Apa Kita Dapat Jika Boikot?

Apa Kita Dapat Jika Boikot?

Apa yang kita dapat jika kita boikot? Jawapan aku kita rasa puas hati sebab tak membeli atau menyumbang dana kepada mereka yang kita tidak suka. Ini adalah salah satu cara bantahan.

Awal-awal cerita pasal boikot, ada suara sumbang yang cakap tak guna kita boikot pun bukannya Zionis kisah pun. Ingat Zionis tu heran sangat ke dengan orang Malaysia duk boikot ni. Itu suara sumbang, bukan aku yang cakap. 

Kita boikot sebab kita nak tunjuk kita bantah tindakan kejam Zionis. Apalagi daya yang kita mampu buat untuk membantu rakyat Gaza. Sanggup ke kita nak pergi berperang, sanggup ke kita tinggalkan segala kesenangan hidup di Malaysia untuk pergi berjuang bersama. Brigade Al-Qassam. 

Boikot itu tak perlu kita berpant lelah kelaur tenaga. Nak boikot kita tak perlu keluarkan wang ringgit pun. Cuma perlu kita tegaskan dalam diri kita untuk tidak membeli barangan yang menyokong kekejaman Zionis, meyumbang dana kepada kegiatan Zionis, cuma itu sahaja, duduk diam-diam dekat rumah sahaja, susah sangat ke nak buat macam tu.

Apa Kita Dapat Jika Boikot?


Cuma mekdi sahaja ke kita perlu boikot?


Sebenarnya ada banyak lagi produk yang menjadi peyumbang dana kepada Israel. Ada barangan yang kita guna seharian pun. Jadi pergilah kaji dan cari apa lagi barangan yang sokong Zionis, jangan duk boikot satu sahaja. Sedangkan ada banyak lagi.

Aku sedar dan malu juga nak beritahu, aku juga sedang gunakan produk yang menyokong Zionis, Intel, chip yang tertanam di papan ibu (Motherboard) komputer aku ini juga merupakan salah satu syarikat yang menyokong kuat Zionis. 

Tapi nak buat macam mana, kita dah terbeli, masa beli dulu kita tidak tahu pun. Perkara dah lepaskan. Sekarang prinsip aku adalah kita gunakan produk Zionis untuk serang Zionis, walaupun aku sekadar menulis, tapi aku serang juga, usaha biar seikit tapi berterusan, istiqamah.


Boikot biar beradap

Kita ada cara kita, Islam pun ajar kita untuk tidak bertindak kasar dan melampaui batas. Ada sesetengah daripada kita kurang faham tentang boikot. Dah nama pun boikot, kita tak pergi beli cukuplah. Tak payahlah kita nak maki hamun dan keluarkan kata-kata kesat. Itu bukan cara Islam, itu memalukan Islam.

video

Sedih melihat cara kita yang seperti tiada pedoman. Mungkin niat kita baik, tapi jika cara kita tidak betul ia tetap tidak betul, matlamat tak menghalalkan cara. Jadi kita kena tunjukkan contoh dan budi perketi yang tinggi barulah orang diluar Islam akan lihat orang Islam ini hebat, tak gitu.

Boikot tetap boikot, lawan tetap lawan, tapi biar berterusan, jangan hanya bermusim, jangan nanti bila keluar iklan prosperty dan musim anak patung kita pergi beratur balik dekat kaunter.

Share this:

Disqus Comments