blogger lelaki logo

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger

9 Komen
Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

1. Disini lahirnya sebuah cinta, tema hari kemerdekaan negara kita yang kali 57 ini. Lagu tema kemerdekaan pun sedap didengar. Melayan perasaan gitu. Tema hari kebangsaan kali ini diambil dari lirik lagu Sudirman yang berjudul Warisan.

2. Bagi memenuhi segmen bro Hasrul Hassan, Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger.  Jadi aku perlu tulis dari sudut seorang blogger. Bagaimana aku menzahirkan rasa cinta ini pada tanah tumpah darahku. Setiap orang memainkan peranan di dalam negara ini, termasuk blogger. Kerja blogger adalah menulis, dan blog pula menjadi medium untuk dibaca oleh masyarakat.

3. Aku sedar dalam waras. Jasa aku kepada negara begitu kecil sekali, rasa begitu kerdil. Sebagai blogger aku cuba sampaikan serba sedikit melalui penulisan aku, cerita tentang kemerdekaan dan peristiwa berkaitan sejarah negara kita.

4. Tahun ini jika ada pembaca yang perasan ada beberapa entri yang aku tulis berkaitan peristiwa pasca-merdeka. Mengapa? sebabnya aku ingin tekankan bertapa kita perlu pertahankan dan sedaya upaya kekalkan kemerdekaan yang kita sedang nikmati sekarang, hasil usaha tok nenek kita.

5. Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Orang kita masih lagi terbelenggu, terutama dari segi ekonomi. Dengan usaha berterusan dan bertungkus lumus, orang kita cuba kembalikan apa yang sepatutnya menjadi hak kita.

6. Walaupun kita sudah merdeka daripada British, sebagai generasi yang sudah merasa kesenangan, kita masih perlu bekerja keras untuk memastikan kemerdekaan ini kekal untuk diwarisi anak cucu kita nanti.

7. Sekadar perkongsian terimalah beberapa entri aku sebelum ini khas untuk bumi tercinta ini. Semoga cintai yang tersemai ini akan terus subur ditanah tumpah darahku.

9 Komen untuk "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger"

avatar

No 4 tu memang kena jaga sangat...hehe...

avatar

sokong ... penerapan sejarah negara semakin hari semakin pudar .. budak2 malas nk baca .. sebab tu banyak benda sekarang nie dah tunggang terbalik ... hehe
nice entri bro ..

avatar

salam kemerdekaan.selamat bersegmen..

avatar

Memang Nostalgia lah lagu tu..Moga kita jadi bangsa yang maju dari segi ekonomi dan akhlak..Insyallah

avatar

ohh..

ada segmen rupanya. barulah gua tahu nih.

avatar

Selamat Hari Merdeka ke 57..Merdeka!

avatar

Sokong yang nombor 4 tu. Tanggungjawab kitalah menceritakan kepada orang ramai supaya tahu sejarah kemerdekaan dan bagaimana payahnya mereka yang dahulu untuk mencapai kemerdekaan hingga ke hari ini. Teruskan menulis ^__^

avatar

Salam kemerdekaan buat anda. Moga terpilih tersenarai di bloglist blog Hasrul Hassan. Inilah masa untuk memupuk semangat kemerdekaan.

avatar

kadang2x kita terpaksa melawan nafsu syahwat dalam memerdeka diri kita dengan beberapa perkara yg membuang masa..
Salam merdeka bro..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.