blogger lelaki logo

Internet Perlu Ditapis

3 Komen
Internet zaman kini sangat mudah dicapai tak kira disegenap pelusuk, asalkan ada telefon pintar dan talian untuk sambungan ke internet. Tun M dalam blog beliau Chedet ada menyarankan agar internet perlu ditapis.

"Not knowing the power of the Internet, I promised that we (speaking as the Prime Minister of Malaysia) would not censor it. But today I have changed my mind." - Chedet

Dinegara kita antara negara yang begitu terbuka dalam capaian akses internet, sangat sedikit laman yang telah disekat untuk capaian pengguna internet di Malaysia. antara laman web yang telah disekat atau ditapis oleh SKMM adalah laman untuk muat turun seperti piratebay serta laman web porno. 

Namum begitu masih ada laman altenatif lain yang mungkin tak sempat dipantau oleh SKMM untuk disekat. Malah rakyat Malaysia bukan anak hingusan, generasi kini sudah ramai yang celik IT (hasil kempen Tun M juga). Setakat laman yang disekat oleh SKMM, mereka boleh tembusi juga dengan menggunakan bermacam-macam cara untuk melayari laman web yang disekat tadi.

Ledakan laman sosial era kini boleh dikatakan sangat meruncing, budak-budak hingusan dibangku persekolahan pun sudah kenal apa itu Facebook, Selfie dan Hashtag. 

Mungkin ada pro dan kontra pendedahan kepada generasi muda terhadap era teknologi maklumat ini, namum adakah kadar peratusan kebaikan itu dapat mengatasi keburukan yang akan jadi bahana dikemudian hari.

Bagaiman caranya untuk kita menapis internet? Adakah kita perlu menyekat rakyat Malaysia daripada akses ke laman sosial Facebook? Bagaimana pula dengan Google, ada berapa juta laman web yang hendak kita sekat?

Bagi aku didikan yang akan menbentuk cara kita menggunakan internet, cara menyekat mungkin perlu tetapi didikan yang betul akan menjadi perisai. 

Pendedahan yang melampau perlu kita sekat agar generasi kita tidak terlalu terdedah dengan perkara yang negatif. Disamping ibubapa memainkan peranan mengawal anak-anak agar tidak terlalu leka dengan dunia maya.

Sambil-sambil mendidik, ibubapa juga perlu ada sedikit ilmu tentang hal internet, belajarlah serba sedikit bagaimana cara untuk membuat tapisan internet pada komputer dirumah.

Kekalutan yang timbul di laman sosial seperti Facebook pula agak rumit. Fitnah bertebaran diruang maya. Jati diri yang kental akan menbentuk corak generasi kita menggunakan laman sosial, ada yang berniaga, ada yang menyebarkan berita dan kempen bermanfaat, namum jika disalah guna lain pula akibatnya.

3 Komen untuk "Internet Perlu Ditapis"

avatar

Sebab tu la agaknya China sekat FB dekat negara dia kan. Hehe. Tapi kalau Malaysia ni dah sekat FB agak2 boleh ke nak hidup. haha

avatar

bagus cadangan untuk sekat internet...

avatar

Sekarang ni banyak cara supaya dapat dibuka dari disekat dari SKMM.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.