi Daud (atau King of David menurut penganut Yahudi). 

Namum ada juga pihak yang kata Bukit Zion berada di bukit yang terletaknya Masjid Al_aqsa, Dome Of Rock dan Western Wall (kawasan ini digelar Mount Temple).

Zionis, Yahudi Dan Israel

Yahudi

Yahudi berasal daripada perkataan Ibrani yang membawa maksud orang yang menyeberang. Mengambil peristiwa hijrah nabi Ibrahim bersama pengikutnya daripada kezaliman Raja Namrud. Nabi Ibrahim telah berhijrah daripada babylon ke Kan'an (Palestine).

Istilah 'Yahudi' ini dipecahkan kepada dua iaitu merujuk kepada agama dan bangsa.

Jika merujuk pula kepada sumber Al-Quran. Istilah yahudi ini digunakan pula untuk mengambarkan antara bangsa dan agama. Jadi dia ada dua maksud. Jika dikaitkan dengan agama ia membawa maksud agama Yahudi. Dan istilah Yahudi juga digunakan yang membawa maksud bangsa Yahudi atau Orang Yahudi.

Sedangkan dalam bahasa Inggeris. Bangsa Yahudi merujuk kepada Jews, manakala agama yang mereka anuti adalah Judais.

Israel

Israel itu sendiri adalah gelaran buat nabi Ya'kub. Manakala Bani Israel merujuk kepada keturunan nabi Ya'kub. Nabi Ya'kub mempunyai 12 orang anak iaitu Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf dan Benyamin.

Bermula dengan bangsa Ibrani ketika zaman nabi Ibrahim, kemudiannya ketika zaman nabi Ishak, selepas itu nabi Ya'kub. Anak cucu nabi Ya'kub inilah digelarkan sebagai Bani Israel. Dan Yahudi ini pula adalah daripada susur galur nak nabi Ya'kub iaitu Yahuda.

Sumber :
  1. Wikipedia
  2. http://wanwma.com/agama/bani-israel-yahudi-dan-zionis/ 
  3. http://jumiehaliza.wordpress.com/2012/12/12/baitulaham-dan-hebron-ibrahim-khalili/
  4. https://www.facebook.com/SaveGazaFreedomForPalestine/posts/452595104787300

4 Komen untuk "Zionis, Yahudi Dan Israel"

avatar

bagi yang tak tahu, leh la baca artikel ni. :)

avatar

rasa macam tak puas ..mau baca lagi info ini..

avatar

Sikit sangat info ni. Tapi boleh je google cari lagi kan. Yang jahat hanyalah rejim zionis kan.

avatar

salam.. info yang sangat bagus..tq bro..;)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.