Ke Laut Ke Semangat Merdeka Kita?

Ke Laut Ke Semangat Merdeka Kita?

Hari ini sudah masuk 16hb Ogos 2014, tetapi semangat bulan kemerdekaan agak kurang menyerlah. Mungkin faktor kita masih diselubungi semangat nak beraya di rumah terbuka kot. Ke laut ke semangat merdeka kita?

Ke Laut Ke Semangat Merdeka Kita?

Atau mungkin kita akan tunggu dekat-dekat tarikh keramat 31 Ogos barulah jiwa kemerdekaan akan menyemarak dalam jiwa kita. Aku tak kata dekat orang tapi kepada diri aku sendiri juga. Mungkin tengah tunggu orang edarkan bendera percuma baru kita perasaan kita dah menyambut ulangan tahun kemerdekaan negara kita yang entah ke berapa kali ini?

Ataupun kita hanya akan tersedar dah nak masuk 31 Ogos apabila ada pertunjukkan bunga api pada malam ambang kemerdekaan. Selepas itu balik rumah tidur. Sambut merdeka atau tidak sama sahaja. Masih ada lagi ke pihak yang anjurkan konsert bersemperna kemerdekaan negara kita? Malam merdeka tapi sambut dengan buat konsert?

Aku pun tertanya-tanya juga generasi kini masih kisah ke untuk ambil tahu pasal kisah sejarah. Sebut sahaja pasal sejarah, perkataan yang akan keluar adalah bosan, mengantuk dan entah apa-apa entah. Inikan pula nak menjiwai semangat pejuangan, bagaimana orang dulu-dulu hendak menuntut kemerdekaan daripada British.

Sembang sahaja sekarang zaman teknologi canggih. Info dihujung jari, tapi nak kaji dan baca sejarah kita di internet pun susah. Tak semua, mungkin segenlintir sahaja begitu kan tapi semakin lama semakin kurang aku rasa kemeriahan dan semangat kemerdekaan. Atau mungkinkah hanya aku seorang sahaj yang rasa begini.

Share this:

Disqus Comments