blogger lelaki logo

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

43 Komen
iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggeriPhone 5s gajet impian setiap blogger? Itu katanya abang denaihati, tapi kata aku pula bukan sahaja blogger malah ramai lagi orang di luar sana yang tergila-gila untuk memiliki iphone 5s sebagai gadget kesayangan mereka, tak kira lelaki atau perempuan, termasuk aku.

Telefon pintar iPhones 5s ini keluaran Apple dengan gaya, mutu dan keunggulan yang mampu menyerlahkan ketampanan aku. Ia berada pada kelasnya tersendiri, eksklusif. Ia ada peminat tegar yang sanggup beratur panjang untuk menjadi pemilik pertama disetiap keluaran terkini model iPhones.

Oh! Apple iPhone 5s, dikuasakan 64-bit Apple A7 processor, didokong M7 motion coprocessor, dengan ingatan tulus ikhas 1GB RAM DDR3, sambungan Bluetooth 4.0 LE, capaian 4G LTE sehingga 13 bands, memukau mata dengan Retina display. Masih belum cukupkah untuk buatkan iPhones 5s menjadi impian setiap blogger? Itu aku belum cerita pasal pengesan identiti guna cap jari pada butang 'Home'.

Aku tak nak cakap banyak, aku bukan nak jual barang, bukan nak jual ubat. Aku cuma nak ambil masa beberapa minit dalam hidup korang untuk aku membebel, kenapa iPhone 5s adalah gajet impian setiap blogger. Baiklah aku akan berikan 5 sebab sekarang. Korang duduk diam, sambil baca makan kacang.

5 Sebab iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

1. Chip A7 terkini dengan 64-bit architecture

iPhones 5s dikatakan adalah 'smartphone' yang pertama didunia dikuasakan dengan chip 64-bit architecture. Dengan ini Chip A7 yang ditanam dalam iPhone 5s mampu berkerja keras 2 kali ganda berbanding Chip A6 yang di benam dalam badan iPhones 5 terdahulu. Chip A7 juga menyokong penuh OpenGL ES versi 3.0, dengan paparan grafik dan visual efek kualiti pada tahap dewa untuk aku melayan bermain game.

2. Touch ID - Pengimbas cap jari

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ini adalah satu lagi fungsi iPhone yang aku tertarik, mampu buatkan aku kelihatan canggih dimata makcik-makcik. Touch ID, sensor pengimbas cap jari yang disematkan pada butang 'Home' iPhones 5s, canggih tak makcik? Canggih bukan. Pengimbas cap jari ini bukan untuk 'punch card' tapi ianya berfungsi untuk 'unlocking' telefon, serta untuk tujuan pengesahan pembelian di iTunes Store, App Store dan iBooks Store. Ada lagi makcik, Touch ID ini juga mampu mengimbas cap jari kita tak mengira sudut, 360 darjah. Malah butang 'Home' tadi juga diperbuat daripada sapphire (google translate cakap ini adalah batu nilam) yang tahan calar, gores takkan calar punya.

3. Kecekapan diperkaya dengan M7 coprocessor

M7 coprocessor ini bertindak dengan fungsi mengukur data pergerakan (motion) daripada accelerometer, gyroscope dan sensor kompas telefon. Nak cerita panjang pun tak guna aku pun dah pening, baca sampai terbelit lidah. Ia bekerja sendiri tanpa perlu bantuan A7 processor, jadi benda alah ini akan dapat menjimatkan lagi penggunaan bateri telefon.

4. Capaian 4G LTE sehingga 13 bands

Smartphone dan internet sudah tidak boleh dipisahkan, ibarat blogger dan internet juga. Iyalah bro denaihati sendiri pernah cakap 'apa guna ada iPhones jika tiada pakej data, betul tak?". iPhones 5s mampu membuat capaian LTE sehingga 13 bands. Satu kebanggaan kerana ianya lebih berbanding model lain. Bermakna pengguna iPhones 5s boleh menikmati akses internet terlaju dibanyak buah negara di seluruh dunia ini, itu pun jika ada liputan 4G LTE la..hehehe

5. Kamera iSight

iPhone 5s dipadukan dengan kamera 8 megapixel, digandakan sensor 15% lebih besar, dengan pixel lebih besar berukuran 1.5 microns dan aperture f/2.2 yang membiarkan lebih cahaya masuk menembusi kanta. Bagi mereka minat sangat dengan kamera fungsi yang ada pada sebuah telefon sudah cukup memberahikan. Tak kisah lah walaupun sekadar untuk ber'selfie'.


Kalau diikutkan hati ada banyak lagi perkara yang aku hendak cerita pasal iPhones, tapi mungkinsudah agak terlewat kerna tidak lama lagi Apple akan lancarkan model terbaru iPhones 6 pula, bulan september ini katanya. Mungkin ada kejutan teknologi yang lebih canggih lagi yang akan dibawa oleh Apple untuk dunia.

Dalam tak sedar juga setiap tahun Apple keluarkan model terkini, namum tak pernah sekalipun aku diberi berpeluang untuk membelai iPhones, memeluk iPhones, aku teringin sangat meletakkan iPhones dalam kocek aku ini. Aku sememangnya teringin, betul aku serius ni, iPhones adalah salah satu gajet yang aku impikan selama ini. Tapi akan daya, sejak beberapa tahun ini cuma Samsung Galaxy Note 1 sahaja yang setia disisi dan berjasa juga.

Dan jasa setiap mereka yang berjasa harus kita kenang, entri ini adalah istimewa untuk contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger yang dianjurkan oleh abang Denaihati dengan tajaan padu daripada penaja yang awesome ini :

Penaja Utama
http://amariman.com

Penaja Individu
http://www.ombakcreatives.com
http://ejamothman.com
http://www.eridy.com
http://www.hilalazmi.com
http://www.eizil.com
http://www.asamboi.my
http://www.diarymama.com
http://pendekarberkuda.org
http://www.saji.my
http://abangensem.com
http://www.enveeus.com
http://www.pakarniaga.com
http://anarm.net
http://www.daddydee.net
http://www.sunshinekelly.com
http://sweetkurma.com
http://awn.my
http://mawarmerah2008.com
http://www.blogieta.com
http://www.broframestone.com
http://www.akmaomar.com
http://khairilmazri.com
http://wowberita.org/
Japan Budget Trip

Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

43 Komen untuk "iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger"

avatar

Tuuu dia. Detail... :)

avatar

ohh yeahh...... memang smart pakai 5s.. tunggu ip4 ni rosak ler dulu.

avatar

kalau dapat ni syoknya...semoga berjaya.. :) rasa mcm nak sertai juga mencuba kan.. hehe

avatar

xpernah merasa lagi pakai iphone ni

avatar

join la mudah je pun..hu3

avatar

Assalammualaikum... BL,

Selamat berjaya dalam contest nie yer .. BL moga berjaya...

mselim3

avatar

Selamat berjaya dengan cabaran iPhoe 5s.

avatar

Semoga berjaya bro.... setiap org ada impian masing-masing. Teruskan impian anda.

avatar

sapa tak nak iphone 5 ni...

avatar

semuge berjaye abam blogger <3 entri terbaik. time sekolah mesti selalu buat karangan kan. hahah

avatar

tak lah selalu kena marah dengan cikgu B.M..sebab malas buat kerja sekolah

avatar

kalau bagi percuma semua orang nak bro

avatar

tengah bermimpi impian jadi kenyataan

avatar

tq bro..bro tak join ke

avatar

Selamat berjaya bro :-)

avatar

saya baru join kontes ni sebentar tadi..sama-sama kita menuju ke puncak kemenangan iPhone 5s idaman realiti iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger menjadi kenyataan..

avatar

insyallah semoga yang terbaik akan menang

avatar

best kalai dpt...singgh bw cn http://mummysupplementshop.blogspot.com/

avatar

bro ada peluang nak memang...tahniah!

avatar

Semoga berjaya bro. Hehe. Bulan depan keluar iPhone 6 pulak.

avatar

memang lengkap untuk dapat iphone 5s gajet impian tu

avatar

Semua blogger kini berpeluang terbang eh menang kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Semoga berjaya buat semua..:)

avatar

sapa tak nak ka iPhone free

avatar

terima kasih..gud luck untuk awak jugak

avatar

tu la pasal..xsempat nak dikejar

avatar

insyallah ada rezeki

avatar

Semoga berjaya! :D

avatar

Good luckk awak! Moga ada rezeki yerr! Amin :)

avatar

fuuuh siap ngan details.. terbaik bro. gud luck

avatar

haa..tu dia.

panjang lebar ditulis.

avatar

ala bro lu tulis ayat lagi power

avatar

billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya
p/s: ada ralat sikit, sila lihat FB message.

avatar

Salam kemerdekaan kali ke-57. Semoga terpilih ke cabaran seterusnya. Insya Allah... Moga ada rezeki untuk anda untuk impian miliki gadget canggih iPhone 5S.

avatar

Assalamualaikum... entri sungguh menarik dari anda. Semoga dapat pergi ke cabaran seterusnya.

avatar

Assalamualaikum.... salam merdeka buat anda. Entri anda amat menarik dan mantap. Semoga berjaya ke cabaran seterusnya. Sudi-sudilah berkunjung ke entri contest saya jugak ya......!
TQ...

avatar

Semoga berjaya jugak bro.... aku pun join jugak contest ni.... :D

avatar

as salam tuan tanah..
tahniah anda ada blog yg banyak info

jemput blogworking
www.yatiadam.com

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.