blogger lelaki logo

Perjuangan Tok Janggut

Sila Komen
Perjuangan Tok JanggutPerjuangan Tok Janggut adalah salah satu contoh sesuatu perjuangan itu tak semestinya menjanjikan kemenangan, perjuangan tak menyediakan kesenangan, perjuangan itu menuntut pergorbanan, mungkin juga kita yang akan terkorban.

Tok Janggut atau nama sebenar beliau Haji Hassan bin Panglima Mat Munas. Beliau dikatakan menyimpan janggutnya sehingga keparas dada, disebabkan itulah beliau digelar Tok Janggut. Beliau mendapat pendidikan di Mekah serta mahir bersilat.

Punca perang Tok Janggut adalah cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan British yang masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri Kelantan sejak Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Pada awalnya Tok Janggut dan pengikutnya tidaklah menentang soal cukai.

Tetapi disebabkan proses untuk membayar cukai menjadi sulit dan menyusahkan, membuat Tok Janggut serta pengikut lewat membayar cukai, dan kena hadir ke mahkamah. Tok Janggut Ingkar dan tidak hadir ke mahkamah, begitu juga pengikutnya. Dan dari situ tercetusnya perang. Boleh baca cerita sejarah ini selanjutnya disini.

Dan Tok Janggut dan pengikutnya pada waktu di gelar sebagai 'pemberontak'. Kini barulah beliau dipandang sebagai wira dan perjuang yang berani menentang Bristish. Walaupun dia terkorban dalam menpertahankan hak penduduk, jenazah Tok Janggut teruk disiksa. 

Walaupun ada banyak versi cerita sejarah Tok Janggut, versi sejarah yang boleh diterima ialah jenazah Tok Janggut dibawa ke Padang Bank (Padang Merdeka sekarang), Kota Bharu dan digantung songsang selama beberapa hari.

Perjuangan Tok Janggut bukan untuk kesenangan diri beliau. Malah dia telah terkorban ketika berjuang. Adakah perjuangan Tok Janggut tidak mencapai kemenangan? Mungkin secara simboliknya, kerana bertempat di tempat jenazah Tok Janggut di gantung, dan disitulah juga Pengisytiharan Kemerdekaan di Kelantan telah dilakukan pada 31 Ogos 1957.

0 Komen untuk "Perjuangan Tok Janggut"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.