Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Pengorbanan Dalam Kenangan Lebuhraya Timur Barat

Lebuhraya Timur Barat, jalan darat yang melintasi Banjaran Titiwangsa. Menceritakan pengorbanan orang dulu-dulu, bersusah payah untuk kesenangan anak cucu hari ini. Untuk kita hayati bertapa kemerdekaan perlu dikekalkan, keamanan perlu dijaga sebaik mungkin.

Pada 27 Ogos 1974, ketika para pekerja yang membina Lebuhraya Timur Barat. Mereka telah diserang oleh komunis. 63 buah jentolak telah diletupkan, turut mengorbankan 3 nyawa pekerja JKR dan beberapa orang lagi telah tercedera.

Komunis yang kembali mengganas antara tahun 1967-1989 iaitu era Darurat Kedua. Para pekerja membina Lebuhraya Timur Barat menjadi mangsa serangan hendap pihak komunis. Akibat tindakan pihak komunis ini, tempoh pembinaan lebuhraya ini menjadi lama, memakan masa 11 tahun. 

Kos pembinaan juga meningkat daripada RM 85 juta menjadi RM 205 juta, ini kerana banyak jentera dan peralatan dirosakkan atau dimusnahkan oleh Komunis bagi menggagalkan usaha pembinaan jalan raya tersebut. Kerana mereka tahu jika jalan raya ini siap, ia akan memudahkan lagi pergerakan tentera bagi memerangi pengganas komunis yang bersarang di kawasan tersebut, terutama kubu kuat mereka di hutan Belum.

Lebuhraya Timur Barat

Bagi merakam penghargaan terhadap mereka yang terkorban ketika bekerja keras membina jalan yang menhubungkan Jeli dan Grik ini, satu tugu peringatan telah dibina oleh JKR.  Bagi mengenangkan pengorbanan para pekerja yang telah terkorban menjadi mangsa komunis.

Jika ada anak cucu hari ini yang melintasi jalan itu, ingatlah bertapa susahnya orang dulu-dulu berkerja untuk menyiapkan Lebuhraya Timur Barat demi keselesaan generasi hari ini. Pengorbanan mereka sungguh hebat, walaupun tahu kawasan itu berisiko, namum mereka berjiwa kental, sanggup bekerja keras demi menyiapkan jalan ini.

Gambar Kenangan Semasa Pembinaan Lebuhraya Timur Barat.

Lebuhraya Timur Barat

Lebuhraya Timur Barat

Lebuhraya Timur Barat

Lebuhraya Timur Barat

Lebuhraya Timur Barat

Lebuhraya Timur Barat

Lebuhraya Timur Barat

Lebuhraya Timur Barat

Lebuhraya Timur Barat

Nak tengok banyak lagi gambar boleh menjelajah disini, kredit kepada tuan gambar diatas.


**UPDATE BANJIR : Untuk info terkini laluan Lebuhraya Timur-Barat yang ditutup anda boleh layari laman facebook, sila klik SINI. Atau layari laman web JKR, sila klik SINI.

status lebuhraya timur barat

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail