blogger lelaki logo

Gaza Bumi Berdarah

2 Komen
Gaza bumi berdarah. Bedilan roket mengorban ramai nyawa. Darah yang mengalir tak bisa dibasuh dengan titisan air mata yang menitis. Apa dosa Gaza terhadap Zionis? sehingga hak mereka untuk hidup dengan aman di cabul tanpa batasan.


Gaza ada yang menyebut maknanya adalah 'Kuat'. Bagi aku Gaza adalah benteng yang menperjuangkan bumi Palestine, yang masih secara keras menentang dan tidak tunduk kepada Zionis. Ternyata Gaza itu kuat. Dibawah naungan HAMAS mereka berjuang tanpa kenal erti menyerah.

HAMAS walaupun menang Pilihanraya Umum Palestin 25/1/2006, tetapi tidak pula diiktiraf oleh sekutu kuat Zionis dan banyak lagi negara. Malah sekatan ekonomi pula dikenakan keatas Gaza. Zionis terdesak dengan lakukan bermacam cara agar Gaza lumpuh sepenuhnya. 

Namum semua itu penah memadamkan semangat perjuangan pejuang HAMAS. Demi tanah tumpah mereka, bumi yang suci, semakin ramai pejuang mereka lahirkan. Mereka semakin kuat, mereka tidak gentar walaupun terpaksa berlawan menghadapi kecanggihan jentera perang Zionis.

Anak-anak lelaki di Gaza terus dilahirkan untuk membesar menjadi pejuang yang tidak kenal erti takut kepada musuh Islam ini. Walaupun jelas nampak perancangan Zionis, kalau boleh mereka ingin penduduk Gaza pupus, lenyap daripada muka bumi, namum usaha mereka sia-sia. Bahkan Zionis akan rebah suatu hari nanti dengan izin-Nya.

Kita dapat lihat sekutu kuat Zionis. Bantuan demi bantuan disalurkan oleh Amerika kepada sahabat mereka. Padahal dalam pada masa yang sama mangsa pengeboman di Gaza pula tidak dipedulikan. Mangsa yang terkorban bukan tentera tapi orang awam, anak-anak kecil yang tidak berdosa.


Penyaluran bantuan daripada pihak luar kepada Zionis ini bukan baru. Namum masyarakat kita semakin sedar, maka tercetuslah kempen boikot barangan yang menyalurkan dana kepada Zionis. Ia berlaku di Malaysia kini. Sudah ramai yang sedar, harap akan berterusan. Walaupun nampak kecil usaha kita, sedikit sebanyak akan membantu penduduk Gaza yang terseksa disana.

Cuma sedikit nasihat, walaupun kita beremosi dengan apa menimpa Gaza. Tetapi rasional harus kita utamakan juga dana setiap tindakan kita. Kita berdemo, nak boikot, tetapi jangan melampaui batas. Caci maki  dan kekerasan bukanlah cara yang sesuai untuk kita pamerkan disini.

Dimana Masjid Al-Aqsa?

Sambil-sambil itu aku ingin kongsikan info pasal keadaan Palestine yang sering kali buat orang ramai keliru. Aku tahu ramai yang sudah tahu, tapi aku cuma ingat beri peringatan sekali lagi. Sebab di zaman internet ini, penyebaran berita sangat cepat, adakalanya ada pihak yang sebarkan maklumat palsu untuk kelirukan kita.

Kekeliruan ini sering berlaku kerana ada yang menganggap Dome Of Rock adalah Masjid Al-Aqsa. Bangunan yang berkubah warna kuning keemasan itu adalah Dome Of Rock. 

Manakala Masjid-Al-Aqsa adalah bangun yang berkubah hijau, terletak berhampiran dengan Dome Of Rock tadi. 

Lagi satu jika hendak tahu dimana kedudukan tempat orang Yahudi selalu meratap di 'wall' (bukan wall facebook..hehehe) boleh rujuk gambar dibawah ini. Dinding itu dipanggil Western Wall.


Kepada rakyat Malaysia, doa adalah senjata orang mukmin, jadi jangan pernah sesekali putus harapan untuk kirimkan doa untuk Gaza. Doa panjang-panjang, agar saudara kita disana akan memperoleh kemenangan dalam melawan musuh Islam.

**Nota Kaki

Pada tahun 1917, British telah menawan Palestine, dan membawa masuk Yahudi berhijrah membanjiri bumi Palestine. Selepas itu tanah Palestine diserahkan kepada pendatang Yahudi pada 1947. Wujudlah negara haram Israel. Pada tahun 1948 PBB telah mengiktiraf negara Israel.

Sejak itu pendatang Yahudi secara berleluasa membunuh dan mengusir rakyat Palestine. Ini bagi memastikan bilangan Yahudi lebih ramai daripada penduduk asal Palestine. Bemula dengan tragedi An-Nakbah pada 15 Mei 1948 serta banyak lagi tragedi seperti Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi, rakyat Palestine dinafikan hak di tanahair mereka sendiri. Sehingga kini begitu ramai rakyat Palestine yang hidup sebagai pelarian dan juga yang terkorban.

2 Komen untuk "Gaza Bumi Berdarah"

avatar

Memang geram betul zionis ni. Aku rasa kalau diorang ni nak berkonsgi duduk pun ok dah. Jangan la sampai bergaduh berperang macma tu. Membunuh yang tak berdosa. Dulu pun orang arab bleh je duduk sekali dengan yahudi. Nabi pun ada je dari kalangan yahudi kan.

avatar

hemm..

kena sabar. kita kena sabar.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.