blogger lelaki logo

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

12 Komen
Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta. Di sinilah langit dijunjung, di sinilah bumi dipijak, biar hujan batu sekalipun, di bumi bertuah ini adalah tanah tumpah darah bagi kita semua. Cinta yang disemai di sini akan terus mekar harum selamanya.


Tahun ini, ulang tahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sedangkan usia aku baru sahaja mencecah 29 tahun. Tak mungkin aku dapat rasakan sepertimana bertapa ghairahnya perasaan tok nenek kita dahulu ketika menyambut Hari Kemerdekaan 1957. Setelah beratus tahun lamanya, mereka nantikan saatnya Tanah Melayu bebas dari belenggu British. Tak dapat aku gambarkan dengan tepat perasaan mereka pada waktu ketika itu, ketika bendera Union Jack di turunkan secara rasmi.

Tok nenek kita dulu bersorak "Merdeka!", laungan mereka penuh bersemangat, mungkin tak sama dengan laungan "Merdeka!" kita pada hari ini. Namum begitu, semangat patriotik perlu terus disemai dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. Agar kemerdekaan yang kita genggam hari ini, tidak terlucut sekali lagi. Cukup-cukuplah hasil bumi kita diperah oleh orang asing. Nak tahu berapa paun sterling sudah British kaut? baca entri Disini, ada sedikit info.


Sebut sahaja pasal merdeka, pasti kita akan kaitkan dengan sejarah. Dan apabila sebut pasal sejarah, orang akan cakap bosan. Bak kata orang tua "Tak kenal maka tak cinta", tapi bagaimana kita nak cinta jika kita tak nak kenal. Cuma tinggal slogan sahaja "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". 

Nak kenal negara kita, kita kena baca sejarah. Kerja aku ada melibatkan sejarah, dan sering terlibat membuat pameran terutamanya di sekolah. Antara soalan yang popular aku dengar adalah "Tak bosan ke kerja bidang sejarah ni?" dan pelbagai lagi bentuk soalan yang lebih kurang macam itu diajukan kepada aku. Yang buat aku sedikit terkilan adalah apabila soalan macam ini diajukan oleh seorang cikgu.

Betulkah sejarah itu sungguh menbosankan? 

Sejarah sebenarnya seronok kerana kita akan tahu banyak cerita dan kita akan mula faham, kenapa, mengapa dan siapa serta bila peristiwa itu berlaku, sejarah ini adalah cerita, ia cerita yang benar. Cuma yang buatkan sejarah jadi bosan, sebabnya adalah kita kena membaca. Buku sejarah tak sesedap buku novel cinta.

Sebenarnya untuk hilangkan 'bosan' tadi adalah pupuk minat. Aku pada awalnya kurang minat dengan sejarah, tetapi apabila aku diamanahkan kerja aku untuk menjaga sejarah negara, minat itu aku pupuk untuk dekat dengan sejarah. Kita akan hargai nilai sesuatu bahan sejarah itu lebih daripada orang lain.

Rasa sayang jika anak muda hari ini bertindak menjauhkan diri daripada sejarah, terutama sejarah negara. Siapa lagi yang hendak jaga dan kekalkan kemerdekaan ini jika bukan generasi muda yang akan mengambil alih negara ini suatu hari nanti.

Salam merdeka dari aku untuk seluruh rakyat Malaysia. Bersama kita terus berjuang untuk kekalkan kebebasan dan kesenangan yang kita nikmati sekarang. Semoga Malaysia terus maju, terus makmur. Terima kasih Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta.

12 Komen untuk "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"

avatar

siapa yang cakap sejarah tak seronok..dengan sejarah kita boleh belajar tentang perkara masa hadapan

avatar

pada pendapat den, sejarah menjadi bosan kerana cara penceritaan kurang bersemangat. terlalu formal. kebanyakkan orang harini mahukan gaya penyampaian yang berbeza. den percaya klu kisah sejarah disampaikan dalam bentuk interaktif, pasti ramai akan suka subjek sejarah :)

avatar

Dulu ms sekolah rendah memang tak minat langsung belajar sejarah jadi bosan belajarnya coz guru yang mengajar terlalu skema, strick n muka masam je. Now baru menyesal rugi tak minat sejarah... huhu

avatar

singah sini akak…

salam kenal je dari korang

avatar

billion terima kasih sudi sertai cabaran denaihati “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” dan semuga sukses.

avatar

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57. Moga sukses hendaknya. Selamat bersegmen dgn Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta di blog denaihati.

avatar

Seronok belajar sejarah...yang jadi tak seronok,ialah cara penyampaian sejarah tu..hehe..

avatar

aku memang peminat sejarah.....

avatar

Salam perkenalan awak :)

avatar

Selain sejarah...agama pun sepatutnya dijadikan mata pelajaran wajib lulus SPM.

avatar

malaysia is one very beautiful country

avatar

Malaysia is the nice coutry in South east asia with devepment economic and people are so friendly, and i'm so impress about food that is so delicous. never forget this

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.